"Goal!!"
Hm. Not bad.
Harini ada latihan. Fuuh. Terpaksalah aku stayback sekali. Padahal aku bukan berkaitan pun. Setakat jadi tukang tengok, adedeh.
"How was that?" Tanya Fiq yang sedang tersengih, mengambil tempat di sebelahku.
Ceh, budak ni. Baru satu goal.
Aku menjegilkan mata sambil tersenyum gaya berfikir, "Hm.. boleh-la. Kalau kau shoot ke kiri tadi, selamat sikit. Pap! Terus masuk gol. Hehe," tangan-tanganku ligat menunjukkan demo.
Fiq mengangguk-angguk faham sambil meneguk air minumannya yang diletakkan di tepi pohon besar tempat kami berteduh sekarang.
Beberapa orang ahli lain tiba termasuk Arif. Mereka terduduk penat. Kesian betul.
"Ni salah kau lah, passing salah orang!" Bentak Ridhuan dengan volume suara under control.
"Haish! Manalah aku nampak si Fykri tu datang. Kau ni pun.." Harraz pula mempertahankan dirinya.
Aku tertawa kecil. Disambut oleh yang lain.
"Masa aku nak pergi ambik bola tu kan, aku nampak Harraz sorang je kat side kiri tu. Haaa.. mana pulak left-shooter korang?" Tembak Fiq. Gayanya seperti mempertahankan Harraz. Good, good.
Semua mata memandang ke arah Arith. Ya, semua orang tahu dialah left-shooter kumpulan A iaitu kumpulan Ridhuan dan Harraz.
"What? Masa tu, aku tengah halang Adam weih. Kau tanya lah right-shooter dia buat apa je masa tu," Kini, Arith mem-pass-kan kesalahan tu pada right-shooter group A pulak.
Aish. Kalau macam ni, sampai bila nak habis?! Geram pulak aku dibuatnya.
"Stop! Enough fitnah orang!" Lantang suaraku kedengaran. Wush. Senyap tak berdetik kawasan itu yang macam dah pasar malam tadi. Semua mata memandang ke arahku.
"Sa.. saya ada bawak air tu. Minumlah masa ia masih sejuk ni," jari telunjukku mengarah kepada bekas plastik besar bewarna biru.
Pandangan mereka turut sama teralih pada bekas biru itu. Swoosh! Sepantas kilat, mereka berebut mendapatkan air tersebut. Oh, man.
Semasa mereka sibuk berbual dan berehat, aku mula bangun dan mengira kedatangan.
AHLI TINGKATAN LIMA
Adam
Arif
Farees
Fikry
Firash
Hud
Iman
Qasyah
RidhuanAHLI TINGKATAN EMPAT
Aiman
Arith
Bad
Hakim
Harraz
Irfan
Rashdan
Syaqir
Ziqri18/18! Perfect.
"Mana Aifyn? Lama tak nampak?" Soal Iman sambil menikmati sandwich yang aku sendiri tak tahu bila dibelinya.
Aku nak menjawab tapi dipotong Bad.
"Haritu kan, saya ada nampak kak Fyn dengan date dia dekat Mega Freeze. Tapi tak tahulah betul ke tak itu date dia. Kak Fyn dah ada BF eh, kak Ryka?"
"Hm.. tak tahu," balasku acuh tak acuh.
Dah dia sendiri tak bagitahu aku, manalah aku nak tahu.
"Muka date dia tu macam.. hm.. sape eh? Saya macam pernah tengok je muka dia. Alah.. siapa daaa? Ush. Tak ingatlah pulak," tambah Bad.
Aku hanya senyap. Macamlah aku kisah. Esy, moody pulak aku ni.
"Siapa pulak? Ada-ada je kau, Bad," kata Hud.
Ya, ya! Perluke panjangkan hal tu?
"Tak ingat lah.. tapi rasanya korang pernah tengok dia jugak," ujar Bad.
"Dah, dah. Tak nak pergi sambung latihan ke? Pukul lima lebih dah ni," aku mencelah.
Sebenarnya aku malas nak dengar pasal kekasih Fyn je. Bukan aku ni marah or even jealous sebab Fyn bercinta.
But, aih, menyampah tau. Bila teringatkan aku ni kawan baik dia, sedangkan dia tak bagitau pun aku siapa pujaan hati dia tu. Takkan personal sangat, kot? Sampai BFF pun, tak nak bagitau? Orang lain ada je. Fyn tu yang pelik. Emph.
"Jomlah, sambung," ajak Arif yang sudah mula berjalan ke padang diikuti ahli-ahli lain.
Hm..
Berdenyut pulak rasa kepala aku ni.
"You alright?"
Aku mengangkat wajah. Hm, Firash.
"Kenapa?"
"Muka kau nampak pucat je," beritahu Firash.
"Ouh. I'm fine, thank you," aku mengukirkan senyuman buatnya.
Penipu jahanam. Takkanlah wajah aku boleh pucat? For what reason pulak?
"I know. Aifyn? Is it about her?" Soal Firash tiba-tiba.
Aku tak terkejut pun kalau Firash tahu, sebenarnya. Sebab aku pun tahu, dia ni jenis lain sikit. I mean, he can understand people (not that he's a mind-reader). I like it by the way.
But, I hate when Firash's lying. Yeah. Itu memang habit dia.
"Kau tak nak shuh ke? Yang lain dah tunggu kau kat bawah tu," aku menjulingkan mata.
Firash mengeluh tanda mengalah.
"Yalah, makcik pot pet," ujarnya sebelum berlalu ke padang. Cis budak ni.
Camera, powerbank, phone, pengilap bibir, purse, hmm.. tak ada dah kot. Ish, terujanya~
"Aryka, cepat sikit. Everyone is waiting for you!" Laung mama disebalik pintu bilikku.
"Okay, ma. Dah siap pun," balasku.
Memandangkan hari ni Hari Malaysia, hari cuti dan hari terakhir abang Asy bersama kami sebelum bertolak balik ke universiti, papa buat keputusan untuk pergi picnic hari ni. Uuu, dah lama tak pergi picnic. O Allah, terujanya.
Aku menuruni tangga dengan laju, tetapi berhati-hati. Walaupun perasaan teruja penuh di hati, tapi perlu diingati juga. Kalau jatuh tangga nanti, masuk hospital, tak dapat jugak pergi picnic tu. Apa-apa pun, teruja tetap teruja. Oh, no. I'm repeating the same word; teruja over and over. Ah, who cares?
Hip hip, hoorrayy!!Sebaik sahaja papa memarkir kereta, aku terus turun dan meluru ke arah Tasik Yasru. Wah~~ cantiknya.
Tenang sungguh berada di sini. Memang tenang.
Ramai jugak orang datang hari ni. Di seberang tasik pun ada orang berpicnic.
Wait, macam mana diorang pergi ke sana? Tasik ni besar, kot. Oh, ada jambatan yang menyeberangi tasik ni rupanya. Hehe.
Aku menggerakkan kakiku berjalan di tepi tasik dalam suasana slow-motion sambil menikmati pandangan. Uii.. geram pulak aku kat tasik ni. Rasa macam nak terjun dalam tu pun ada.
"Hm.. rasanya pertemuan ni bukan satu kebetulan, kan?"
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Novela JuvenilAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...