EVERYTHING'S ALRIGHT

7.6K 386 3
                                        

"Pss.. psss,"

Aku memandang ke kiri. Sejak bila Aifyn jadi ular ni?

Aku mengangkat kening.

Fyn menggengam tangan kanannya sebelum menegakkan jari telunjuk dan jari hantu. Okey. Dua?

Tangan kiri Fyn pula menunjukkan kepadaku tapak tangannya. Lima? Soalan dua puluh lima? Okay.

Aku memandang sekilas ke arah kertas di mejaku kemudian memandang wajah cemas Fyn kembali.

Aku menyentuh dahiku. Harap-haraplah minah ni faham maksud aku. Beberapa kali aku menyentuh dahi sambil membuat mulut menyebut huruf A.

Akhirnya, Fyn mengangguk faham. Dia menggumam thanks kepadaku. Aku mengenyit mata kepadanya. Jangan salah faham. Maksud kenyitan mata pada kami ialah not-a-big-deal.

"Kuiz ini akan tamat lagi lima minit. Yang dah siap, please check your answer," arah cikgu Ali selaku guru Biologi kelas 5 Hobbit.

Setelah dua kali meneliti jawapan-jawapanku, akhirnya aku berpuas hati. Batang pen ditutup kemas. Uh, laparlah pulak.

Oh, talk about lapar, esok ialah Hari Ulangtahun tau? Walaupun lapar dengan Hari Ulangtahun tu tak berkait... biarlah! Dah teringat, nak buat macam mana, kan?

Hakhak. Tengoklah, petang nanti aku heret Fyn pergi mall nak beli apron untuk ahli.

"Rayyan, kutip kertas-kertas jawapan ni dan hantar ke meja saya sekarang," arahan cikgu Ali dibalas dengan anggukan dari Rayyan.

Saat Rayyan mengutip kertas di meja aku, pandangan langsung tidak kuhadiahkan buatnya. Hah. Padan muka kau. Ish.

Dan saat itulah speaker sekolah bergema alunan lagu pendek menandakan ada pengumuman.

"Ehem... ehem... hai," dengan suara yang tenang dan mendatar tu, aku rasa mata aku hampir terkeluar. Biasanya, yang buat pengumuman bukankah kerani sekolah iaitu Kak Hani? But why... ini bukankah suara-.

"Ni Adam. Dari kelas 5 Hozean. Juga player DHK, position main attacker. Kenal, kan? I hope so. Saya ada satu pengumuman nak buat."

Mungkin jawatan Pengumum Sekolah telah dicipta dan disandang oleh Adam. Tak mustahil. Tapi, tak perlu lah nak perkenalkan diri, kan? Macam melebih je.

"Semua orang tahu bahawasanya sepanjang seminggu persekolahan ini, satu sekolah kecoh tentang gossip berkaitan pengurus kelab bola sepak iaitu Aryka Sofea."

Seriously, Adam? Ini ke yang kau kata 'tak mengaibkan' tu? Aku ingatkan kita dah kawan. Rupanya betul sangkaan aku. Kau memang nak kenakan aku. Kalau... kalau... kalau ya pun, tak perlu lah sekarang, kan?! Dahlah Rayyan tengah berdiri sebelah aku sekarang ni. Semakin tebal muka aku, tau?!

"Saya ingin menafikan kesahihan gossip tersebut. Saya, Adam, tak pernah menganggap atau even rasa yang Aryka ni gedik. Plus, I think she's a good manager and the right one for us. Do not need to exist the, what? Persatuan untuk memaksa pemecatan dia? Kalau saya jumpa siapa yang mula-mula wrote the message, lunyai dia nanti."

Tiba-tiba bunyi ketukan bertalu didengari.

"Adam Darwish! Open the door!"

"Haks. Game start. Oh, guys. Dengar tak saya cakap apa? Ingat ni. Kalau korang menyebarkan berita yang tidak benar, itu adalah fitnah. Dan bila fitnah dapat apa?"

"Dosaaa," serentak kelas aku menjawab.

"Right. Tahu, pun. Kalau tahu, nak buat lagi, tak?"

"Tak nakk," lagi, kelas aku menjawab serentak. Eh.. korang ni form five ke five years old? Cikgu Ali yang turut mendengar dah geleng-geleng kepala.

Mr. NobodyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang