BAB 42

3.5K 202 13
                                    

SEMUA yang berada di dalam bilik bedah sudah siap sedia ingin melakukan pemedahan. Ammara cuba menstabilkan semula emosinya sebelum melakukan pemedahan yang baginya amat penting. Itu untuk hidup dan mati Lily. Semoga Tuhan membatunya dalam menjalankan tugasnya sebagai doktor iaitu untuk membantu menyelamatkan nyawa seorang khalifah Allah dimuka buni ini.

"Dah sedia?" soal Daniell sebagai ketua pemedahan tersebut.

"Sedia." Jawab kesemua petugas yang berada di dalam bilik bedah tersebut.

Ammara berada di sebelah kanan Daniell manakala Eve berada di sebelah Daniell untuk memberi bantuan sekiranya Daniell memerlukan bantuan.

"Bismillah." Ucap Daniell.

Dengan lafaz bismillah dan usaha yang bakal dilakukan mereka berdoa semoga Allah membantu mereka untuk menyelamatkan khalifah Allah di bumi ini. Khalifah yang perlu hidup bahagia selepas penat bertarung nyawa selama ini.

BERJAM-jam lamanya mereka di dalam bilik bedah dari tengah malam sehingga ke tengah hari mereka bertiga dalam bilik bedah Amsyar pula hanya setia menunggu di luar bilik bedah dan dalam hatinya berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.
           
Entah mengapa hatinya berasa tidak kena seolah-olah akan jadi perkara yang tidak diingini kepada Ammara mahupun Lily tetapi dia cuba buang walaupun perasaan itu masih kuat di dalam dada.
           
"Ya Allah. Aku hanya ada kamu jadi tolong berikan berita yang baik kepadaku dan buang segala rasa syak dan wasangka kepada Mu." Selesai Amsyar mengaamiinkan doa dapat dia dengar tapak kaki seseorang berjalan ke arahnya.
           
Kepalanya terus mendongak memandang siapa yang menuju ke arahnya. Boleh dia lihat ayahnya dan ibunya serta Deinz berada di hadapannya. Otaknya ligat berfikir mengapa keluarganya boleh berada di sini. Siapa yang memberitahu mereka?
           
"Amsyar macam mana dengan Daniell?" soal Puan Anaya.
           
Pelik Amsyar apabila ibunya bertanya tentang Daniell adiknya itu sedang sibuk membedah bukannya sakit siapa punya kerja yang memberitahu keluarganya tentang ini.

"Apa yang ibu cakap ni? Sejak bila Daniell sakit?" Kata Amsyar lalu dia yang duduk di bangku terus berdiri.

"Tapi ada orang cakap Daniell sakit siap tunjuk gambar lagi Daniell kemalangan." Terang Puan Anaya matanya sudah bergenang dengan air mata. Sayu hatinya apabila melihat gambar tersebut dia tidak mahu ada terjadi apa-apa kepada anaknya yang nakal itu.

Deinz dan Amsyar saling berpandangan lalu dia mereka berdua memandang ayahnya itu dengan pandangan yang cukup pelik. Jangan nak kata ayahnya buat sebegitu tapi bila lihat wajah tegang milik Tuan Denniz dia tahu itu bukan kerja ayahnya. Lagi pula mustahil ayahnya ingin bergurau sebegitu.

"Ibu, Amsyar nak tengok siapa yang hantar mesej tu dekat ibu boleh?" pinta Amsyar tanpa banyak soal terus Puan Anaya menyerahkan telefon pintarnya kepada Amsyar.

Amsyar melihat siapa pengirim gambar tersebut memang seakan real Daniell kemalangan seorang yang edit gambar tersebut memang seorang yang pakar memang dia tidak nafikan perkara tersebut.

Kali ini mata Amsyar terhenti kepada nombor si pengirim dan dia rasa dia kenal nombor tersebut. Tanganya mengambil telefon di poket dan mengambil nombor tersebut untuk mencari tahu siapa gerangan tersebut.

Selesai dia mengambil nombor tersebut dia terus memberi telefon tersebut kepada ibunya tetapi bukan ibunya yang mengambil malah ayahnya,

"Jadi Daniell macam mana Amsyar?" soal Puan Anaya lagi.

Saat Amsyar ingin menjawab tentang perkara sebenar yang terjadi pada Daniell pintu bilik bedah tersebut di buka dan tanpa banyak bunyi terus Puan Anaya meluru ke arah doktor tersebut.

Beauty ExistenceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang