Adam Darwish

7.7K 357 3
                                    

Lagu Hakeleh by Sona One berkumandang di seluruh sudut bilik. Urgh. Siapa lah yang kacau masa tidur aku ni.

Samsung Galaxy S4 kucapai. Hm? Kosong je skrin? Ak.. oh.. aku cuba mencapai apa sahaja yang ada di atas drawer sebelah katil. Akhirnya aku merasa targetku dah masuk perangkap. Dapat kurasakan senyum sedikit terukir di wajah mengantukku ini.

Sony Ericson version lama. Hm.. aku patut tukar ringtone lepas ni. Tak nak sama dengan S4. Kang dah tertukar. And finally, apa yang aku nampak cuma missed-call from..

Panggilan masuk lagi. Just.. wait a minute.. Arif!? Aku dah boleh agak Arif akan marah aku sebab tak datang practise. Well, itu bukan salah aku pun. Badan aku yang letih. Cuma, aku tak boleh agak kenapa, Ketua Pelajar bawak phone ke sekolah. Hahha. Aku akan ada pertahanan yang kukuh gila kalau kena pergi kelas tahanan lagi selepas ni.

Takut panggilan itu tamat, aku terus menekan butang Answer.

"Well, bro. B-"

"You, useless bitch!" W.. what?! What did Arif just call me?

"And what are you? Bastard!"

Sebenarnya, aku ada rasa pelik jugak. Tak pernah-pernah Arif mencarut. No. Tak pernah langsung. Tak tahulah kalau dia selalu mencarut kat rumah. Tapi, kat sekolah, aku tak pernah dengarlah pulak. Even rumors pasal tu pun tak pernah sampai ke telinga aku.

"Kau kat mana?" Soal Arif yang aku masih dapat kesan membaranya kemarahan dia tu.

"Lah. Kalau pasal ak-"

"Kau kat mana!"

Aku mengangkat sebelah kening. Lagi? Aku benci betul orang potong ayat aku. Mulalah rasa tak intrested nak berbual.

"Rumah, bro," balasku lemah.

"Rumah? Kau tahu kan, ada practise this evening?"

"Hm.. tahu."

"Habistu?!" Aku menjauhkan telefon dari telinga. Ak.. aduh.

"Letih," balasku sepatah.

"Troublemaker," despite aku tahu ayat tu tak ditujukan untuk aku, aku masih dapat dengar dengan jelas. Sekali dengan keluhannya. Ada apa-apa yang berlaku ke? Hm.

Betul ke tak ditujukan kepada aku? Rasanyalah.

Tiba-tiba, S4 di tangan kiri aku vibrate. Malas lagi lah nak bukak mesej. Aku menunggu untuk mentafsir ayat dari Arif.

"Kau.. sambung lah tidur balik," ujar Arif setelah meninggalkan kesunyian yang agak lama.

"Actually, apa yang-"

"Tutttt.."

Aku melihat skrin. Panggilan telah ditamatkan?! Aish, that bastard.

Aku menatap pula skrin Samsung S4. Mesej dari group kelas. Aku membuka mesej tersebut.

Hot!!

Aryka Sofea dari kelas 5 Hobbit selaku manager DH Knight, diakui oleh Aleef Rayyan dan Adam bahawa dia sering berkelakuan gedik dengan lelaki. Malah, Aryka turut menunjukkan kegedikannya itu dengan player dari sekolah lain jugak! Maka, persatuan untuk memaksa Aryka dipecat dari jawatan tersebut akan diwujudkan serta-merta.


What... the... hell?! Apa ni? Tak ada pulak aku buat sidang media hari ni. Kenapa nama aku berkait jugak. Dan Aryka? Siapa y-. Rayyan. Dia tu... was he out of his mind?

Aku bingkas bangun dari perbaringan. Aku menggeliat, membetulkan urat-urat dan sendi yang dah berterabut sejak balik sekolah tadi. Oh, shoot. Pukul berapa dah ni?

Aku menatap jam digital pada skrin Sony Ericson. Lima. Mereka (DHK) mesti dah bersurai ni.

Ah.. aku terus mencapai headphone kesayanganku, wallet dan Sony Ericson bersama sebelum terus keluar dari rumah. Tak bagitahu Umi? Jangan risau... Umi mesti faham ke-busy-an anak dia yang merupakan football player ni.

Aku memulakan langkah ke sekolah. Headphone ku gantung pada telinga dan memainkan lagu One Call Away by Charlie Puth. Hm.. nasib baik jarak dari sekolah ke rumah aku dekat je.

Setelah sepuluh minit berjalan, aku akhirnya tiba di pintu pagar sekolah. Aku mengerling jam di tangan. Dah balik ke budak Aryka ni? Aku mengeluh dan menapak lagi ke dalam kawasan sekolah.

Tak ramai yang berada di kawasan sekolah masa ni. Duuh. Nak buat apa ni? Macam mana kalau dia dah balik rumah? Aih.. nak call ke?

Aku menyeluk poket dan mengeluarkan Sony Ericson. Haraplah aku ada simpan number dia dalam ni. Aku membuka menu contact dan mencari nama Aryka.

"Tepilah, bodoh!"

Mulanya aku endahkan suara itu. Tapi bila difikir balik, macam kenal je suara ni. Aku mengangkat wajah dan mencari orang punya suara itu.

Dan, yap. Aku betul.

"Aneesa?" Aku memanggil. Namun, aku lebih tertarik kepada gadis yang baru sahaja ditolaknya kasar. Wahha. Gadis yang aku cari. Sony Ericson kembali kusimpan di dalam poket seluar.

Senang je rupanya nak cari kau, Aryka.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now