WHO WAS IT?

10.4K 537 1
                                    

"Berat ke? Kalau berat, biar akulah bawak.. kesian kau," ujar Arif yang mendekati aku selepas membayar sejumlah wang kepada cashier kedai runcit itu.

"Eh, taklah.. tak pun," aku menjawab sambil tergesa-gesa menjauhkan diri dari Arif. Bukannya aku tak kenal dengan lelaki. Semua barang hendak diangkatnya, nak nampak gentleman lah katakan. Lagipun, aku kesian plus malu kat Arif sbb dah banyak menyusahkan dia harini. TETAPI, aku yakin.. Arif bukanlah lelaki hipokrit yang depan lain, belakang pula lain. Aku yakin dia ikhlas ingin membantu. Namun, aku tetap tak akan benarkan.

"Aryka, aku taulah hati kau sado, but that doesn't mean tubuh kau pun sado nak angkat 25 botol air mineral ni," ujarnya sambil sesenang hati merampas plastik-plastik itu dari tangan aku.

Aku tersengih. Aku merasakan seperti keegoan aku retak lalu jatuh ke lantai dan menghempap batu kemudiannya pecah berderai.

Memang agak sukar bagiku menjinjing kesemua plastik yang berisi 25 botol air mineral itu. Dan aku teragak-agak untuk mengambilnya kembali.

"Err.. erm.. em..," aku tersipu malu.

Mungkin melihatkan perlakuan aku, Arif ketawa halus.

"Lah.. kau malu ke? Aaanah.. ambiklah satu plastik.. aku pun jadi malu jugak tengok kau macam tu," suara Arif sambil menghulurkan satu per tiga daripada plastik-plastik yang dipegangnya. Dia turut tersengih. Cute.

Aku menyambut dengan hati yang meloncat-loncat. Sekurang-kurangnya tak adalah aku nampak menyusahkan sangat.

"Oh.. berapa jumlah semua ni. 25 ringgit?" Tekaku. Biasanya air mineral berharga RM1.

Aku memandang ke arah Arif yang langsung tidak menoleh ke arahku. Kami berjalan seiringan ketika ini. Dari pandangan aku, ketinggian aku berada pada paras bahu Arif. Wah,,, pendek. -.-

"No worries. All on me," jawabnya tenang.

Sinaran mentari petang dihalang oleh kepala Arif membuatkan disekeliling Arif kelihatan bercahaya. Percayalah. Saat ini, aku seperti sedang melihat seorang bidadara dari syurga Allah.

Aku memalingkan kepala ke hadapan. Mata aku bulat dan anak mata aku asyik bergerak ke kiri, kanan, atas dan bawah, mencari ketenangan dan cuba mengawal nafas yang semakin tidak keruan.

Aku memejamkan mata. Dan tanpa aku sedari, aku mempercepatkan langkah aku sendiri.

Mungkin aku terlalu hanyut dalam dunia sendiri sehinggakan aku tidak sedar ada suara yang sedang memanggilku saat ini.

"Aryka! Aryka Sofea!" Sayup-sayup suara itu kedengaran di telinga aku. Semakin lama semakin jelas.

Huh? Arif?

Aku memberhentikan langkah dan membuka kelopak mata.

Wajah kupalingkan ke kiri dan ke kanan. Eh? Mana Arif?

"Aryka!"

Saat berpaling ke belakang, aku perasan sesuatu yang singgah sebentar dalam pandangan aku selain Arif yang melambai-lambai ke arahku dari jauh. Wajahnya kelihatan cemas. Dahinya berkerut seribu. Apa? Apa?

Aku menoleh semula ke kiri, tempat aku melihat objek itu tadi.

Ya Allah. Subhanallah!

Sebuah lori yang lajunya berapa kilometer sejam entah, dalam laluan yang sama tempat aku berdiri sekarang. Ya Allah. What am I gotta do now? Aku ingin.. terlalu ingin berlari ke arah Arif yang sekarang ini menanti aku di seberang jalan. Namun, kedua kaki aku seperti digamkan pada jalan tar tersebut. Apakan daya aku.

"Aryka!"

Aku memejamkan mata. Mungkin itu adalah suara terakhir yang akan aku dengar. Suara Arif.

Dubb!! Agak terasa sakitnya pada belakang aku... namun apa yang lebih penting, aku merasakan seperti ada yang memeluk aku. Aku membalas pelukannya. Erat. Tidak kiralah lelaki apa perempuan, muhrim atau bukan, maaf Ya Allah. Aku terlalu takut saat ini. Terlalu takut...

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now