"Adam!"
"Apa?"
Aku bangun berdiri. Hesy.. kalau Arif, mesti dia dah tawarkan pertolongan ni. Hmph. Tak gentleman langsung mamat nih!
"Kau bawak phone kan? Aku tahu kau bawak. Cepat bagi aku!" Terjahku membuatkan Adam sedikit terkejut. Aku ketawa di dalam hati.
Bukan tak kenal siapa Adam Darwish. Playboy agung sekolah yang hensem. Seangkatan dengan Rayyan lah. Cuma Rayyan bukan player DH Knight. Tak dinafikan juga, seorang yang suka langgar peraturan tapi cool. Dan paling aku tahu, dia benci aku.
"Kau kenapa?" Soalnya lalu menyarungkan headphone birunya pada kepala. Dia kemudian berjalan pergi melepasi aku
Aku tercengang. Mamat ni memang nak kena lah.
"Adam!" Aku menarik lengannya dari membiarkan dia pergi. Bukan sahaja itu, aku cuba menarik headphone yang menutupi telinganya ke belakang. Malangnya, wayar headphone itu tersekat di bahagian tekak Adam membuatkan dia tak cukup nafas.
Aku terlepas satu ketawa besar. Terlepas. Tanpa aku sedar, Adam mencapai pergelangan tangan aku yang masih memegang headphone-nya.
"Kau kenapa?!" Marahnya. Woosh. Berdesing jugak telinga aku. Tetapi, well. Inilah akibatnya kalau tak layan aku.
"Aku cuma nak pinjam phone kau! Kau tu yang tak layan aku! As a manager, aku sepatutnya di-respect oleh player macam kau! But! Kau layan aku macam mi..." bebelan aku terhenti saat Adam meletakkan jari telunjuknya pada bibir aku.
Adam mengeluh. Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sesuatu macam.. phone.
Aku menepis jari Adam dan membuka tapak tangan, meminta Adam memberikan phonenya pada aku. But somehow, dia mengangkat phone yang masih ada dalam genggamannya itu tinggi di udara.
"Kau nak buat apa dengan phone aku ni?" Soalnya ketika aku sedang mengira perbezaan ketinggian kami untuk aku mencapai phone itu dari tangannya.
"Aku nak call Zaqif ajalah!" Beritahuku.
"Zaqif?" Soalnya.
Oh, lupa. Zaqif bukan pelajar sekolah ni, jadi tak mustahil Adam tak kenal dia.
"Izham Zaqif, manager pasukan bola sepak Tengku Mahmud," terangku. Rasanya sudah jelas. Kalau itu pun dia tak tahu lagi...
"Aha? I mean, kenapa kau nak call Zaqif. And for your information, aku lebih kenal Zaqif dari kau tau," ujarnya sambil tersenyum sinis. Yang ini memang 100% sinis.
Okay. Malu.
"Erm.. aku nak pastikan pasal.. erm.. Arif cakap kena lawan semula," beritahuku.
"Ha'ah. Dalam group semalam, cikgu Farhan bagitahu. Kau tak baca ke?" Soalnya lalu melepaskan pegangannya pada tanganku. Aku menggeleng.
Adam memasukkan tangan kirinya ke dalam poket seluar sementara tangan yang masih memegang phone tadi, diturunkan dan diletakkan ke dalam genggaman aku. Hm.. lebih senang dari apa yang aku jangkakan. Sikit lah.
"Loudspeaker," arahnya. Kini, kedua tangannya berada di dalam poket seluar.
Aku mengangguk.
"Kau ada number Zaqif, kan?" Soalku sambil membuka contact dalam telefonnya.
Senyap.
"Kau ada tak?" Teriakku sambil mengangkat wajah. Memang nak kena mamat ni.
"Kau carilah sendiri! Phone dah ada kat tangan kau kan? Dah tu? Tak boleh cari?" Marahnya. Aii.. aku yang sepatutnya marah.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...