"Eh? Kenapa baju korang sama?"
"Maigod Aryka! Kau couple dengan Arif ke sekarang?"
"Kyaaa! Seriously? Tak bagitahu pun korang ada hubungan."
Bisikan-bisikan yang masih bermain di telinga aku. Argh! Geramnya! Arif sengaja nak kenakan aku.
Aku menggenggam erat tangan.
"Salah kau lah ni, Fyn!" Aku menuduh Aifyn yang sedang mencalit gincu merah di bibir.
Yeah, kenapa? Sebab dialah tukang deliver baju ni kat aku. Katanya, Arif nak sangat tengok aku pakai baju ni. Rupa-rupanya bersebab.
Siapa sangka baju yang Arif pakai malam ni sama dengan baju aku. Warna, corak, jenis ah memang sama lah! Macam mana aku nak mengharungi malam ni dengan expectation diorang pasal hubungan aku dengan Arif?
Dasar Arif Syahidan! You're going to pay for what you've done!
"Alah. Relakslah Aryka. Kenapa nak marah-marah? Just enjoy the night and chill, okay?"
Aku hanya diam. Chill lah sangat. Sebab dia tukang deliver baju je. Aku yang pakai. Mana nak faham perasaan aku ni. Eyy.
(~)
"Aryka, can we take a picture?"
Eh? Faris? Asal tetiba nak ambil gambar ngan aku ni? Dah la tak rapat, kelas pun tak sekali.
"Err.. tapi saya ta-"
"Ala jomlah. Sekali je. Please?" Pujuk Faris. Haih.
Aku menjauhi kumpulan rakan-rakanku yang masih sibuk menunggu giliran untuk mengambil gambar di photobooth.
"Kat sini jelah, boleh?" Soalku. Tak nak jauh-jauh.
Faris mengangguk sebelum mengangkat iphone miliknya ke udara. Ouh, selfie.
Aku senyum, dia senyum then click! click! click!
Aku memandang Faris. Ceh, cakap sekali je. Ni tak, tiga keping gambar aku menjadi milik dia dalam masa satu saat. Faris turut memandang aku dan tersenyum sinis sebelum kembali menunduk untuk memeriksa gambar yang baru sahaja diambilnya.
"Yeah, cantik! Thanks Aryka."
Aku senyum.
"No hal lah. Urm.. so, kalau-"
"Aryka."
Untuk kedua kalinya, Faris memotong percakapanku.
"Aa.. yeah?"
"Dulu dengar cerita awak couple dengan Adam. Tapi, malam ni... jelas sangat yang awak sekarang ni dengan Arif, kan?"
Aku tersentak. Apa jenis soalan ni. Eheh.
"Erm, Faris-"
"Jadi, apa kata lepas ni awak couple dengan saya pulak?" Seraya itu, tangan kanan Faris sudahpun berada di bahu aku.
Apa? Dia nak kata aku playgirl ke apa ni. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa. Kaku, tak bergerak.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
TeenfikceAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...