So?

16.4K 793 1
                                    

Deringan telefon terlalu membingitkan telingaku. Sudahnya, aku capai juga telefon pintar di atas meja sebelah katil dengan terpaksa.

Sebelum menjawab panggilan yang mungkin sudah jemu minta diangkat itu, sempat aku melihat jam digital yang terpapar di skrin telefon. 12:49. Manusia manalah yang suka menelefon orang pada waktu-waktu sebegini.

"Assalamualaikum. Hello?" Dengan suara yang sememangnya sumbang aku menjawab.

"Hello. Ni Cik Aryka Sofea ke?" Soal suara di hujung talian.

"Tak reti nak jawab salam ke?" Agak kurang ajar tapi memang itu yang aku belajar. Sememangnya jawab salam itu wajib. Tidakkah kamu tahu, wahai akhi? Gatal je mulut aku nak cakap macam tu. Tapi sekurang-kurang ajar aku pun, mulut aku dah ada insurans tau.

"Erk. Maafkan saya. Waalaikumussalam..."

"Hm... sayalah Aryka Sofea. Kenapa ya?" Tanpa membuang masa aku terus ke topik utama. Aku nak tidur cepat-cepat!

"Saya pengurus pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Izham Zaqif. Saya nak tanya kalau-kalau saya boleh jumpa dengan cik Aryka Sofea esok? Sebab saya ada beberapa perkara nak bincang dengan cik Aryka," terangnya membuatkan mataku terbeliak. Tangan kiriku laju menutup mulut sebelum aku menyumpah saat itu.

Dalam hati, baru aku menyesal dengan sikap kurang ajarku tadi. Aduh... aku ni... memalukan nama baik sekolah Dato' Hamzah betullah. Macam mana kalau nanti, keluar berita tajuk utama Buletin Utama, anak didik sekolah Dato' Hamzah bersikap kurang ajar. Dahlah perempuan, kurang ajar pulak tu! Lepastu, takde lelaki nak kahwin dengan aku? Tidaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

"Hello? Cik Aryka?"

Aku tersentak. Air liur basi yang bercucuran di pipi aku lap sehingga tiada. Aku tertidur ke?

"Ah... ya?"

"Em... boleh tak? Besok?" Soalnya untuk kesekian kali.

"Ah... em... okey, bolehlah." Akhirnya aku memberikan kata putus.

Kedengaran pemanggil menghembus nafas lega. Hampir bocor benteng ketawa aku dibuatnya. Sebegitu nervous dia. Macam ajak aku keluar date pulak. Hahhah. Memang dia ajak aku keluar pun. Tapi atas urusan penting je.

"So, Zaqif, right?" Aku menjadi bersemangat meneruskan perbualan.

"Yes. Izham Zaqif."

"When and where?"

"Em... bila cik Aryka free?" Soalnya menginginkan kepastian.

Aku berfikir sejenak.

"Anytime. Asal jangan pagi buta and jangan lepas senja."

Ketawa halus terhasil di hujung talian. Apa yang lawak, aku pun tak pasti.

"That's for sure. Kalau macam tu... lepas solat jumaat, around pukul... 2. Can we?"

"Okeylah." Jawabku tanpa perlu berfikir. Lepas solat jumaat, free kot.

"But where?" Sambungku lagi.

"Cik Aryka lah decide."

"Cafe Pelangi?" Cadangku.

"Cafe Pelangi?"

"Yes. Tahu?"

"Yes, I do."

"Okey then."

Aku memilih Cafe Pelangi sebab cafe tersebut dekat dengan sekolah kitorang. Takdelah perlu pergi jauh-jauh kan.

"Okey. Pukul 2, Cafe Pelangi. See you tomorrow."

"Okey. Assalamualaikum." Aku berdehem

Zaqif ketawa kecil di hujung talian. "Waalaikumussalam."

Talian terputus. Sebelum terlupa, aku menyimpan no Zaqif di contact.

Kemudian, aku menghantar pesanan ringkas kepada Arif.

Arif, esok aku ada date dgn
pngrus team Tengku Mahmud.
Kau nak ikut?

Baru sahaja aku menarik selimut, telefon ku bergetar. New message from Arif. Mamat ni tak tidur lagi rupanya.

Date?

Aku terus menghubungi nombor Arif. Bermesej bukanlah the best way untuk berkomunikasi dengan cepat dan pantas. Sekejap sahaja, panggilan terus berjawab.

"Assalamualaikum. Apa maksud kau date?" Tak seperti Zaqif, Arif is better.

Aku ketawa di dalam hati. Arif, are you jealous hah?

"Waalaikumussalam. Kau tak tidur lagi?" Sengaja aku tidak menjawab soalannya yang mungkin cemburu itu.

"Aryka, answer me!"

Kali ini, aku ketawa betul.

"Hahhah... taklah. Kau ni... dia call aku tadi. Dia cakap ada hal dia nak bincang ngan aku. And kitorang janji nak jumpa esok. Kau nak ikut tak? Kalau tak nak, sudah. Aku nak tidur ni. Mengantuk gila dah ni."

"Kau mesej aku tempat and bila. Esok aku jemput kau. Dah. Pergilah tidur. Lewat sangat dah ni. Kang lebam pulak mata kau nanti."

Aku menguap.

"Yalah, yalah. Sayang betul kau kat aku ya? Hahaha. Good night. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Suara Arif adalah yang terakhir aku dengar. Aku terus lelap kerana terlalu mengantuk.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now