Aku mengukirkan senyuman buat Aryka. Nervous betul tampaknya. Hahahah.
Dia memandang ke arah Rayyan. Lama, sebelum mula berjalan ke tempat lelaki itu berada.
Aku memandang Aifyn.
"Dia tak lah degil sangat, sebenarnya," ujarku.
"Yeah. Nampaknya macam tulah," Fyn membalas senyumanku.
Aku memerhatikan Aryka. Mereka berbalas kata untuk beberapa kali sebelum aku perasan ada sesuatu yang melingkar pada pinggang-nya.
Oh, shoot. Aryka, do something! Namun, dia hanya macam batu di situ. Takkanlah terkejut sampai kaku, kot. Aih.
Aku bangun dari kerusi. Kulihat Aifyn baru perasan perbuatan Rayyan itu. Dia turut melahirkan reaksi terkejut.
Tanpa berlengah, aku berjalan laju ke arah mereka dan menempis tangan Rayyan. Fyn yang baru datang membawa Aryka pergi.
Rayyan memandangku sedikit terkejut. Namun, reaksi itu terhapus serta-merta dengan sengihan yang terukir di bibirnya.
"Oh, Firash. What are you now? Her guard?"
"I am. If you're the threat."
Rayyan ketawa.
"Bagus, bagus. A-"
"Aku dah kata jangan ganggu dia," aku memotong kata-kata Rayyan.
"What? Aku tak pernah ganggu dia lah. About tadi tu, tak payahlah ambil serius sangat. Aku just bergurau dengan dia. Men love to tease the girl they're crushing on."
"Oh, ya? Kalau macam tu.. stop crushing on her," balasku.
Aku tak tahulah kalau mata aku yang dah rabun, tapi rasanya Rayyan dah berubah muka. Yeep. Muka dia a little bit reddened. Still handsome. Don't worry, girls.
"You know what, Firash? You shouldn't be that smug with your ability," kali ini, nada suara Rayyan sedikit perlahan dan mendatar berbanding tadi.
"Am I? Hm.. I'll try not to.. next time," aku membalas dengan senyuman.
"I'll be dreaming of punching your soft cheek, someday."
"Whatever, Rayyan. I'm going to see Aryka now. Ada pesanan?" Aku tak berniat pun, ayat akhir tu. Saja nak menambahkan keceriaan ayat. Or more to menyakitkan hati dia. Tapi orang macam dia takkan pernah terasa hati.
"Say I'm sorry to her."
"I'm sorry, I don't hear you," sengaja aku menyakat Rayyan. Lagipun, malas ah sampaikan pesanan maaf orang ni. Bukan kerja aku pon. Dah buat salah, mintaklah maaf sendiri. Typical man-kind.
Ketika aku melangkah keluar dari kelas, aku terserempak dengan Fyn. Aryka tak ada pulak. Hm? Fyn buat apa kat sini? Belum sempat aku bertanya, Fyn terlebih dahulu memberitahu.
"A... aku nak ambil tisu untuk A.. a.. ryka kat dalam beg. Ka~au.. boleh tunggu aku t.. ak?"
Aku mengangguk. Dan ketika Fyn masuk semula ke dalam kelas, aku melepaskan ketawa yang ku tahan. Hakhakhak.. sejak bila si Aifyn ni jadi gagap pulak? Aduyaii..
Setelah itu, kami sama-sama menuju ke tempat Aryka berada. Amboi, jiwang betul. Belakang makmal komputer jugak dia pilih. Tapi sebenarnya, memang belakang makmal ni tempatnya strategik. Sebab sekelilingnya, semua padang rumput. Tenang gitu.
Tapi, kesian pulak aku tengok Aryka ni. Teresak-esak dibuatnya. Aku tak dapat tengok wajahnya sebab dia menyorok di sebalik lutut yang dirapatkan ke kepala.
"Aryka, dah lah tu. Tak ada apa dah. Relax," pujukku.
Kata Fyn, dia dah banyak kali pujuk si Aryka ni. Namun, still the same.
Aryka menggeleng-geleng. Apa jelah yang dinafikannya.
"Alah kau ni, hal kecik je tu. Dah dah dah,"
"Hal kecik kau kata?! Dia sentuh aku, tahu tak? Dekat pinggang pulak tu! Kalau dekat tangan, aku okay jelah. Dekat pinggang!!! I wanna kill that guy!!" Bentak Aryka yang suaranya sayup-sayup aja.
Erk?
"Rayyan tu sentuh kau aja! Sentuh pun berlapik tahu?! Bukannya dia rogol kau lagi! Kalau dia buat macam tu, boleh lah kau nak nangis keluar air mata darah sekalipun!" Tengkingku. Sebenarnya aku tak berniat pun nak tengking dia. Tapi, aku tengking sebab-.
Aryka mengangkat wajahnya untuk melihat aku. Dapat ku lihat keseluruhan mukanya yang dah basah gila. Pfft. Mulut dia pun dah ternganga. Mungkin sebab terkejut aku first time marah dia. Hahahhaha. Lawak lah kau, Aryka. Hahhah.
Aku tak tahu daa apa tak kena dengan kau. Kau tu pelajar paling cemerlang konon, tapi sometimes aku rasa, kau lah the dumbest, blurr-est human I've ever met. Kau.. aahhahhaahah. Aryka, so funny. Kadang-kadang, aku rasa kau tak normal, tahu?
"Kau... emph!" Aryka kembali menyorokkan wajahnya daripada aku. Fyn yang berada di belakang aku dah burst out into a laugh.
And sometimes... too grumpy. Bukan sometimes jelah, but all the time. Hahhahahah.
"Hahhahah. Dahlah tu. Aku penat, tau tak? Nak pujuk kau lagi. Karang Sir Fardin tu dah masuk, melepaslah note Fizik kau," kataku separa mengugut. Aku tahu, si Aryka ni obses dengan Fizik sekarang. Namun, yang lebih aku takutkan sekarang adalah kena buat homework dua kali ganda sebab lewat masuk kelas. Urgh. Mintak jauh.
"Eh, eh, eh.. dah pukul berapa sekarang?" Tanya Aryka yang terkocoh-kocoh mengelap air matanya.
"Eh, sebelas dua puluh lima, dah ni," ujar Fyn yang meragut tangkai jantung aku. Alamak~ Lewat lima minit daaa. Aku harap Sir Fardin tak masuk lagi.
Wajah Aryka terus berubah dari sembap kepada bertenaga. Pengaruh Fizik.
Akhirnya, kami bertiga berlari selaju mungkin ke kelas 5 Hobbit. Apatah daya kami, cikgu Fadzli dah duduk di atas kerusi guru. Akibatnya, kami tak berani nak melangkah masuk ke kelas. Aduii, cikgu. Apasal cikgu ni punctual sangat ah?
Satu kelas tengah memandang kami. Eerk. Malu gila. Jatuh pulak rasanya maruah aku kat Rayyan.
"Hah, Aryka! Kamu dari mana, ni?!" Sergah cikgu Fadzli hampir membuatkan Aryka melatah. She's cute. Ehem.. Aku dapat rasa, Sir Fardin ni sengaja guna ton suara yang tinggi nak suruh Aryka buat muka takut dia yang 'laris' tu. Dah lah sebut nama Aryka seorang. Buat aku dengan Aifyn ni macam bayang-bayang. Cakap jelah, tak ingat nama aku, kan? Hergh.
Tetapi nasib baik, disebabkan status 'Budak Cemerlang' Aryka tu, kami terlepas dari bencana homework Sir Fardin. Syukur Alhamdulillah.
Ketika kami berjalan mendapatkan tempat duduk kami, aku mengerling ke arah Rayyan dan mendapati dia tengah tenung Aryka. Aku berpaling pula kepada Aryka, dan nampak dia menjulingkan mata kepada Rayyan. Wah, Aryka! Aku ingatkan kau akan terus kaku depan jahanam tu. Good job, by the way.
"Apa yang jadi? Korang pergi mana tadi? Kau dengan Rayyan gaduh ke tadi?" Soal Firqeen,
a.k.a deskmate aku yang mulut murai. Tapi, semulut murai dia pun, dia takkan pernah pecahkan rahsia aku, bestfriend dia ni. So, takpe ke aku share dengan dia? Kalau nak share, aku kena start dari mula. Dan dari mula tu jauuuuh sangat. Boleh ke? Akhirnya aku tersenyum."Nantilah aku cerita," balasku dan dengan itu, kami meneruskan pembelajaran Fizik untuk hari ini.
Aku berpaling ke arah Aryka dan Aifyn. Aryka sedang menelaah nota di dalam buku tulisnya untuk menjawab soalan spot yang Sir Fardin edarkan. Aifyn pula hanya mengetuk-ngetuk kepalanya dengan pen.
Rayyan. Berbalas surat dengan Hasnita yang duduk di meja hadapanya. Mintak jawapan lah tu.
Aku berpaling ke depan kembali. Haih. Fizik itu memang payah. Tapi, kalau kita tak mendalami betul-betul, bila kita nak tahu ianya senang? Sebab ianya memang senang...
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Fiksi RemajaAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...