"Abang Asy, kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Masuk kali ini, dah 16 kali aku tanyakan perkara yang sama padanya.
Seperti biasa, abang Asy hanya berdiam diri. Bila dipaksa, katanya mahu fokus akan pemanduannya lah, itulah, inilah. Haih... kalau tak nak cakap, bagitau je lah. Tak payah aku habis air liur duk soal dan soal lagi.
"Dinner," celah IQ sepatah.
Oh. Lupa pulak. Si IQ tu ada kat tempat duduk penumpang belakang.
Aku nak tanya, dinner apa? Tapi, biarlah. Nanti panjang pulak perbualan aku dengan mamat tu.
~~~~~~~~~~~~~~
Haireenaz Boutique and Fashion.
Tulisan yang tertera di papan tanda aku baca. Ini butik yang mama selalu datang. Tapi, kenapa abang Asy bawak aku dengan IQ ke sini? Mama ada kat dalam ke?
"Oh.. hello Asyraf. Hello, Aryka and hello Eeqbal," sapa Aunt Rous sambil tersenyum.
Nama sebenar Aunt Rous ialah Dato' Rouselle Syern. Dan Aunt Rous lah pemilik Haireenaz Boutique and Fashion ni. Singkatannya, HBF. Ya, aku tahu korang mesti pelik, kan? Kenapa tak letak nama Rouselle Boutique and Fashion? Siapa Haireenaz tu? Jawapannya, aku tak tahu. Hee. Mungkin mama tahu. Mungkin.
"Here, Aryka," panggil Aunt Rous mematikan lamunanku.
Aku bergerak mendekati tubuh rampingnya.
"I've made a dress for you. A pretty white and light blue dress. So, I hope you like it," ujarnya sebelum menarik langsir merah yang menutupi patung manusia ber-dress putih, labuh dan menutup aurat. Bahagian lengan dan bahagian bawah dress tersebut dipenuhi dengan bunga yang bewarna biru langit.
"Okay tak?" Aunt Rous bertanya.
Aku memandang Aunt Rous.
"Is that for me?" Soalan berbalas soalan.
Berkerut dahi Aunt Rous mendengarkan pertanyaanku. Ya, bagus. Apa yang berlaku sekarang?
Tiba-tiba, abang Asy mencelah di antara aku dan Aunt Rous. Mereka seperti sedang berbisik akan sesuatu dan malangnya, aku tidak tahu tentang apa.
Tidak lama kemudian, Aunt Rous dan IQ bergerak ke sudut yang lain, meninggalkan aku dan abang Asy.
"Abang?" Aku mengangkat kening.
"Yes. Err.. macam ni, Aryka dah masak kan, dengan selok-belok butik ni? Jadi, Aryka pergi ke sudut mandi bunga kat belakang tu, dan mandi. Erm.. tak payah mandi bunga, mandi biasa aja. Sekadar nak segarkan tubuh, okay? Lepastu Aryka changed to dress yang Aunt Rous tunjuk tadi tu. Alah, Aryka pergi je belakang tu. Lepastu, pekerja butik ni akan uruskan semuanya. Aryka ikut je, okay?" Terang abang Asy panjang lebar. Entah masuk ke tidak dalam kepala aku.
Belum sempat aku membuka mulut, abang Asy telah menolak tubuh aku terlebih dahulu ke sudut belakang butik.
"Everything is gonna be okay. No worries!" Janji abang Asy.
Haih.. aku meneruskan langkah sehingga sampai ke pintu yang tertulis 'Fresh Room'.
Aku menolak daun pintu dan melihat seorang perempuan yang lebih tua dariku, mungkin, sedang mengisi air di dalam tab mandi.
Perempuan itu bingkas bangun dan mendekati aku.
"Hai, Aryka Sofea. Saya Sara. I'm your maid and stylish for tonight," sapa Sara sambil menunduk beberapa kali.
"Hai dan hey. Tak payahlah tunduk sampai macam tu sekali. Ni bukan Jepun," aku mengukirkan senyum buat Sara.
Sara tersengih.
"Aryka boleh buka tudung dalam ni. Tiada CCTV dan tiada lelaki. Jangan risau," jaminnya dan aku mengangguk.
Aku mula membuka tudung sekolahku dan Sara mengambilnya lalu memakaikan hanger sebelum menyangkutnya di dalam almari. Tidak lupa, aku mengucapkan terima kasih padanya.
Seterusnya, aku melangkah mendekati tab mandi itu. Dengan teragak-agak, aku memandang Sara.
"Sorry. Saya bukan nak halau, tapi boleh tak kalau.." belum sempat aku menghabiskan ayat, Sara memotong.
"Saya faham, jangan risau. Saya akan tunggu dalam bilik persalinan. Kalau ada apa-apa, panggil aja, ya?" Arahnya. Dengan itu, aku mengangguk laju.
Bayang Sara kemudiannya hilang di sebalik pintu bilik persalinan.
Bertemankan perasaan teruja, aku masuk ke dalam tab mandi itu. Suam nya air. Memang sesuai untuk mandi pada waktu petang sebegini.
Haih.. fikiran aku kembali melayang kepada abang Asy dan IQ. Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tapi, tak apalah. Yang penting, aku enjoy saar-saat macam ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sreett.
Aku menolak pintu bilik persalinan. Haih. Aku hanya dilitupi tuala mandi saat ini. Nasib baiklah tiada lelaki. Fuhh.
Sara yang sedang leka membaca majalah, tersenyum ke arahku sebaik aku melangkah mendekatinya.
"Done?" Soalnya yang bagi aku tidak logik langsung soalan itu. Dah nampak aku keluar, maknanya dah siap la tu.
Namun, aku tetap mengangguk.
Sara bangun memberikan ruang untuk aku duduk di kerusi yang berhadapan dengan cermin gergasi itu. Keadaan bilik ini sama seperti sebuah saloon.
"Sara," panggilku.
Sara yang sedang membuka zip belakang pada dress putih itu berpaling. Wow, refleksi yang pantas.
"Umur awak berapa?" Soalku terus terang.
"22," jawabnya ringkas.
Sara menghulurkan dress itu padaku. Aku bangun dan menyambutnya.
"Aryka pula?" Kali ini Sara pula yang menyoal. Kak Sara.
Aku mula memasukkan satu-persatu anggota tubuhku ke dalam dress tersebut.
"Sweet seventeen," aku membalas dengan nada teruja.
"Ouh. SPM lah, tahun ni?" Aku mengangguk.
"Goodluck. Jangan jadi macam kak Sara, tau? Kak Sara dulu tak suka belajar. Kak Sara tak sambung belajar dekat U pun. At last, dapat kerja jadi gadis butik jelah," pesannya ikhlas.
"In Shaa Allah. Sekurang-kurangnya, dapat kerja, kak Sara. Bayangkan, betapa ramai penganggur kat luar sana yang keluar dari U tapi tak dapat kerja lagi. Kira kak Sara ni bertuah la," ujarku.
Kak Sara tersenyum.
"Iyalah," hanya itu yang keluar dari mulut kak Sara.
Aku kemudiannya meminta kak Sara menarik zip belakang dress ke atas. Yeyh, siap~
"Duduk dulu. Kak Sara nak makeover then pakaikan Aryka shawl," suruhnya.
Mataku membutang mendengar perkataan 'makeover'.
"Erm.. tak payahlah, kak Sara. Aryka allergic make up. Nanti, habis merah muka Ryka kalau pakai make up. Apa kata kak Sara pergi ambil tudung sekolah Aryka dekat dalam bilik mandi tu. Pasal shawl, biar Aryka pakai sendiri. Kak Sara bagitau mana kak Sara letak jarum peniti je," putar belitku.
Kak Sara memandang aku aneh.
"Biar betul Aryka ni?" Soal kak Sara dengan wajah curiga. Takut pula aku tengok.
Aku mengangguk laju.
Kak Sara mengeluh.
"Iyalah," ujar kak Sara sepatah sebelum berlalu ke bilik mandi. Yes!
"Jarum ada dalam locker bawah majalah sebelah kiri!" Laung kak Sara.
"Okay!" Laungku kembali.
Tanpa membuang masa, aku mula membelit halfmoon yang bewarna biru sepadan dengan sulaman bunga pada dress itu. Dan selepas beberapa kemasan dilakukan, siap!
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Genç KurguAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...