STOOD STILL

7.3K 362 13
                                        

Wajah Zaqif kupandang. Menanti sebarang bicara yang mungkin keluar dari mulutnya.

Sebentar tadi, kami memutuskan untuk datang ke kantin. Bila aku tanya ada hal apa dia nak jumpa, katanya sekadar nak berbual kosong. Hm.. aku sekadar menuruti kata-katanya.

"Makanlah."

Zaqif menyuakan seplastik keropok lekor goreng yang baru dibelinya tadi kepada aku.

Aku tersenyum.

"Thanks."

Tanpa tunggu lama, aku mencapai satu dan menyuakannya ke mulut. Gigit, kunyah dan telan. Dekat tiga kali aku buat tiga perkara tu sampai lah gigitan yang terakhir.

"Ehem. Apa yang awak nak bualkan?"

Aku menyoal sambil menolak plastik keropok lekor goreng tadi ke arah Zaqif kembali. Takkan aku seorang yang nak makan.  Dia yang beli, kot.

"Eh, tak apa. Makanlah."

Zaqif cuba menolak kembali plastik tersebut namun cepat-cepat aku menahan lalu menggeleng.

"Saya dah makan awal-awal acara tadi. Dah kenyang dah. Awak makan lah pulak. Kan awak yang beli. Segan pulak saya."

Ceh, Aryka. Kau segan? Biar betul.

Shhh. Tanpa sedar, aku menjulingkan mata.

"Aik? Kenapa tiba-tiba je juling mata?"

Aku memandang Zaqif. Zaqif tengah mengunyah keropok lekor. Alamak. Cool nya.

Aku melarikan pandangan.

Aku kemudiannya pura-pura ketawa.

"Tak adalah. Tersilap," tipuku.

"Haha. Silly."

"Err.. ehehe."

Tiba-tiba, kurasakan suasana menjadi awkward. Ke aku je? Uish.. tak lama cair jugak aku dengan Zaqif ni. Dah lah handsome, cool pulak tu. Kyaa!! >~<

"Macam mana persediaan SPM awak? Dah tak lama lagi ni."

Aku membuka kelopak mata yang aku tak perasan sejak bila aku tutup.

"Haa? Arr.. so far, quite good."

Aku mengangguk-angguk terhadap pernyataan ku sendiri. Sekarang aku memang dah tak care pasal phone, computer and internet. Entah lah. Sejak nak dekat SPM ni, aku rasa dah bosan dengan benda-benda tu semua. Hm.. okay lah tu kan?

Dan.. aku ada jugak berpuasa sunat kebelakangan ni. Dan apa yang aku perhati, semasa berpuasa, aku lebih rajin untuk mengulang kaji pelajaran. Mungkin nafsu malas aku dah tewas pada lapar yang aku tahan sepanjang hari. Hahaha, padan muka nafsu. Hal ini bertepatan dengan firman Allah bahawasanya nafsu itu hanya mengaku kalah apabila direjam di dalam neraka lapar.

"Aryka, saya ada mesej awak few days ago. Awak tak balas. Awak dah tukar number ke?"

Check! Baru je cakap pasal tu. Dalam hati.

"Hah? Yeke? Err.. sorrylah. Saya jarang on phone kebelakangan ni," beritahuku jujur.

"Oh, macam tu ke. Patutlah. Hm.. baguslah tu. Salah satu persediaan SPM ke?"

Tanya Zaqif berserta senyuman manisnya.

"Hm.. Kind of."

Ya Allah, handsomenya ciptaan mu ini. Subhanallah. Urgh. Aku kena pergi cepat before aku betul-betul cair dengan dia ni.

Tetapi, sesuatu menerjah fikiranku.

"Err.. Zaqif," panggilku perlahan. Rasanya cukup untuk didengarinya.

Mr. NobodyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang