Knock! Knock!
"Nak jumpa dengan kak Aryka Sofea?"
Aku yang sedang membelek buku Fizik terhenti apabila namaku disebut. Aku mengangkat wajah.
"Aryka, ada budak nak jumpa kau," ujar Sarah yang kebetulan lalu di hadapan meja aku.
Aku mengukirkan senyuman tanda terima kasih sebab bagitahu, namun dia hanya menjulingkan matanya. Okay?
Ah, lupakanlah. Focus on what's in front of me. Nak jumpa, yes. That is.
Aku bangun dari dudukku dan bergerak ke pintu hadapan.
"Yes?" Aku bertanyakan pada beberapa orang pelajar tingkatan tiga yang berada di situ.
Pelajar perempuan kulihat, membuat muka. Tapi, tak semua. Sebahagian aja. Aih. Jangan cakap berita pasal aku gaduh dengan Rayyan tadi dah tersebar ke tingkatan tiga. Great.Sometimes, I hate modern inventions for spreading 'hot' news so fast. Just wait and see, you guys. Aku akan suruh Arif buat spotcheck. Lagi-lagi pada Adam dan Rayyan.
"We're from English Society," ujar salah seorang pelajar lelaki yang berada paling dekat denganku.
"Oh, ya. Come in," arahku pada mereka.
Aku masuk semula ke dalam kelas untuk mendapatkan kertas dan pen diikuti oleh pelajar-pelajar tadi.
"Nah," tiba-tiba, seseorang menghulurkan sehelai kertas padaku membuatkan langkahku terhenti. And that's Firash.
Seriously, Firash. I don't even need your help lah.
"You don't wanna waste their time, kan? So, take this," ujarnya lagi.
Aku tak ada masa nak berfikir. Jadi, aku ambil aja kertas itu dari tangannya. Aku turut mencapai pen yang ada di atas mejanya.
Aku menulis sesuatu di bahagian atas kertas tersebut sebelum menghulurkannya kepada mereka.
"Nah. Tulis nama, IC dan kelas," mereka mengangguk faham.
Setelah selesai, kertas itu dipulangkan kembali kepadaku.
"Em.. ada lagi tak, ahli kelas korang yang kelab ni jugak, tapi dia tak hadir ke, or tak datang tulis nama lagi?" Ujarku agak berbelit.
Mereka berfikir seketika.
"Ada. Seorang tu. Hazyeer. Dia tak datang hari ni. Yang lain, tak ada dah," beritahu budak lelaki yang sama bercakap dari tadi. Ku lihat nama pada name tag nya. Ouh, Jirdan Ayyafi. Such a cute name.
"Uh, I see. Kalau macam tu, boleh tak bagitahu kat dia, bila dia dah datang nanti? Sebolehnya, before Jumaat ni."
"Ouh, boleh. No prob," balasnya dengan senang hati.
"Great, then. Thanks," ucapku.
"Thank you too, kak Aryka."
"Okay," balasku lalu mereka perlahan-lahan menghilangkan diri.
Aku memulangkan pen Firash dan bersedia untuk berlalu sebelum Firash menghalang.
"Are you alright?" Soalnya.
"I'm perfectly fine. Bye."
Aku berjalan menuju ke arah tempat dudukku. Fyn sedang tidur di sebelahku. Aih.. mentang-mentang cikgu Add Math tak masuk yek.
Tiba-tiba, tempat duduk Yasmeen yang kosong dihuni. And guess who? Lelaki yang tak habis-habis tanya 'Are you alright?', 'Are you alright' 24/7.
Oh, dan. Firash tak perlu mintak izin pun nak duduk situ . Sebab, separuh kelas tengah berkumpul dekat sudut belakang kelas. Kebanyakannya mestilah perempuan. Tapi, lelaki pun tak dinafikan ke-ada-annya.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...