EVER?

9K 409 0
                                    

Setimbun flyer yang terdapat di atas meja guru menarik perhatian aku. Aku mengeluarkan tangan untuk mencapai salah satu darinya, sebelum...

"Hey.. awal betul kau sampai."

Aku menoleh ke belakang dan mendapati Firash selamba masuk lalu meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi yang terletak di barisan paling belakang.

"Hm. Flyer apa ni?" Soal aku setelah kertas lembut itu berada di dalam tanganku.

"Tah. Menu untuk booth kita, kut."

I see. Ice-cream. Ice-blend. Drinks. Nasi kerabu. Some kind of chocolate and candy. Photo booth. Bawal creep.

Erm... Bukan niat nak underestimate diorang, tapi kenapa benda yang diorang nak jual ni macam benda ke-perempuan-an je? Bayangkan ajalah. Players football yang diminati ramai pakai apron, blend ice. HAHHAHAHAHAHAA. No kidding. Lelaki-lelaki yang seharusnya berada di padang buat kerja macam tu. HAHHAHA.
Tapi tapi tapi, mungkin diorang akan nampak lebih cute bila pakai apron. Hm. Ha! Aku akan belikan set apron untuk diorang. Huwahahha. Set apron yang cute~

"Aryka?"

Huh? Aku berpaling ke kiri.

"Oh, Arif. Dah sampai?" Soalku sambil meletakkan kembali flyer tersebut ke tempat asalnya. Lalu, aku menapak ke belakang beberapa langkah. Huu. Dekat sangat -,-.

"Err. Ha'ah. Actually, semua dah sampai dah pun."

Aku melihat ke belakang Arif. Nampaknya, semua kerusi telah dipenuhi oleh lelaki-lelaki berbau hapak.

"Kenapa kau senyum sorang-sorang, tadi?" Tanya Arif. Aku menerhatikan peluh yang mengalir dari dahi hingga ke dagu lelaki itu.

"Let me guess. Korang datang dari padang? Practise?" Aku mengalih topik. Arif tersengih.

"Ha'ah. Kebetulan cikgu-cikgu ada meeting. Kitorang pun pergilah padang. 'Kitorang' EXCLUDE Firash. Kelas korang je yang ada cikgu. Teacher Raihanah pulak tu," terang lelaki berkulit langsat ini.

Aku menjulingkan mata.

"Ingatkan gentleman," perliku lalu membuang pandang. Sebelum itu, aku sempat melihat Arif tersenyum lucu. Malas nak layan. -,-

"Kau pergilah duduk. Harini, biar aku yang brief," arah kapten DH Knight.

Aku mengangkat tangan ke dahi yang bermaksud 'baik, boss' sebelum menapak ke barisan kerusi paling belakang. Selang dua kerusi kosong di sebelah kiri aku ialah Hakeem. Manakala di sebelah Hakeem pula ialah Firash.

Sedang aku ralit mendengar bicara yang keluar dari mulut Arif, aku merasakan bahu kiri aku dicuit lembut. Aku berpaling lalu sekeping kertas disuakan ke wajah aku.

Aku memandang wajah Hakeem, lama sebelum dia menunjukkan ibu jarinya ke arah Firash yang begitu fokus kepada Arif. Mulut aku membulat, mengeluarkan 'oh' yang perlahan. Ingatkan si Hakeem ni nak bagi surat cinta pada aku dah.

Aku menyambut kertas tersebut. Tanpa membuang masa, tulisan di atas kertas itu aku cerna.

Kau betulke?

Malangnya, susah untuk aku mencerna note bertulis itu.

Hmm??? About wht?

Balasku lalu mem-pass-kannya kembali pada Hakeem.

Sekejap sahaja, aku mendapat balasan.

Huh.. kau betulke join booth DH Knight? Kan, haritu Rayyan dah warning kau?

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now