"Aryka, mana air sejuk?"
Aku yang terkejut dengan soalan cikgu Farhan, membuka kelopak mata.
Huh? Aku tertidur?
Aku mengangkat kepala aku yang disandarkan pada kaca bangku, kemudian mengedipkan mata beberapa kali untuk menghilangkan rasa pening
"Apa cikgu?" Soalku yang masih mamai.
"Air sejuk... kamu letak kat mana? Separuh masa pertama dah nak habis."
Air sejuk?
"Air sejuk, cikgu?" soalku memastikan apa yang didengar.
"Iyalah... Air sejuk, air sejuk! Kamu letak kat mana?" Oktaf suara cikgu Farhan dinaikkan. Marah betul nampaknya.
"Em, cikgu. Saya tak tahulah. Cuba tanya Fyn. Biasanya kalau pasal air-air ni, dia yang in-charge," terangku tenang.
Mata aku meliar, mencari kelibat Fyn. Manalah pulak minah berbedak tebal tu pergi.
Aku bangun dari duduk, membuatkan cikgu Farhan melangkah ke belakang. Bukan kerana takut akan aku, tetapi kerana dia tahu akan batas seorang perempuan dan seorang lelaki bukan muhrim.
"Tu, Fyn, cikgu!" Aku bersuara sambil mengarahkan jari telunjuk tepat ke arah wajah seorang gadis yang kelihatan teruja di luar padang. Takde kerja betul.
Cikgu Farhan melepaskan satu keluhan kecil lalu melangkah ke tempat yang aku maksudkan.
:( .. cikgu menyampah ke dengan aku?
Selang beberapa saat, aku turut melangkah ke arah Fyn.
"Eh? Cikgu, saya tak tahu..." Dahi Fyn berkerut. Sebaik memandangku, dia kembali bersuara, "Ryka, mana air sejuk?"
Aku sempat menguis rumput di kaki sebelum mengangkat pandangan..
"Hm? Lah.. kan kau yang responsible untuk air, makanan tu semua," terangku, mengingatkan Aifyn tentang tugasnya.
"Memanglah. Tapi, kan saya dah pesan kat cikgu semalam, pukul dua hari ni, tolong ambik air yang dah siap packing kat kantin, sebab saya busy pukul dua tu. Lepastu, saya tak tahulah apa jadi ngan air-air tu semua. Kalau makanan, adalah saya bawak. Em... cikgu ambik tak air tu?" Fyn masih mempertahankan dirinya.
Aku memandang cikgu Farhan, menanti apa yang akan keluar dari bibir mulutnya.
"Bila masa pulak kamu pesan kat cikgu ni?" persoalan cikgu Farhan betul-betul menambahkan kebulatan mata aku hari ini. Aku melihat Fyn juga sedikit ternganga mendengarkan soalan cikgu Farhan. Kemudian, aku bergilir-gilir memandang mereka berdua.
"Hahhah.. tertinggal kat sekolah lah tu."
Entah bila, Arif tiba-tiba muncul di belakang aku. Semua mata memandang ke arahnya.
Cikgu Farhan mengalihkan pandangan ke arah padang yang beransur kosong. Aku turut melakukan perkara yang sama. Dah habis separuh masa rupanya.
"Dah habis dah pun," ujar Arif sambil tersenyum. Haih.. tenangnya dia~
Reaksi Arif meneguk air mineral mengejutkan aku. Wait, wait...
"Arif, kau... air tu?" Soal aku yang tidak tahu bagaimana harus menyusun ayat.
Arif tersenyum lebar sebelum bersuara, "Tu, nasib baik pengurus team sekolah ni baik hati nak bagi air mineral kepada pemain lawan."
Aku memandang ke arah bangku jurulatih. Zaqif berada di situ! Dia membawa seplastik besar yang berisi botol air mineral dan membahagikannya kepada beberapa orang pemain team DH yang berada di situ. Tidak, jangan!
"Cikgu?" Soalku meminta kepastian. Tidak mengapakah aku membiarkan perkara itu?
Cikgu Farhan melangkah pergi tanpa menyahut panggilan aku. Cikgu.. cikgu marahkan aku ke?...
Beberapa saat aku terdiam di situ sebelum mengangkat kaki.
Aku berjalan keluar melalui pintu pagar utama S.M.K Tengku Mahmud.
"Aryka! Stop... Where are you going?"
Aku memberhentikan langkah sebelum berpaling ke arah punca suara
"Arif? Kau ikut aku ke?" Soalku kepada Arif yang merapatkan langkahnya denganku.
"I'll never leave you alone. Now, kau buat apa ni?" Tanyanya.
Aku sedikit terharu akan jawapan yang keluar dari mulutnya.
Beberapa titik peluh mengalir dari dahi hingga ke dagu Arif. Kulitnya yang sebelum ini bewarna kuning langsat, kini bewarna merah muda. Kulit Arif memang begitu. Terlalu manja. Pantang terkena cahaya matahari, pasti mukanya kelihatan kemerah-merahan. Itu membuatkan Arif tampak lebih cute. Hahhah.
Arif menyepetkan matanya untuk memandang aku. Mungkin kerana silau.
Aku tersenyum.
"Aku nak pergi kedai jap. Kau kenapa tak stay kat padang? Rehat. Teruk betul dah aku tengok kau ni," nasihatku.
"Oh... okay. I'm going with you. Noktah. Dah jom," ujarnya sebelum melangkah ke hadapan mendahului aku.
Aku masih berdiri kaku di situ, membuatkan Arif berpaling ke arahku.
"Kau... ish... kau ni, tak payah buat baik hati macam tulah. Aku okeynye... belum nak mati lagi..."
"Ey... kau kan... kau tak perlu temankan aku. Aku okeylah!" marahku. Kenapa pulak dia nak libatkan pasal mati. Hesy.
"Habistu? Betullah aku cakap. Kau patutnya risaukan diri kau tu! Dahlah perempuan, cantik pulak tu! Kalau jadi apa-apa kat kau nanti, tak kesian ke kat parents kau?" Agak marah Arif melontarkan ayatnya.
T~T.. kenapalah hari ni semua orang asyik nak marahkan aku?
Aku hanya mendiamkan diri.
"Just stop. Kau nak beli apa?" Soalnya tenang. Pelik betul. Tapi hebat.
"Aku nak beli air mineral je pun."
"Kau ni pelik. Orang dah bagi air pun nak beli lagi," luah Arif yang berjalan seiringan denganku. Kau tak faham, Arif.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...