Fun Not Fair

4.3K 227 15
                                    

Aku menjerit sekuat hati. What the fish?! Turunkan aku please! Aku tak nak naik benda ni dah. Ya Allah! Ya Allah!

Aku pejamkan mata serapat-rapatnya. Tak nak tengok apa yang sedang berlaku. Ngerinya rasa macam bunuh diri. Lagi-lagi bila roller coaster ni berpusing 360 degrees. Kelajuannya tak usah cakaplah. Muka ni rasa macam lebam dah kena tampar dek angin. Tudung? Hm, memang nazak la jawabnya.

Telinga aku menangkap bunyi gelak ketawa orang sebelah. Aku mengetap bibir. Bahagia betul dia lepas paksa aku naik benda ni.

"Come on, Aryka. Dah habis. Bukalah mata tu."

Betulke Adam ni? Tapi, memang roller coaster ni dah makin perlahan pun. Adeh, Alhamdulillah. Dengan berani, aku membuka kelopak mata.

Terkejut memang tak tahu nak cakap macam mana. Bila bukak je mata, roller coaster tu start menjunam ke bawah balik. Dahlah tinggi tu setinggi bangunan 10 tingkat. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa je dalam hati. Rasa macam terhenti sekejap degupan jantung. Rupa-rupanya benda ni slow tadi sebab baru nak naik ke puncak.

"Adam!!!"

(&)

"Nah," Adam menghulurkan sebotol air mineral yang masih sejuk kepadaku.

Aku hanya memandangnya dengan geram tanpa menyambut air tersebut. Gila tak geram? Dialah yang beria-ia suruh aku naik benda alah tu at first. Tengok sekarang ni aku pun tak boleh seimbangkan diri sendiri bila berjalan sampai terpaksa duduk mencangkung pegang tanah. Bersyukur gila boleh pegang tanah lagi, bukan dikuburkan di bawah tanah.

Adam tersengih sebelum turut mencangkung, merendahkan levelnya supaya sama dengan aku.

"Look, I'm sorry okay?"

Aku senyap. Sorry, sorry, sorry. Whatta common word I always heard.

"Aryka Sofea, seriously I'm sorry. Niat aku bukanlah nak buat kau rasa trauma ke apa. It just aku nak kau face the world you never had before."

Kalini, aku angkat wajah. Pandanganku tepat dihalakan menusuk anak matanya. Situasi sekarang, haih. Kalau aku seorang yang mencangkung, okay lagi. Ni dua-dua mencangkung. Pada masa yang sama, ramai orang lalu-lalang lepastu pandang kami. What do you expect people would think?

"What world?" Soalku. Merajuk aku pun still curious.

Adam tersenyum bila finally dia berjaya buat aku bercakap selepas turun dari ride tadi. Dia memaut leherku dan aku mula tak seimbang tetapi kepala aku tetap jatuh pada bahunya. Kekuatan lelaki. It's beyond everything.

"Kau kan that nerdy type sebelum ni. Hidup penuh dengan buku. So, bila kau dah officially jadi isteri aku, aku nak kau rasa jugak life aku."

"Ekstrem betul life," komenku yang berbunyi sarkastik.

Adam tidak membalas namun aku dapat rasakan yang dia sedang tersenyum.

"Dah! Tak mo merajuk lagi dah. Jom kita pergi cari makan pulak." Serentak itu, Adam meletakkan air mineral sejuk tadi pada dahi aku. Habis terangsang saraf sekitar dahi. Sejuk makk!

Aku menggosok-gosok dahi sebelum menyambut huluran tangan Adam kepadaku. Hm, lapar la jugak lepas guna tenaga untuk menjerit tadi. Sebaik sahaja aku bangun berdiri di atas kaki sendiri, mata terpandang sebuah booth yang lengang tanpa pelanggan. Lantas, mata aku bersinar.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now