Eeqbal Aqisha

7.8K 360 2
                                    

Aku ketawa akan cerita yang dibuka Aryka. Tak sangka Amran yang sudah berumur 12 tahun itu masih kencing di dalam kelas. Dahlah kelas pertama pulak tu.


Aku kelas kedua. Jadi, aku hanya mampu mendengar cerita tentang 6 Terbilang dari Aryka je.

"Mesti dia malu, kan?" Soalku dengan tawa yang masih berbaki.

"Mestilah. Tapi sebenarnya, I kesian jugak kat dia. Satu kelas ketawakan dia tadi. Hmm," Aryka membuat muka sedih. Haih, Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu. Hakhak.

Heh. Letih lah pulak. Tetiba sakit je urat belakang aku ni. Tadi, ada perjumpaan ko-ko. Baru balik lah ni ha.

Tiba-tiba, terlintas sesuatu di fikiran aku. Oh, shoot.

Aku meletakkan beg ke bawah dan mula menyelongkar isinya.

"Kenapa ni, IQ?" Soal Aryka yang kehairanan melihat telatahku.

Aku menepuk dahi.

"Alamak, Aryka. I tertinggal kertas latihan Matematik lah kat bawah meja. Dah lah cikgu Haiza suruh hantar esok kertas tu. Hm.. macam mana ni?" Aku bertanya pada diri sendiri.

"Habistu, you nak pergi ambil semula ke, kertas tu?" Aryka bertanya.

"Hm.. nampaknya-lah. Um, macam ni. Aryka balik dulu lah. I nak pergi ambil kertas tu," cadangku.

"Hm? Balik seorang-seorang? Tak nak-lah. Biarlah Aryka ikut sekali," rungutnya.

"Tak boleh, Aryka. Kan rumah Aryka dah nak dekat tu? Nanti, you ikut, buat letih aja," nasihatku.

"I nak ikut IQ jugak," aish. Degilnya budak ni. Tarik jugak tudung tu karang.

"No way. Kita dah jalan jauh, kot. Letih nanti."

"Yes way, please. I don't care about those little things. Lagipun, kalau I jalan seorang-seorang, nanti kena apa-apa, macam mana?" Bunyi macam mengugut aja.

Aku diam. Yes, sengaja. Kalau bertekak dengan budak ni, takkan menang punya. Baik aku diam je, sampai dia penat. Heheheeh

"Bolehlah, Eeqbal~"

No, no and no! Demi kebaikan you jugak, Aryka.

Kali ini, Aryka mempertemukan kedua tapak tangannya dan melentik-lentikkan bulu matanya. Aish, dahlah mata engkau dari jenis puppy-eyes dah. Dibuatnya longgar iman aku.

Aaah! Aku masih dengan keputusan aku. Sebagai seorang gentleman, aku tidak akan membenarkan gadis aku keletihan kerana aku. Ya! Aku membuat wajah merajuk untuk memperkuat kubu aku.

Kemudian, kedengaran Aryka mengeluh. Berat bunyinya. Hm?

"Fine!" Ujarnya sepatah dengan wajah monyok-nya.

Aku tersengih gembira. Finally! Tapi kan.. Pelik jugak sebenarnya. Biasanya, Aryka Sofea tak akan menyerah kalah secepat ni. Hum, biarlah. Aku tak ada masa nak fikir pasal tu.

"Yeah! That's my girl," aku memberikan thumbs up kepadanya.

"My girl lah sangat," dengus Aryka lalu menjulingkan mata.

Aku ketawa di dalam hati. You're so cute when you're mad.

"Kalau macam tu, I pergi dulu lah, ye? Hati-hati jalan tau? Balik rumah terus. Jangan merayau!" Pesanku.

"Hmm! Hmm!" Balas Aryka. Aahhahah. Marahnya.

Sebelum memulakan pecutan kembali ke sekolah, aku menatap wajah Aryka sepuas hati sebagai inspirasi. She's so cute.

Sebelum sampai ke selekoh, aku berpaling kembali ke belakang. Hm.. cepatnya Aryka lari. Dah hilang dah. Bagus, bagus.

Aku tersenyum tenang. Kemudian, aku meneruskan larian sehingga sampai ke sekolah dan memecut ke kelas aku.

Aku menyelongkar laci bawah meja dan mencari-cari kertas latihan Matematik itu. Aik? Tak ada? Hallamak. Mana pulak dah pergi, ni?

"Looking for this?"

Tiba-tiba, ada suara menyapa gegendang telingaku. Uuu.. Ya Allah, janganlah jembalang pulak. Sempat aku kerling jam di tangan. Dah pukul enam.

Dengan beraninya, aku mengangkat wajah.

"Eh, Suraya?" Automatik, ayat itu meluncur keluar dari mulut aku.

Ya, Suraya (harap memang Suraya lah). Budak nerd kelas sebelah. Kelas sebelah. KELAS SEBELAH. Err.. So, apa dia buat kat kelas aku ni? Aku pun tak rapat sangat dengan dia. Boleh kira dengan sebelah tangan, patah perkataan yang aku cakap dengan dia. Aku bangun dan berdiri menghadapnya.

Di mata aku, Suraya sedang berdiri sambil memegang kertas lat-. Hah! Tu pun kertas aku. Syukran, Ya Allah, syukran.

"Err.. Suraya? Tu kertas aku, ke? Tolong bagi balik?" Aku mengeluarkan tapak tangan yang telah sedia terbuka kepadanya dengan harapan dia akan memulangkannya tanpa banyak songeh.

Tapi, dia tak melakukan seperti yang aku suruh, sebaliknya langkahnya semakin maju ke depan, ke arahku.

"Hello?" Aku mempamerkan muka annoyed.

Namun, Suraya tidak langsung mengendahkan apa yang aku katakan. Dia terus maju setapak demi setapak sehingga kakiku terasa tersentuh sesuatu. Aku berpaling. Hanya kerusi tempat duduk Ghasni. Hak! Kalau tempat duduk Ghasni, maknanya dah sampai dinding lah ni, dia push aku? Ceh, minah ni kerek ni.

"Hoi! Kau kenapa, perempuan!" Makiku. Nasib baik aku tak panggil kau 'betina'. Walau tiada beza pun di antara dua perkataan tu. Heh, adalah. 'Betina' tu kasar sikit. 'Perempuan', sopan sikit. Haaa.. sikiiit lah.

Oh, kembali kepada Suraya, -,-. Sia-sia aja. Dia tetap tidak endahkan aku. Siap tolak aku lagi. Akibatnya, aku terduduk di atas kerusi milik Ghasni. Woi, terkejut aku.

Suraya mendekatkan wajahnya kepadaku. Aku dah tak boleh ke belakang sebab dihalang oleh dinding. Makin dekat, makin dekat. Alamak. Tubuh dia dah macam menindih tubuh aku dah ni.

"Damn stupid! Bitch! Get up from me, lah!" Lagi dan lagi. Makin banyak makian keluar dari mulut aku.

"Shh. Ada ulat bulu dekat baju awak," ujar Suraya dalam nada perlahan dan creepy. Gila. Biar betul perempuan ni.

WAIT. ULAT BULU!? Ada ulat bulu dekat baju aku?! Ya Allah! Aku anti-ulat bulu lah!

"Ulat bulu!? Ahhh.. buangkan! Cepat buangkan! Euww!" Aku menjerit di bawah sedar pemikiran aku.

Suraya kemudiannya ketawa. Ya Allah gediknya. Okay. Now, fokus pasal ulat bulu tu. Buangkan!

"Cepatlah, Suraya. Ish, kau ni. Suraya!"

"Ya, ya, sayang. I nak buang lah ni. Kejap lah sayang. Hihihi. You ni tak boleh tunggu lah," terkejut jugak lah aku mendengar ucapan yang keluar dari mulut perempuan sihir ni. Ah. Lantak kaulah. Lepas ni, baru aku maki kau puas-puas. Now..

"Buangkan! Cepatlah, Suraya. Cepatlah. Huwaa. Cepatlah!" Aku dah macam merayu dah ni. Minah gedik ni pulak sibuk duk ketawa. Eish. Gedik lah kau. Lepas ni, aku cepuk jugak kau ni.

"Ya, sayang, ya. Shh,"

Ahhhh! T~T. Mummy. Kenapa dengan perempuan gila tak bertempat ni. Ya Allah, kau selamatkanlah aku dari cengkaman perempuan sihir ni Ya Allah. Kau-

"Assalamu'alaikum?" Tiba-tiba, aku dengar seseorang memberi Salam. Alamak. Pencegah maksiat kah? Hallamak.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now