Selepas selesai menunaikan solat fardhu zohor, aku mula bersiap. Jam yang terpaku di dinding telah menunjukkan pukul 1:29 tengah hari.
Aku mengenakan baju t-shirt hitam longgar dan sweater berkain lembut yang labuhnya paras paha berwarna pink dan berlengan bishop disuaikan dengan jeans hitam pekat. Aku juga turut menggayakan shawl satin berwarna pink terang. And siap! Eh, jap. Aku mengambil gincu berjenama Simply Pretty dari almari kecil di sebalik cermin meja solek lalu menggilap bibir yang sedikit suram untuk menambah seri di wajah. Okey done. Aku tersenyum.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Wajah comel Ryna yang baru berumur 9 tahun tersembul di muka pintu. Aryna adalah adik bongsu aku. And she's sooooooo cute.
"Akak, abang Arif dah sampai."
"Oh, yeke? Okey.. Akak turun sekarang."
Aku mencapai beg sandangku yang berwarna oren muda di atas katil kemudian menghampiri Aryna. Kepalanya aku usap tanda good girl sebab inform aku.
Sebelum menutup pintu bilik, aku memastikan suis lampu dan air-cond telah ditutup.
Kakiku kemudiannya bergerak laju menuruni anak tangga. Dari jauh, kelihatan mama dan papa sedang berehat di ruang tamu utama rumah.
"Dah nak pergi?" Soal papa apabila aku bergerak menghampirinya.
"Ha'ah, pa," jawabku sebelum mencium tangan papa diikuti mama.
"Balik pukul berapa nanti?" Soal mama dengan riak risau terpapar di wajahnya.
"I'm not sure lah, ma. Ryka agak sekejap je kut. Sebab nak discuss je. Tapi tak janji. Maybe dalam pukul 4, Ryka balik lah kut."
"Hm.. yalah. Hati-hati tau!" Pesan mama. Dengan restu seorang ibu di hati, aku melangkah keluar dari rumah.
"Okey, ma. Don't worry!" Aku melaung.
Almari kasut dibuka kasar. Sepasang kasut hitam, berjalur tepi dan bertali pink aku capai.
Kornea mata aku dah nampak kereta Alza hitam milik Arif yang tersadai betul-betul di hadapan pagar rumah aku. Sebab dah lewat, aku berlari sambil berkaki ayam ke kereta Arif. Kasut tadi aku genggam erat. Pakai dalam kereta Arif jelah.
"Hai, Ryka. Nak cepat pun pakailah kasut dulu."
Aku menoleh. Kelihatan Pak Sahir, sedang tersengih melihat gelagatku mungkin, di pondok pengawalnya.
Aku ketawa buat-buat. Malas lah nak layan. Saya tengah nak cepat betul-betul lah, Pak Sahir! Desisku dalam hati.
Akhirnya, aku membuka pintu kereta milik Arif.
"Sorry... sorry, Arif. I'm late."
Aku cepat-cepat melabuhkan punggung di tempat duduk sebelahnya.
"Lek ah. Baru pukul 1:45. Setakat Cafe Pelangi tu, 10 minit je pun." Suara itu kemudiannya ketawa sumbang. Apa yang peliknya, aku pasti, suara tu bukan milik Arif. Tapi milik...
"Fikry?"
Aku menoleh ke seat belakang. Tepat sangkaanku! Wajah Fikry jelas terbentuk di retina mata. Tuan punya suara itu ketawa lagi. Kali ini disambung oleh suara-suara gila sumbang yang lain yang hanya memekakkan telingaku.
"Tah kau ni. Nampak nervous gila tadi. Sampai kasut pun tak sempat nak pakai," sambung Adam yang berada di seat belakang sekali. Pesta ketawa sumbang sekali lagi meletus.
Adam hanya berlagak cool sambil bermain telefon di tangannya. Mahu aja aku rembat headphone di kepalanya itu. Tutup telinga aku pastu pasang lagu See You Again by Wiz Khalifa feat Charlie Puth kuat-kuat. Jauh lagi menenangkan dari ketawa-ketawa yang... Astaghfirullahhalazim. Ni, kalau suara-suara ni pergi ujibakat AF, memang dah kena halau dah ni.
"Wait. What are you guys doing here?" Soalku membawa diri kembali ke alam nyata.
"Tadi... kitorang kebetulan pergi masjid sama. Jumpa kat sana. Pastu diorang tanyalah asal aku bawak keta pulak. Pastu aku cakaplah aku nak jemput kau ni. Pastu diorang cakap diorang nak ikut. Takkan aku nak larang pulak, kan?" Arif memberikan jawapan penuh kepada soalanku.
Aku menjegilkan mata. Boleh percaya ke mamat Arif ni? Macam tak masuk akal pun hader.
Aku memandang pula ke arah empat remaja lelaki di seat belakang. Mereka kecuali Adam, tersengih menyokong jawapan yang diberi Arif.
"Erh... pape jelah. Korang jangan buat hal pulak nanti, tau!" Aku mengangkat jari telunjuk ke hadapan hidung sambil mata dijegilkan.
"Yes, ma'am Ryka!" Seperti biasa, mereka menjawab kecuali Adam. Adam tetap leka dengan telefon pintarnya. Barangkali dia tak dengar langsung akan perbualan kami disebabkan headphone yang menutup telinganya. Aku mengeluh.
"Dah... dah. Cepat ah gerak. Lewat dah ni."
Aku kembali membetulkan kedudukan menghadap ke bahagian hadapan kereta. Dimulakan dengan kaki kanan, aku menyarung kasut yang aku bawa sekali tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Nobody
Novela JuvenilAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...