Aku berjalan di hadapan, meninggalkan Aifyn dan Firash yang sedang begossip sakan di belakang. Apalah tajuk utama mereka hari ini. Bila aku tanya tak nak bagitahu. Lepastu mulalah tanya..
"Kau tak dapat ke message dalam Whatsapp tu?"
Dei! Kenapalah tak faham-faham bahasa diorang ni. Aku punya handphone dah berapa bulan tak dihidupkan. So, macam manalah aku nak dapat semua messages tu.
Subjek pertama kitorang hari ini adalah Bio. Malangnya Cikgu Ali tak datang sekolah hari ini. So, dapatlah kitorang beemaharajalela dekat perpustakaan sepanjang masa dua jam tu.
Sampai sahaja di pustaka, aku terus ke bahagian buku rujukan manakala yang lain-lain kebanyakannya menuju ke bahagian novel. Tambahan pula, pihak perpustakaan baru aje beli tiga kotak novel baru. Hah. Bahagialah diorang.
Aku mencapai tiga buah buku rujukan Fizik yang berlainan keluaran. Oxford, PPIM dan Focus. Kesemuanya aku letak di atas meja. Aku duduk dan mula menelaah buku-buku tersebut. Haih. Dari awal tahun lagi aku jalankan gerak gempur Fizik ni. Tak payah cakap dah berapa kali khatam buku rujukan Fizik. Tapi, aku tetap baca, baca dan baca konon-konon mungkin aku akan faham dengan sendiri suatu hari nanti. But no! Aku baru sedar semalam bila Adam ajar aku. Rupanya aku perlukan seseorang untuk fahamkan aku tentang Fizik ni. And the right person is Adam! Yepp, Adam. It was so easy with him.
"Aryka," kerusi di hadapanku ditarik.
"Hmm?" Aku mengangkat wajah.
Bulat mataku memandangnya. Aku ada apa lagi tak settle ke dengan dia ni. Hadoii, penatlah nak melayan kerenah tak betul mamat ni. Aku akhirnya melepaskan keluhan berat.
"Kau nak apa?" Soalku kasar.
Dia tak menjawab, sebaliknya menolak sesuatu ke arahku. Coklat... Anstand.
Dah apa pasal nak bagi coklat favourite aku pulak ni? Okay, dia nak senyap kan.. aku senyap jugaklah kalau macam tu.
"Erm.. for you."
"Dah lah, Rayyan. Just straight to the point, can you?"
"Alright, as you wish. Aku just nak tanya. Betulke kau ngan Adam dah..." Rayyan mendekatkan jari telunjuk kanan dan kirinya.
"Oh, yes. Kenapa?"
"So, betullah message tu?"
"Message apa ni?" Oh God. Aku lost.
"Urgh.. whatever, Aryka. But why?" Suara Rayyan semakin menaik. Huh? Kenapa dia ni.
"What? Salah ke? No, right?" Lagi bagus apa. Rayyan ni macam tak suka je aku berbaik dengan Adam.
"Mestilah salah! Bukan dulu korang saling membenci, ke?"
"Tu dulu. Sekarang lain. Lagipun dah lama kitorang berbaik. Kau je baru tahu."
"Seriously, Aryka? So, since day aku.. em.. confess kat kau tu kau dengan dia memang dah.. tut tut tut lah?" Apa berbelit sangat ayat dia ni? Pening aku.
"Hm? Jap.. biar aku ingat... emm.. rasanya yelah kot," ujarku tak berapa nak pasti.
Aku dapat kesan yang wajah Rayyan dah berubah. Wow. Kenapa dia ni nak pasrah sangat kalau aku berbaik dengan Adam. Crazy. Nilah contoh manusia yang suka tengok orang bergaduh. Hmph. Aisy, aku punn.. apa jahat sangat ni.
Tanpa sepatah kata, Rayyan terus bangun dan meninggalkan aku. Aik, apa ke pelik sangat perangai dia? Dah lah datang tak diundang, pergi pulak tak berkhabar.
Tiba-tiba Aifyn datang dan duduk disebelahku.
"Wei! Apa cerita dengan Rayyan tu? Muka masam macam ape dah. Kau sembur dia ke?"
Tercengang aku dibuatnya.
"Mana ada! Aku bukan jenis yang suka sembur orang eh. Hish. Macam ni...."
Aku pun terpaksalah bercerita dekat Fyn ni dari A sampai Z.
Dan tak semena-mena, Fyn menampar bahu aku dengan kuat. Woh, lebam aku macam ni.
"Ryka! Kau tau tak message tu pasal apa?"
"Hm? Pasal apa?" Tanyaku ingin tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...