DIA tersenyum melihat pergaduhan yang terjadi antara suami isteri tersebut kerana dia yang menghantar gambar Amsyar dan Lily kepada Ammara kerana itulah impiannya. Untuk melihat Ammara hancur sehancurnya supaya Amsyar akan menjadi milik.
"Tsk tsk. We only start a game Ammara Qalisha. Tak lama lagi kau akan mati juga. Kalau aku tak dapat Amsyar kau pun tak boleh dapat." Gelas yang berada di tanganya di genggam erat lalu dia meneguk air tersebut rakus.
Dia sedang berada di rumahnya dan di dalam bilik yang penuh dengan gambar Amsyar dia sangat obses dengan lelaki tersebut. Lelaki tersebut sudah berjaya membuat imannya bergelora. Hanya dia iaitu Denniz Amsyar dan dia tidak sabar untuk tunggu hari Amsyar jatuh ke tanganya.
Waktu itu memang dia tidak akan lepas lelaki yang dia dampakan sehingga membuatnya begitu obses kepada lelaki tersebut.
"You are mine darling. Wait for me."
KEPALANYA di urut perlahan apabila melihat jadual kerjanya yang begitu padat. Baru naik kerja sudah padat sungguh jadualnya itu belum tambah dengan waktu kecemasan lagi silap haribulan dia langsung tidak balik ke rumah jawabnya.
"Siapalah yang buat jadual kerja aku ni." Gumam Ammara.
"Jangan nak merungut sayang. Biasalah kerja, kita boleh buat macam mana." Tegur Amsyar lalu duduk di sebelah Ammara yang sedang mengurut kepalanya.
"Tapi padat sangat. Silap hari saya memang tak balik rumah sebab kerja." Kata Ammara.
"Normal sayang, macamlah dulu waktu single dulu tak pernah tak balik rumah."
Ammara terus menjeling Amsyar tajam sibuk nak buat perbandingan zaman bujang dan zaman berumah tangga kenapa?
"Itu single sekarang taken." Kata Ammara.
"Nak buat macam mana nak cari rezeki yang halal biasalah tu semuanya tak mudah." Kata Amsyar.
"I know. Tak ada benda yang mudah."
"Kerja je sayang."
"Tapi abang macam mana? Abang dah lah belum kerja lagi macam mana? Abang mesti sunyi." Kata Ammara. Dia mahu ada di sisi Amsyar tidak mahu suaminya berseorangan di rumah ini. Dia yang ada di sini pun bosan kalau Amsyar mesti bosan.
"Abang pun ada kerja sayang, sayang lupa ke?" soal Amsyar kepada Ammara ingat dia akan goyang kaki ke di rumah. Memang tidaklah. Syarikat ayahnya di Itali siapa yang nak urus.
"Kerja apa?" soal Ammara pelik.
"Muda-muda dah lupa. Dah lupa ke abang ni siapa?" soal Amsyar lalu mencuit hidung Ammara manja.
"Ingat! Perwaris DA's Denniz Amsyar bin Denniz Aymar." Kata Ammara sekali pakej nama penuh.
"Tahu pulak." Jeling Amsyar manja.
"Memanglah tahu abangkan bank bergerak saya. Nanti abang tak jadi perwaris DA's saya tak boleh nak shopping macam-macam." Kata Ammara lalu manaikkan kedua-dua keningnya.
"Duit suami duit isteri so just take as much as you want." Kata Amsyar. Dia tidak kisah jika Ammara ingin menggunakan duitnya kerana memang dia kumpul harta untuk isterinya dan mungkin jika ada rezeki untuk anak-anaknya pula.
"Okey. Jadi malam ni jom shopping. Saya nak beli barang make up dan skincare. Alang-alang tu boleh beli baju dengan handbag baru." Kata Ammara seronok dan dia terus bangkit dari duduk.
"Hilang stres dah dia tu pasal jadual kerja." Kata Amsyar.
"Of course, lah hubby." Kata Ammara lalu mencium pipi Amsyar dan terus berjalan ke walk-in-closet.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...