LITTLE ME

8.8K 392 5
                                    

'Siapa yang anda sukai?'- soalan yang tertera apabila aku membuka lipatan kertas kecil itu.

Aih. Nasib baik ini soalan terakhir. Peraturannya adalah jawab semua soalan baru boleh meninggalkan dewan ni. Guess what? Hanya tinggal aku dan some fasi je dalam hall ni. Jadah cepat orang lain jawab. Huh.

Hari ini ada seminar bersama kakak-kakak dan 'pakcik-pakcik' yang merupakan alumni SMKDH. Aku rasa, tak adalah penting sangat seminar ni. Temanya ialah Bukan Remaja. Pelajar yang terlibat ialah murid-murid tahun akhir SMKDH. Including me, of course. Ia nak bagitahu tentang kehidupan di uni tak sama dengan di sekolah dan banyak lagi yang bersamaan dengannya.

I think, most of us dah tahu tentang benda-benda sebegini membuatkan seminar ini menjadi bosan. Daripada melayan soalan-soalan macam ni, adalah lebih baik jika pihak sekolah mengadakan bengkel tentang killer subject such as Fizik or Bio. Itu lebih membantu dalam peperiksaan, bukan?

"Sis?"

Aku mengangkat wajah. Seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an tersenyum kepadaku.

"Termenung apa? Jawablah soalan tu," suruhnya. Aku tersengih malu.

"Sorry, kak Aida," ucapku setelah membaca tulisan pada tag nama miliknya.

Kak Aida mengangguk.

"If you have any inquiries, please don't hesitate to ask," tambahnya. Kali ini, aku pula yang mengangguk.

Aku perhatikan ayat-ayat di atas kertas itu. Suka? Siapa ya? Suka sebagai kawan atau suka 'nafsu'? Fikiran aku berputar mengingatkan lelaki-lelaki yang aku pernah kenal di atas dunia ini.

Erm. Arif? Yeah, Arif kan baik dengan aku all this while. Tapi, does it mean anything? Oh, no. Aku harap aku tak suka Arif. He's too kind for me (Cliché nye jawapan). Lebih tepat, aku langsung tak ada rasa kat Arif. Buff. Lepastu aku nak tulis apa ni? Arghhhhhhhhhhhh. Tulis ajalah Arif. Apa susah.

Aku mula menggerakkan batang pen. Bermula dari huruf A sehingga huruf M yang akhirnya dibaca Adam.

Hum? Hem. Yeep. Fikiran aku berubah pada saat akhir. Dan mungkin, fikiran aku lebih menyukai Adam dari Arif. Huh. Tak apalah. Bukannya ia bermakna apa-apa pun.

Aku memasukkan pen ke dalam pencil box lalu menarik zipnya, menutup bahagian yang terbuka. Kertas soalan tadi kulipat kembali sehingga menjadi kecil sekecil kuman (just if I could). Semoga tiada yang membacanya. Ameen.

Aku berdiri seterusnya mengatur langkah ke arah pintu keluar. Ada mini-counter di situ. Dan ada kak Aida yang berdiri tegak di belakang kaunter. Mungkin sudah menunggu masa untuk aku pergi. Yalah. Aku peserta terakhir yang baru ingin 'check-out' sekarang.

Setimbun lipatan kertas aku letakkan ke atas kaunter tersebut.

"That's all, kak Aida. May I go now? And thanks for had invited me for this program. I enjoyed it so much," aku cuba sedaya yang mampu untuk 'control' di hadapannya.

"Your welcome and thanks to you also for your co-operation," ucapnya.

"Okay. Bubye~," aku melambai ke arahnya untuk kali terakhir namun dia hanya buat 'stupid'. Tak adalah stupid sangat exactly. Dia senyum je. Heee. Tapi dia tetap tak balas lambaian aku -,-.

"Really?!" Teriak Fyn setelah aku tamat bercerita. Plastik burger aku buka dan mulut aku longgarkan. Yum-yum!

"Kau tulis Adam as your crush?" dalam nada berbisik, Fyn bertanya. I see why. Aneesa ada di meja depan kitorang. Hum.

Jari telunjuk kulayangkan ke kiri dan ke kanan di udara sambil mulut cuba menelan isi burger yang masih berbaki.

"Um.. um.. at first, I really really nak tulis Arif. But, it turned out into Adam. Aku pun tak tahu kenapa," jelasku.

"No kidding, Aryka. Kau suka Adam, kan?" Soal Fyn lagi yang bernada memaksa aku jawab 'ya'.

"No! No way I would!" Tangkasku.

"If so, why did you wrote down his name upon the last question? Why?" Tak henti-henti minah ni bertanya.

Aku mengeluh. Sempat aku menggigit bahagian tepi burger sebelum meletakkannya ke atas pinggan.

"Fyn, kau kena faham. Masa tu, i was in hunger that i couldn't decided a thing. Kau pun tahu kan orang yang lapar, otak dia lemah masa tu. Just like me. So, aku tulis lah apa yang ada kat fikiran aku. The conclusion is, ambil sarapan sebelum belajar. Got it?" Tanyaku selepas memberi kaunseling ringkas.

Fyn menjulingkan mata.

"Now, kau yang tak faham. Aku nak tahu kenapa pada mulanya Arif, jadi Adam," dakwanya.

Aku menyepetkan mata.

"Aik? Bukan soalan kau lain ke tadi? Yang kenapa..."

"Aaaaaaa. Sama je mana-mana pun," Fyn memintas laju. Dia turut menyepetkan mata. Malu la tu.

"Dah la, Fyn. Can we move on to other topic? Aku dah lah stress nak mati dalam hall tadi. Kau jangan buat aku stress kat kantin ni jugak," ugutku.

Beberapa saat Fyn mendiamkan diri sebelum bersuara,

"Yalah, yalah. Aku tak push kau cerita dah. Sorry," pohon Fyn yang nampak sangat tak ikhlas. Nampak sangat muka monyok dia tu. Namun, aku biarkan saja.

Aku membalas 'hmmm' sebelum kembali menyuap perut yang lapar.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now