Hola, readers

31.2K 968 21
                                    

"Arif..."...

"Arif!" Aku mencuit bahunya.

Tiada respon.

"Arif!!!" Kali ini aku menolak bahunya berkali-kali.

"Yeah.. amende? Amende?"

Arif berpaling menghadap wajahku. Reda sedikit marah yang baru ingin membuak. Aku memang sensitif kalau orang tak layan aku. Dah jadi tabiat.

"Ni haaa. Kita ada game ngan budak sekolah Tengku Mahmud lusa," terangku.

Arif menyambut beberapa helai kertas yang aku hulurkan.

"Lusa?" Soalnya.

"Haah."

Arif meneliti isi-isi penting yang terkandung di atas kertas.

"Asal sekarang baru bagitau? Baik takyah bagitau terus."

"Eh, eh kau. Mana aku tahu. Tu pun cikgu Arman baru inform kat aku tadi."

Terdengar keluhan kecil terhasil dari kerongkong Arif.

Aku duduk di atas pangkin bersebelahan Arif.

"Alah... rilek lah. Aku tahu team kita boleh buat punya," pujukku.

"Kalau aku bagitau budak-budak, mesti naik hantu diorang ni. Tak ke gila lusa game, harini baru bagitau? Dah buang tebiat ke apa cikgu Arman ni?" Keluhnya.

"Ish, kau ni. Tak semestinya ia berpunca daripada cikgu Arman lah," ujarku lebih kepada membela cikgu Arman.

Arif memandangku serius. Terkejut mungkin. Kemudian mengalihkan pandangannya ke arah padang di hadapan.

"Backup lah cikgu Arman kesayangan kau tu..."

"Pulak dah? Merajuk ke?"

Tiada balasan.

Lama juga keadaan dibiarkan sunyi sehingga aku merasa tidak selesa. Bukannya apa. Takut jugak aku stayback kat sekolah sorang-sorang. Maksud aku, sorang-sorang perempuan. Lagipun, lepas ni mesti budak-budak kampung datang main bola kat padang sekolah ni. Hesy.. seram aku.

"Arif, aku..."

"Kau nak balik ke?" Soalnya memotong percakapan aku.

"Errr... ha'ah." Laju aku mengangguk.

Terukir senyum di bibirnya.

"Kau tak perlu mintak izin aku pun lah, Ryka. Hm... baliklah. Hari pun dah gelap."

Aku tersengih. "Kau?"

"Aku... nak stay sini lagi. Kau balik jelah dulu."

Seperti biasa, senyum sentiasa menghiasi bibirnya. Haih.. dah hilang agaknya rasa marahnya. Aku tahu Arif, kau pandai kawal amarah kau. Giliran aku pula yang tersenyum.

"Okey lah. Mesti pakcik dah tunggu lama tu," ujarku

Aku bangun dari pangkin dan berjalan pergi. Aku melambai kepada Arif namun dia hanya tersenyum sambil memandangku pergi untuk memastikan keselamatanku. Semasa mula mengenalinya, aku agak marah juga dengan reaksinya yang bersahaja itu. Namun, lama-lama aku semakin menerima diri Arif seadanya.

Yeah. Setiap manusia ada caranya yang tersendiri. Kita pula harus mendalami untuk menyayangi bukan menjauhi untuk membenci.

Aku. Aku ialah Aryka Sofea, pengurus pasukan bola sepak Sekolah Menengah Dato' Hamzah. Berumur 17 tahun. Aku... aku... entahlah. Baca jelah kalau nak tahu lagi pasal diri aku.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now