Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di Fontray Hotel itu. Auntie Syareena dan mama rupa-rupanya bersepakat untuk menyatukan aku dan IQ. Tetapi percayalah, aku tak akan benarkan. Tak akan!
"Kita berkumpul pada petang ni, untuk meraikan Aryka dan Eeqbal. Aryka, Auntie bersyukur sangat. Sebab Aryka masih mahu menerima Eeqbal selepas apa yang berlaku dulu. Sebab Aryka sudi maafkan kesalahan Eeqbal. Dan sebab Aryka masih mahu menerima keluarga kami sebagai keluarga Aryka," ucap Auntie panjang lebar, yang aku tidak tahu sejak bila aku cakap macam tu. Sejak bila aku cakap aku maafkan Eeqbal. Dan sejak bila aku sudi terima lelaki itu semula!
"Fatma, saya akan hantarkan rombongan meminang secepat yang mungkin. Saya tak mahu lagi terlepas Aryka," pohon Auntie pada mama.
"Kalau boleh, lepas SPM lah, ye. IQ dan Aryka kan sibuk sekarang..."
Sudah! Aku tak nak ingat dah kejadian tu. Ini semua tak masuk akal! Not at all!!
"Wey, Ryka. Kau okay tak?"
Aku membuka kelopak mata. Arif. Aku membalas senyumannya.
"Kau buat apa kat tengah padang ni? Bertapa ke apa?" Soalnya yang masih berdiri. Jadi, terpaksalah aku dongak untuk berbual dengannya.
"Kau tak balik ke?" Soal Arif lagi.
Aku hanya memandangnya tanpa berkelip.
"Kau tu perempuan. Dulu kan kau sendiri cakap yang kau takut balik lewat sorang-sorang? Sebab ramai budak lelaki lepak kat padang lah apalah. Sekarang? Tak takut ke?" Aku hanya membalas soalannya dengan senyuman.
Arif tersenyum lagi. Tetapi bukan kerana membalas senyumanku. Dia mengeluh sebelum mengambil tempat di hadapanku. Dia memandang ke dalam anak mataku. Dan aku memandang anak matanya. Hitam. Arif mewarisi anak mata Nabi Muhammad SAW.
"Kau ada problem?" Pada mulanya aku menggeleng. Tetapi akhirnya, gelengan itu bertukar menjadi anggukan.
"Tak nak story dekat aku?" Soalnya.
Aku menjatuhkan wajah.
"No," balasku.
"Okay then. Hm.. listen, Aryka. Whatever your problem is, I believe that you can handle them. Just, never run away from them. Because those problem are always in your heart, running you crazy. And your heart decide everything," pesan Arif.
Aku hanya membalas dengan 'hm'.
But, masalah aku ni bukan aku sendiri yang tentukan. Tapi, mereka yang suka-suka hati nak tentukan hidup aku tu!
Disebabkan hal itu, aku dan mama berselisih faham. Dan dalam hal ini, aku yakin yang aku tak salah langsung. Langsung! Siapa mereka nak tentukan hidup aku. Memanglah mereka keluarga aku. Dan mama yang melahirkanku. Aku sedar. Aku tak nak jadi anak derhaka. Tetapi, mereka sepatutnya biar aku yang memilih pasangan hidup sendiri. Dan aku pastinya tak akan memilih IQ. Never!
"By the way, nampaknya kita kena meet Tengku Mahmud lagi," ujar Arif membuatkan aku mengangkat wajah.
"What?" Aku mempersoalkan kenyataannya.
"Why? Bukan sepatutnya kau dah tahu ke?" Soalan berbalas soalan.
"No, I don't. Macam mana kau tahu ni?"
Aku memandang kedalam anak matanya. Tak ada riak menipu. Okay.
"Cikgu Farhan bagitahu semalam, dalam group," ujar Arif membuatkan aku sedikit tersentak.
Patutlah... semalam aku tak bukak WhatsApp. Bukan hanya semalam, tapi dah beberapa malam aku tak aktif phone sebab stress sangat.
Aku lekas bangun dari duduk.
"Kau nak pergi mana?" Soal Arif yang turut berdiri.
"Aku nak pergi jumpa cikgu Farhan jap. Kau balik lah dulu. I'll be okay," beritahuku lalu menghadiahkan satu kenyitan mata kiri buat Arif.
Arif tersenyum. Dia memalingkan wajahnya beberapa saat sebelum kembali memandang aku.
"You sure?" Soal Arif tidak mempercayaiku.
"Haih.. Arif, kau balik ajalah. Aku pandai jaga diri. Lagipun, ni kawasan sekolah. Nothing bad would happen to me," jaminku.
Tanpa menunggu jawapan Arif, aku terus berlari dari padang meninggalkan dia di situ. Nasib aku baik, Arif tak halang mahupun kejar.
Semakin lama, bayang Arif semakin hilang dari pandangan. Aku meneruskan larian aku ke bilik guru lelaki. But, somehow..
"Ouch!" Aku jatuh terduduk.
Aw.. sakitnya dahi. Makhluk apalah yang aku langgar ni.
"Hesy.. kau okay tak?" Soal suara iu dengan nada garang. Rasanya aku kenal akan suara ini. Haih.. dalam saat-saat macam ni pun kau nak marah aku lagi.
"Adam!" Marahku lalu mengangkat pandangan untuk melihat wajahnya. Hah, kan betul!
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...