"No! Kami nak jual ice-cream! Ice-cream!!" Hampir pekak telinga aku dibuatnya. Haih.. aku memandang wajah Nazreen yang kemerahan-merahan menahan berang.
"Tak ada untungnya pun jual ice-cream! Kau tak boleh fikir ke? Jauh lebih baik kalau jual ayam KFC," Kali ini, Hafidz pula membantah. Heh, menghina penjual ice-cream ye, kau?
"No, no and no! Apehal yang kau addicted sangat dengan ayam goreng tu? Nak jadi upin ipin, eh? Plus, nak jual ayam goreng tu, perlu budget banyak, kau tahu? Budget banyak!" Tempik Nazreen.
Aku menyandarkan kepala aku yang dah mula rasa berat pada bahu milik Fyn. Macam-macam lah. Nak bukak gerai sehari, pun kena berperang mulut. Like a child.
"Budget banyak, untung banyak, no hal lah! Daripada jual ice-cream, untung nye seringgit dua je. By the way, kitorang nak jual ayam KFC ye. Bukan ayam goreng. Jadi, ia tak berkait langsung dengan upin ipin kau tu!," balas Iyyad, menyokong Hafidz.
"Eleh... sama je. Resources dia, sama-sama ayam jugak, kan?" Tanya Hasya sinis.
Mesti korang pening, kan? Okay, macam ni... dua minggu lagi, adalah hari anniversary S.M.K Dato' Hamzah. Ramai guru dan students dari sekolah lain yang akan datang pada hari tersebut. Dan setiap kelas dikehendaki membuka sebuah gerai jualan. And inilah yang terjadi pada kelas aku. Yang perempuan nak jual ice-cream while yang lelaki nak jual ayam goreng crispy.
"Argh! Suka hati korang lah! Jumlah lelaki lebih ramai dalam kelas ni. So, korang kena ikut cakap kitorang. Ayam goreng!" Protes Rayyan yang mula bangun dari tempatnya untuk beredar dari bulatan perbincangan itu.
"What?! No, I thought! Kitorang ladies. So, kitorang perlu diutamakan. Ice-cream!" Balas Suha yang turut berdiri. Namun, jangan salah faham. Dia berdiri hanya untuk mengajak Rayyan meneruskan perang mulut itu. Nampak sangat.
"Well... I don't care, ladies or not," ujar Rayyan selamba sebelum role his eyes dan berlalu pergi.
"What? Rayyan!" Suha mula berlari kepada Rayyan. Aipp.. Ni dah jadi kes lain ni.
Haih... aku memejamkan mata sebelum untuk beberapa minit suara milik Fyn menyapa gegendang telinga aku.
"Kau tak nak cakap something ke?"
Aku menggeleng.
"You sure?"
Aku mengangguk.
"Sebab ahli kelab bola kau tu ada sekarang ni," terangnya membuatkan mata aku membulat.
Aku mengangkat kepala dari bahunya. Tak lupa, aku memperbetulkan bahagian atas tudung yang sedikit keronyok.
"Mana?" Soalku.
Fyna tersenyum sebelum mengajukan jari telunjuknya ke arah pintu hadapan kelas.
"Right there," ujarnya.
Yeah. Aku menangkap susuk tubuh beberapa orang ahli DH Knight yang aku kenali. But, apa diorang buat kat sini?
Aku memandang Fyna dan bangun untuk menuju ke arah mereka.
"Takkan tak boleh? Dia kan manager kami?" Arif kelihatan seperti sedang berunding dengan Rayyan ketika aku tiba di muka pintu kelas. Wajah masam Suha yang berdiri di belakang Rayyan aku pandang. Huhu.. tak dilayan lah tu.
Arif dan beberapa ahli DH Knight yang lain mula mengalihkan pandangan ke arah aku.
"What are you guys doing here?" Soalku dengan dahi berkerut.
Arif kembali memandang wajah Rayyan dengan pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan.
Arif kemudianya tersenyum. Cute.
"No, you can't," protes Rayyan yang aku tidak tahu tentang apa sebelum dia memegang kemas lenganku.
Tidak semena, aku menepis tangan Rayyan membuatkannya sedikit terkejut.
"Err... maaf," ujarku ringkas. Rayyan kupandang sepintas lalu
"Aku tak tahulah atas sebab apa kau tak izinkan kitorang pinjam manager kitorang. Tapi, kelab kami cuma nak buka gerai untuk special day tu and of course kitorang perlukan our manager. And one more thing, kau tak berhak tentukannya. Kau siapa? Hanya Aryka sendiri yang boleh decide," tengking Adam pula. Sebenarnya, bukanlah tengking tetapi separa tengking.
Aku melihat lelaki-lelaki di hadapan aku ini satu-persatu. Mungkin aku sudah faham sedikit.
Pandangan aku kemudiannya bertaut dengan pandangan milik Arif. Dia mengukirkan selembar senyuman. Heh.. mamat senyum betullah.
"So, Aryka? Kau nak join kitorang, tak? Buka gerai?" Soal Arif mematikan lamunan aku.
"Hah? Of course lah!" Ujarku teruja.
"Tapi macam mana dengan gerai kelas kau?" Soal Arif lagi.
Iyalah. Aku memandang Rayyan.
"What? Kau nak join diorang, join ajelah..." ujar Rayyan yang perasan akan pandangan aku kepadanya. Aku tersenyum teruja sebelum dia menyambung, "tapi jangan mimpi nak join untuk gerai kelas ni jugak."
"Huh?" Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku.
But why?
"Kau boleh pilih antara dua. DH Knight kau tu, or 5 Hobbit," ujar Rayyan lagi.
Aku terkedu. DH Knight atau 5 Hobbit? Apa? Macam mana? Aku sayang keduanya. Takkanlah aku mahu melepaskan salah satu darinya.
"Kenapa pulak?" Soalku lebih kepada nada membantah.
"Suka hati akulah."
"Tak munasabah-nye jawapan kau," perliku.
Rayyan senyap sebelum memalingkan wajahnya. Mungkin mahu berlalu dari sini.
"Sebab aku mula sedar kehadiran kau sebagai ahli kelas ni. Dan aku mahu cuba jaga kebajikan kau," ayat-ayat terakhir Rayyan sebelum dia menghilangkan diri.
"Kebajikan?" Aku bersoal pada diri aku sendiri.
Namun, ketawa besar Adam menghapuskan konspirasi-konspirasi yang berlegar di minda aku.
"Si Rayyan tu ingat kau pekerja dia ke yang dia nak jaga kebajikan kau?" Aku cuba untuk memproses kata-kata Adam.
"Erm.. Ryka. Kalau kau tak nak join kitorang, aku faham," ujar Arif sambil mengenyitkan mata kirinya. Membuatkan aku tersenyum.
"Fikirlah dulu. Take your time," Adam yang tadinya ketawa besar, tiba-tiba bertukar menjadi manusia yang paling serious.
Aku mengangguk.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...