"I love you."
"Don't toy me, Adam."
"No, I don't! I swear that I'm madly in love with you. Please give me another chance to prove it!"
"I've given you thousand chances. But you never tried to. How can I trust you anymore?"
"Please, please, please. For the last time, please? I promise I won't hurt your feelings like before."
".."
"Babe, pleaseee.."
"No, Adam. I'm enough."
"Babe, please don't be like this. I rather die than losing you."
".... I-"
Tupp!
"Huaaa... abang Asy!! Kenapa ditutup nya tv tuh. Tengah part sedih ni, bang!"
Aku memandang Aifyn disebelah. Dengan air matanya yang bercucuran dan loghat Indonnya yang annoying. Eh, over sungguh. Memang perempuan ni macam ni eh time sedih? Erh. Aku mengesat air mataku yang masih bersisa di pipi.
"Kenapa abang Asy tutup tv tu? Kan kitorang tengah tengok ni," aku berkata kepada abang Asy. Nadaku lebih tenang berbanding Aifyn tadi.
"Ish. Apa lah nak jadi dengan korang ni. Banyak sangat layan filem omputeh. Kang rosak jugak otak tu dek pengaruh Barat."
Amboi. Ceramah.
"Abang.. huks.. kitorang.. huks.. ish.. dei, abang! Bukannya kitorang hadap.. huks.. tv 24/7! Huks.. kadang-kadang ajalah!" Haaa.. tudia.. Aifyn dengan suara serak dan esak tangisnya. Hei, minah ni. Over sungguh. Memang lah filem tu sedih, tapi aku takdelah seteruk dia ni.
Abang Asy pun satu. Betul cakap Aifyn. Bukannya aku dan dia twenty-four hours depan tv. Jarang-jarang je. Eh, bukan aku dah cakap ke kat abang Asy yang kitorang ada movie night malam ni? Pastu dah kenapa kacau ni? Lagipun bukan aku ambil tv bawah pun. Aku dengan Aifyn layan tv dalam bilik aku je.
"Abang, bukan Ryka dah cakap ke dengan abang yang Ryka dan Fyn ada movie night malam ni?"
Abang Asy mengangguk.
"Dah tu?" Soalku hairan.
Abang Asy ketawa.
"Sebenarnya, abang cuma nak panggil korang turun makan malam jelah. Mama dah tunggu. Hahaha. Takde kerja abang nak masuk bilik ni tanpa sebab."
"Kenapa tak ketuk je?" Aifyn menyampuk.
"Eh, tanya diri sendiri la. Siapa yang sibuk melantak tv sampai orang panggil pun tak dengar?" Perli abang Asy. Hahaha. Pedas tu.
"Hm.. nasib baik Aifyn still pakai tudung masa abang masuk, tau." Aku menambah.
"Allah bagi hidayah tu. HAHAHA." Abang Asy ketawa kuat dan keluar sebelum sempat dikejar Aifyn dengan parang.
"Oh, ya! By the way, lepas makan ni kita tengok cerita Jwanita, ye? Tak pun Munafik!" Sempat lagi abang Asy melaung dari luar.
"Tak nak!!!"
Aku hanya menggeleng. Hesy, abang Asy ni. Suka betul mengusik Aifyn. Memang dari dulu, Fyn anti cerita hantu.
Aku mencapai handphone lalu menghempaskan tubuh di atas katil.
Woah, banyaknya mesej. Hahaha. Dah agak. Mesti dari group DH Knight. Mesti respond gambar yang aku post sebelum dinner tadi.
Me: [gambar selfie aku dengan Aifyn]
Arif: Ha! Apa ni! Anak dara keluar malam!
Hud: Cun, Ryka. *thumbs up*
Firash: Wuuu
Adam: What should I say? Ada gambar alien dalam phone akulah.
Firash: kalau cantik tak apa. Jangan yang buruk macam kau sudah :P
Adam: -_-
Cikgu Arman: Wah, pengurus dan setiausaha kelab ni keduanya cantik mengalahkan bulan dipagari bintang.
Arif: Hahaha, setuju cikgu. Pfft, terbaiklah Rash. Oh, btw, Dam. Aku da call dia. Lusa katanya.
Adam: Apa kau ni?
Arif: kau nak aku sebut? Tunang tu lah.
Firash: eip, apa ni, apa ni?
Adam: MasyaAllah! Oi bengap yang kau mention kt sini knp? Prvate lah weh!Aku ketawa membaca setiap balasan dari mereka. Adoi. Lawak lah diorang ni. Eh, tapi apa yang Akif dengan Adam tu cakapkan? Curious ni. Hmm.
"Haa! Apa tu? Senyum, senyum. Boyfriend message ke der?"
Aku mengangkat wajah.
"Haa, Fyn. Bacalah WhatsApp kau tu. Lawaklah diorang ni."
Aifyn turut menggapai telefonnya dan berbaring di sebelahku. Malam ni, dia bermalam kat rumah aku memandangkan esok Sabtu.
"Kau ni memang lah. Tinggalkan aku sensorang kat bawah. Sesat aku nak cari bilik kau balik," rungut Aifyn.
"Alah kau ni. Rumah aku bukan besar mana pun sampai susah nak cari."
"Kalau aku cakap sesat tu, maknanya besar lah."
Aku memandang Aifyn. Dia mempamerkan wajah seposen.
"Eh, cantik jugak aku dalam gambar ni," kedengaran Aifyn masuk bakul angkat sendiri. Aku curi-curi lihat ke arah skrin telefonnya. Oh, rupanya gambar yang aku post dalam group tadi.
"Hahahahahha. Lawaklah diorang ni." Aifyn membelek-belek handphonenya.
Aifyn: Manade kitorang keluar malam -_- aku baru je habis tengok movie dekat rumah Ryka ni
Aifyn: Thanks ckgu for the compliment. Terharu XD
Cikgu Arman: Hahaha
Firash: Yuks. Cikgu puji Aryka je lol perasan
Aifyn: Urgh. Ko dengki cakap dengki.
Firash: Tak. Kuasa. Aku.
Aifyn: Oh please mmang kau takde kuasa pun
Firash: Aku ada. Charming power.
Aifyn: -,-
Me: Hahaha
Firash: Oh hey, Aryka >v♥
Aifyn: Hey ^♡^
Firash: Knapa kau -,-
Aifyn: Aku tolong jawabkan keh. Aryka sebelah aku sekarang. Mohon sedar please.
Firash: Ceh, setakat sebelah kau, ada aku kesah? Sebelum ni..
Arif: Sebelum ni apa? -_-
Firash: Sebelum ni dia dalam hati aku tak riak pulak aku
Aifyn: Laju Arif reply. Tadi jadi CCTV je. Kahkahkah.
Aifyn: Eh, puih la Firash."Aryka, apasal kau tak menyampuk?"
Aku berpaling ke arah Aifyn.
"Huh? Malu lah." Aku ketawa.
"Ceh. Malu lah sangat. Eh, aku nak pergi gosok gigi dulu. Jangan keluar bilik tanpa bagitahu aku, tau?" Aifyn memberi peringatan. Aku mengangguk.
"Yelah. Takdenye lampu toilet tu nak berkelip-kelip or air dekat sinki tu jadi darah. Hahaha."
"Aryka!" Aifyn turun dari katil sambil menghantar jelingan maut kepada aku. Okay, she's being serious.
Selepas tubuh Aifyn hilang di sebalik pintu bilik air, aku kembali membelek handphone. Namun kekhusyukanku tinggal sementara apabila telefon milik Aifyn berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Aku menyeru nama Aifyn namun gadis tu tak pula menyahut. Eh, dah pengsan dalam bilik air ke apa? Aku panggil lagi. Dan... krik krik. Ohhh! Lupa pulak yang bilik air aku tu kalis bunyi. Hahaha. Apalah aku ni.
Panggilan itu mati. Aku memandang sekilas ke arah skrin handphone. AaLove. Huh? Apa jadah namanya tu? Ke dia punya mom? Takut-takut mom dia call nak tanya khabar ke apa ke, kan?
Telefon Aifyn berbunyi lagi untuk kali kedua. Kali ni aku nekad untuk menjawab panggilan itu. Cakap jelah kat auntie yang Aifyn dalam toilet. Kalau dibiarkan nanti, risau pulak dia. Aku swap skrin telefon Aifyn dan menekupkannya pada telinga.
"He-"
"As'salamualaikum, dear."
Aku terkedu. Bukan sebab dia potong ayat aku, tapi sebab ini suara lelaki! Boyfriend Fyn ke? Ap.. apa yang patut aku jawab sekarang? Ah, nervous, nervous!
"Hello? Are you there? Aifyn?"
Okay, tak salah number sebab memang dia sebut nama Aifyn.
"Err.. okay tak ni?"
Zupp! Ma.. macam familiar je suara ni. Tak, bukan familiar tapi sebijik sama! Suara yang pernah menjadi kegemaranku. Aifyn, jangan cakap kau...
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...