AMMARA rasa ingin menyorokkan wajahnya ke dalam mi kari tersebut kerana malu sudah terlepas cakap benda yang sepatutnya dia simpan di dalam hati dan sekarang ini dia sedang makan malam bersama keluarga Amsyar, impaknya dia menjadi kekok kerana malu yang dia dapat akibat mulutnya yang tiada lessen. Rasa macam nak tepuk je mulutnya itu.
Puan Anaya hanya memandang Ammara dengan senyuman manis. Akhirnya anak sulung mereka akan menamatkan zaman bujang dah tak jadi bujang terlajak. Cantik dan sopan santun sahaja Ammara di matanya.
"Ammara kerja dekat mana ya?" soal Puan Anaya.
Tidak salah sekiranya dia ingin tahu tentang pekerjaan menantunya itu. Eve pun dia tahu iaitu menjadi pembantu rumah mereka dan dia tidak kisah Ammara bekerja sebagai apa yang halal dan sah di sisi Islam.
"Saya kerja doktor je aunty." Balas Ammara takut-takut.
"Haih jangan panggil aunty. Panggil ibu kita kan dah jadi keluarga." Senyuman dihadiahkan kepada Ammara.
Ammara sekarang seperti ingin menangis apabila mendengar perkataan keluarga dia bersyukur yang keluarga Amsyar menerima kehadirannya dengan baik dan tidak lupa akan layanan ibu Amsyar yang begitu baik kepadanya.
Keluarganya sendiri tidak pernah kisah tentang dia, dimana keberadaan dia dan dia sihat atau pun tidak mereka tidak ambil tahu. Mereka hanya tahu untuk menyayangi adik tirinya yang satu itu. Adiknya juga sudah lama dia tidak menanya khabar.
"Ammara jangan takut ya ibu tak makan orang ibu makan nasi."
"Dan ibu makan ayah." Sampuk Amsyar.
Kesemua yang berada di meja makan sudah ketawa mendengar usikan Amsyar kepada ibu mereka. Cemberut muka Puan Anaya apabila di usik sebegitu oleh Amsyar.
"Haih kamu ni, ibu nak cakap apa tadi. Ouh ya, nanti ibu masuk meminang ya."
"Tak payah meminanglah ibu terus kahwin tak boleh ke?" soal Amsyar nak masuk meminang pula.
Eh dia juga yang masa tu minta.
"Kenapa pula?" soal Puan Anaya bingung.
"Kalau meminang lambat lah lagipun tuan punya badan sendiri dah setuju." Kata Amsyar lalu menyambung makan.
"Ammara dah setuju?"
"Dah bertunang dah pun ibu."
"Eh?" lagi bingung Puan Anaya apabila mendengar perkataan bertunang yang diungkap oleh Amsyar.
"Dalam Islam kalau lelaki berkata dia nak kahwin dengan perempuan ni dan kalau perempuan itu setuju maknanya mereka dah bertunang." Terang Amsyar.
Dia tidak jahil bab agama kerana sudah di didik dari kecil lagi oleh ayahnya sendiri. Sejahat-jahat nya dia tidak pernah lagi dia ingin melanggar perintah rukun Islam dan rukun iman.
"Jadi dah bertunang. Alhamdulillah."
"So boleh ibu jumpa keluarga Ammara untuk bincang majlis kamu ni."
"Bo-boleh ibu nanti Ammara beri alamat rumah."
"Nanti aku dengan kau pergi jumpa mak dan ayah kau." Bisik Amsyar supaya tiada siapa mendengar perbualannya dengan Ammara.
SETIBANYA Amsyar dan Ammara di hadapan rumah agam milik keluarga Ammara pintu pagar itu di buka oleh pengawal yang berjaga. Amsyar memberitahu niat mereka ingin berjumpa dengan Tuan Ammar dan pengawal itu memberi.
Keluar sahaja dari kereta jantung Ammara berdegup laju akibat rasa gemuruh yang mula menghantui dirinya sudah lama dia tidak bersua muka dengan keluarganya pasti akan terjadi benda yang buruk.
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romantik"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...