BAB 48

3.5K 183 31
                                    

KUBUR yang masih dipenuhi dengan kuntum bunga ditatap sayu oleh Amsyar, kesemua umat manusia sudah beredar dari situ kecuali dia. Sungguh dia tidak kuat, kehilangan isteri di hadapan matanya sendiri. Mengapa? Dia masih tertanya-tanya mengapa Ammara berbuat demikian, tidakkah Ammara sedar itu adalah perkara yang akan memudaratkan Ammara sendiri. Minggu lepas dia kehilangan Lily, minggu ini dia kehilangan Ammara isterinya.

Kubur Ammara di pandang dan kakinya rebah di atas tanah itu, tangan sudah menyentuh tanah yang dipenuhi kuntuman bunga, diusap perlahan tanah itu. Air mata sudah mengalir lebat dari tadi Amsyar menahan air matanya dari terus mengalir. Dia tunjuk di hadapan semua orang sedangkan dia berada di tempat paling bawah di dalam hidupnya.

"Abang tak kuat." Itulah kali pertama ayat yang Amsyar ucap setelah sekian kalinya dia mendiamkan diri. Memang benar dia mengimamkan solat jenazah arwah Ammara tetapi sakitnya itu masih ada.

Sudah lama dia menahan tapi kini Amsyar tidak boleh menahan lagi dan dia mahu menangis semahu-mahunya di hadapan pusara Ammara. Dia tidak kuat lagi.

"Apa yang abang perlu buat sayang?" soal Amsyar dengan nada tertahan-tahan. Mengapa boleh jadi seperti ini? Ya Allah. Kuatkan dia.

"Abang tak kuat nak lalui hari-hari tanpa sayang di sisi." Luah Amsyar di pusara sang isteri. Air matanya tidak henti-henti mengalir apabila teringat akan kejadian dimana isterinya mengambil nyawa sendiri.

Deinz dan Daniell hanya melihat Amsyar dari jauh, tidak sampai hati mereka ingin menganggu abang sulung mereka yang baru kehilangan isteri bahkan ibu mereka juga tidak boleh terima kenyataan yang Ammara sudah pergi, Eve apatah lagi. Menangis dan terus menangis apabila kehilangan Ammara, siapa sahaja tidak menangis apabila kehilangan sahabat karibnya yang bangkit dari bawah bahkan Ammara sendiri menarik nyawa di hadapannya.

Kalau Amsyar sahaja tidak kuat? Eve apatah lagi.

"Allah akan beri plot twist kepada Amsyar, kalau kisah kita berdua je ada plot twist kisah Amsyar sudah tentu ada." Ujar Daniell sambil merenung langit yang sudah berubah warna dari terang ke gelap bermakna tidak lama lagi hujan pasti membasahi bumi.

"Kadang plost twist yang Allah beri diluar jangkaan kita, kadang kita rasa inilah apa yang akan jadi pada kita tapi Allah beri plot twist yang lain dari kita jangka. Plot twist yang Allah beri ni, lagi indah dan kita akan bersyukur dengan plot twist yang diberi oleh Allah. Allah itu Maha Baik dan Maha Mengetahui." Sambung Daniell lagi lalu memandang Deinz yang sedang memandang ke arah Amsyar.

"Balik lah Deinz, kau kena jaga isteri kau. Amsyar biar aku jaga dan uruskan." Arah Daniell tetapi Deinz tetap pegun di tempat tersebut. Tidak mahu berganjak langsung entah mengapa apa yang dikatakan oleh Daniell itu bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Biarlah..." belum sempat Deinz berkata terus dipotong laju oleh Daniell.

"Jaga Eve. Jangan biar Eve ulang kesilapan Ammara." Tegas Daniell. Ddeinz yang mendengar suara tegas milik Daniell tiada keputusan lain melainkan terus setuju.

SETITIS demi setitis air turun membahasi bumi tetapi itu tidak membuatkan Amsyar untuk berganjak dari pusara Ammara. Amsyar lasung tidak mahu meninggalkan pusara Ammara sehinggakan badannya sudah basah kuyup, entah bagaimana badannya tidak lagi merasa air yang kena di badannya.

Dengan itu, Amsyar dapat tahu ada orang yang payungkannya tetapi dia tiada niat ingin memandang orang tersebut. Amsyar terus memandang kuburan Ammara dengan pandangan sayu, masih susah untuknya terima. Dia sayangkan Ammara.

"Mawar putih abang, jaga diri dan berbahagialah di dalam sana."

"Abang akan selalu doakan sayang. Jaga diri tak lama lagi abang akan ada di sisi sayang. Peluk dan dakap tubuh sayang. Jadi tunggulah abang."

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now