HIS RETURN

5K 248 21
                                    

Five years later...

Borang permohonan itu diletakkan di atas meja batu. Leceh betul. Ingatkan kerjaya sebagai pengerusi kelab bola sepak berakhir dekat sekolah menengah aja.

Tengok-tengok, sampai universiti aku kena pegang jawatan tu. Ni semua sebab Arif yang paksa aku masuk kelab tu. Sebab Arif yang undi aku. Ish! Teruk betul lah dia tu.

Ya! Bercakap pasal Arif, mana lelaki tu? Janji nak lunch sesama. Haih.. Inilah janji lelaki.. Janji setia sampai mati, belum mati lagi dah kahwin empat. Eh puii.

"Oi, budak! Berangankan aku ke tu?"

Satu tangan gatal menarik bucu tudung bawal aku dari belakang. Aku memutarkan bebola mata. Suara yang amat aku 'cintai, kasihi dan sayangi' sudah datang. Nay?

"Ha ha ha." Aku ketawa tak ikhlas.

Arif tersenyum. Dia mengeluarkan a bouquet of flower yang disoroknya dari tadi lalu memberikannya kepadaku.

"Jangan merajuk?"

Aku tersengih. Alahai why so cute...

"Ooo.. sempat eh gi beli?" Aku mengambil bunga tersebut.

"Ah. Nope, you're wrong. Tadi, ada peminat aku bagi. Takkan aku nak simpan so aku bagi kaulah. Ahaha."

Dan lihatlah betapa hambarnya punchline Arif bila dia ketawa akan lawaknya sendiri. Aku mengecilkan mata.

"Alah kau ni gurau sikit pun takleh. Yelah, aku pegi beli tadi." Akhirnya Arif mengaku kalah. Aku senyum senget. Ceh, nak bergurau lah pulak.

"So, nak makan mana ni?" Aku bertanya.

"Alright. Ada satu tempat ni yang aku nak bawak kau. Kau mesti suka."

Aku mengangkat bahu. "Aku okay je."

Arif Syahidan. Kalau throwback dari first aku kenal dia dulu, hm..what a gentleman he is. Selalu ada bila aku perlukan. Macam my knight in shining armour dah. Sampai sekarang pun. Tak sangka kitorang ditakdirkan untuk sambung belajar di universiti yang sama. Apa lagi, makin rapat lah kitorang. Sampai...

(&)

"Alright! Dah sampai!"

Uhm? Apa?

Aku membuka kelopak mata. Cahaya yang berebut masuk ke dalam mata ini menyilaukan pandanganku. Wait. Aku buat apa sekarang ni?

Otak ligat mengimbas kembali apa yang berlaku. Oh yeah. I was in Arif's car and I fall asleep sebab lama sangat si mamat ni memandu.

And now..

Aku melihat jam di tangan. Wait, what?! Pukul 4:15!

Aku berpaling ke arah Arif di sebelah.

"The heck, Arif? You've been driving for almost four hours?"

Dia membalas pandanganku lalu menghadiahkan seutas senyuman.

"Umm.. yeah?" Balasnya bersahaja kemudian turun daripada kereta.

"Whatta?"

Aku turut membuka pintu kereta. Sebaik sahaja keluar, tubuhku ditampar dengan angin kuat berkali-kali. Bawal yang dipakai hampir mendedahkan auratku menyebabkan aku terpaksa memegangnya kemas. Oh, seriously? Aku baru perasan yang Arif dah bawak aku ke pantai.

Dia nak main-main dengan aku ke apa? Dari nak pergi lunch, tetiba bawak aku ke pantai. Memang nak kena dasar mamat senyum tu.

Aku melangkah perlahan-lahan ke arah pantai. Memang susah nak jalan dalam keadaan angin kuat ni lagi-lagi aku pakai jubah. Yalah, sejak dah jadi isteri orang ni, aku kenalah jaga penampilan. Takkan nak pergi kelas pakai jeans? Tak manis.

Back to the topic, mana si Arif ni hahh? Memang kenalah dia bila aku jumpa nanti. Aigoo.. bencinyaa.. sandal yang aku pakai asyik tenggelam dalam pasir.

Tiba-tiba, aku dapat merasakan phone dalam slingbag aku vibrate. Aku mencapai phone tersebut lalu menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello."

"Assalamualaikum. Yah, Aryka! Kau kat mana, hah? Tak pernah-pernah kau ponteng kelas. Kau okay tak ni?"

Allahu. Aku facepalm. Macam mana aku boleh lupa yang aku ada kelas pukul dua tadi. Ni semua salah Arif lah. Aku ingatkan lunch kejap je. Tu yang tak risau sangat tadi.

"Waalaikumussalam. Ha, Sya. Aku.. aku okay je ni. Aku ada emergency. But I'm okay. Don't worry."

Kedengaran hembusan nafas lega di hujung talian.

"Good to hear that. Aku ingat kau kena culik dah."

Aku ketawa mendengar tuduhan melulu Isya. Isya ni roommate aku masa semester satu. And dia pun ambil course yang sama dengan aku. So, aku dengan dia agak rapat ah.

"Nonsense lah Sya."

Dan ketika itulah, disebabkan kelalaian aku on the phone dengan Isya dan kecuaian aku memandang ke bawah semasa berjalan, aku terlanggar seseorang. Kuat pulak tu, sampai phone aku terjatuh dari genggaman.

"Oh God! Sorry mister! I am so sorry."

Aku menunduk beberapa kali. Tak perasan dia ni orang apa, tapi sekilas pandang tadi, dengan bermisai lebat dan berjanggut, macam foreigner. Ah, speaking ajalah.

Selepas itu, aku mengambil phone yang elok tersadai di atas pasir. Ada sedikit kesan calar but siapa kesah en?

"It's okay. Anyway, Aryka. Wouldn't you look at me?"

Eh? Dia tahu nama aku? Aku ada berkawan dengan foreigner ke? Tanpa berfikir apa-apa, aku terus mendongak untuk melihat wajahnya.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Mata kami bertentang dan..

Flash! Seperti ada sambaran kilat di dalam kepala, aku mula mengingatinya. Those eyes. Seriously?!

Aku menekup mulut. Terkedu. Sungguh aku tak sangka. Tubir mata pun sudah mulai berair.

"A.. Adam?"

{A/N}

A really short update. But nvm, dsebabkan chapter ni misteri sangat, i'll update another asap. Love ya.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now