Dekat, dekat, dekat.
"Esy! Kau ni kenapa?!" Marahku.
Rayyan menghiraukan amarahku yang makin membuak. Malah, dia terus berjalan ke hadapan mendekatiku.
"Rayyan! Kau jangaannn," jantung aku mula berdegup laju. Ya Allah, dugaan apakah ini? Dikurung dalam bilik kelab bersama Rayyan? Astaghfirullahal'azim. Ini maksiat namanya! Aifyn!!! You're going to be a dead meat soon!
"Jangan apanya?" Soal Rayyan main-main. Senyumannya bermain di bibir. Aduh. Belakang tubuh aku dah rapat ke whiteboard. Mana nak lari?
"Jangan sampai aku panggil Firash!" Ugutku.
Aku tak pasti tapi rasanya pandangan Rayyan tiba-tiba berubah. Dia berhenti melangkah dan senyumannya terhapus. Aha?
"Why is he so special to you?" Soal Rayyan.
"Ah? Kau tak sihat ke apa ni? Kau.. jangan cakap kau cemburu," aku menyerkap jarang.
"What if I am?"
Aku tersentak dengan soalannya tetapi hanya senyap. Aku nak jawab apa? 'Oh, ada aku kesah?' or 'Ish, ish, ish, Rayyan. Betul ke kau jealous ni? Emh emh emh'. Tak. Aku hanya mencari kebenaran di dalam pandangannya yang redup.
"Dah lah. Sebenarnya, aku cuma nak bagi benda ni, je," nada suara Rayyan tiba-tiba berubah.
Aku menyambut huluran yang berbungkus cantik itu tanpa teragak-agak.
"Anggaplah ianya as my sorry to you all this while, walaupun tak seberapa."
Rayyan kemudiannya memilih untuk tidak berkata apa-apa. Perlahan-lahan, dia membelakangiku dan berjalan menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. Tombol dipulas.
"Aryka Sofea..." panggil Rayyan perlahan.
Aku masih memandang ke arah tempat Rayyan berdiri di hadapanku sebentar tadi.
"I love you," pintu dikuak dan Rayyan berjalan pergi.
Aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Tak tahu langsung. Aku cuma rasa punggung aku terhempas dengan sesuatu yang keras tahap nak patah tulang punggung aku. Dunia aku jadi gelap dan sesuatu yang hangat mengalir di pipi aku.
That three word I hate the most...
TIK tik tik.
Tik tik tik.
Tik tik tik.
Duuh, semak betullah. Bunyi apa tu?
Tik tik tik.
Tik tik tik.
Tik tik tik.
Argh. Menyampah betullah. Aku melibas-libas tanganku ke semua arah. Harap-haraplah bunyi tu senyap. Tiba-tiba tanganku tersentuh sesuatu.
Kreshng!
Aku membuka kelopak mata. Eh, apa, apa tu?
"This is trouble," bisik Adam dalam nada marah. Haaa.. apa dah jadi?
Adam menunduk, seperti mengambil sesuatu dari lantai. Dia mengeluh. Bulat mata aku saat terpandang handphone yang diangkatnya. Al-la-mak.
"Err.. aku.. terjatuhkan phone kau eh? Err.. sorry," aku meminta maaf seikhlas hati.
Adam menjeling aku dengan pandangan setajam-tajamnya. Naik habis bulu roma aku. But then, tiba-tiba pandangannya berubah. Seperti ada sesuatu yang berlegar di fikirannya.
"Hmm.. sorry je?" Kening Adam terangkat dan aku pula yang terpaku dengan soalannya.
"Habistu kau nak apa? Porsche satu?" Balasku sarkastik. Cakap dengan raja segala jenis buaya tak boleh sopan macam gadis melayu terakhir. Kang kau yang dibahamnya.
"Aku nak..."
Click! Bam!
"Aryka, kau dah bangun?"
Wow! Quite clishé ha? -,-.
Aku memandang wajah Arif yang dah berpeluh bagai. Hak! Baru aku ingat aku di dimensi waktu yang mana! Hari ni Hari Ulang Tahun lah!!
"Arif! Wei, pukul berapa dah? Macam mana gerai? Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?!!" Aku rasa nak bergegar jugaklah bilil kecil ni dengan suara aku yang dah tak tahu oktaf berapa.
"What has happened to you, Aryka?" Soal Arif, mengabaikan semua soalan yang kutuju padanya tadi.
"Err.. aku okay je. Can you please answer my previous questions, Arif? I really need the answer," pintaku membuatkan Arif mengeluh.
"First, dah pukul sebelas setengah. Second, gerai okay je. Budak-budak jaga dengan baik. And last, aku pun tak tahu macam mana kau boleh lupa. Actually, I really want to know what has happened to you."
Aku diam sejenak. Membiarkan fikiran aku mengulang tayang memori sebelum aku berada di sini. Satu persatu ulang tayang yang samar-samar datang. Oh.. Rayyan.. jumpa aku.. he said sorry.. and gave me a gift.. and.. he said.. I l-
"Oi! Kau mengelamun? Kan Arif tanya tu. Jawab jelah. Tu pun susah ke?"
Aku menjulingkan mata ke arah Adam. Sibuk je.
Aku menghiraukan soalan Adam dan ingin menanyakan soalan lagi kepada Arif tapi sesuatu menyerang fikiran aku lalu aku beralih pandangan kepada Adam.
"Adam, kau ada tak nampak bungkusan yang ada dengan aku masa aku pengsan?" Soalku.
Well.. memandangkan dia yang ada di sisi aku masa aku bangun, mungkin dia tahu di mana keberadaan bungkusan yang diberi Rayyan tu.
"Hm? That chocolate ke? Coklat Anstand? Oh.. aku dah makan," selamba Adam menjawab sambil membelek handphonenya.
Hahha? Rayyan bagi aku coklat Anstand rupanya? Cewwah. 'Tak seberapa' lah sangat.
Eh, eh.. wait.. . . ..
"What?! You've ate it?!"
Dia.. dia ambil hadiah aku? Dia ni betul lagi ke tak?
"Yeah.. why not? I'll pretend it as my pay for helping you."
"Oh ya? Helping me with what?"
"Are you really this dumb? For finding you dead-meat in that club room and bringing you here, of course."
"You.. brought me here?!"
"I don't talk twice."
"You've touched me!" Aku mengambil bantal yang sedari tadi berada di bawah tengkuk aku dan melemparkannya ke arah Adam.
Handphone milik Adam terlepas dari pegangannya dan jatuh ke atas lantai untuk kali yang kedua disebabkan aku. Aku dapat dengar bunyi kaca retak namun aku abaikan.
"Aryka, calm down!" Tegur Arif.
"Adam, you make me hate you!" Aku menengking Adam dengan semua suara yang ada. Air mata mula bergenang di tubir mata aku.
Adam hanya memandang aku tidak beriak. Handphone di lantai diambilnya.
"Aryka,.."
"Shut up! Both of you, get out from here now!" Aku memotong percakapan Arif.
Bibir Arif bergerak seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi dia kembali diam. Kemudian, Adam keluar diikuti Arif tanpa berkata apa-apa.
Aku mengeluh selega-leganya. Pelipisku diurut lembut. Masalah apalah yang tengah aku hadapi sekarang? Patut ke aku tukar sekolah?
No, no. This is my senior year. I should enjoy it. Hmm. Huh. Mana Aifyn, ya? Mungkin dia sengaja tak nak jenguk aku sebab takut end up in a grave. Hahha. Tunggulah, Fyn.
Bunyi seseorang menepuk tangan bergema di telinga aku. Aik? Apa jadah pulak main tepuk-tepuk kat sini ni? Aku mengangkat kepala aku yang terasa berat, memandang ke arah pintu. Takkanlah diorang datang balik and buat show tepuk tangan?
"Aku patut beli pop-corn tadi sambil tengok drama kau yang emotional gila."
Haaa.. ni satu lagi masalah dah datang. Hadoi.. apa aku ni magnet ke? Yang semua masalah nak datang kat aku? Ish.. berserah pada Allah jelah.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...