*Arif Syahidan's POV*
"Dah ke?"
Aku pandang wajah Adam.
"Entah. Dia belum message lagi."
Adam mengeluh. Aku menjulingkan mata.
"I trust him, don't worry."
Adam menghiraukan ku lalu memakai headphone.
Aku kembali memandang skrin telefon. I hope you'll be okay, Aryka.
*Aryka's POV*
Aku menghulurkan pinggan yang penuh berisi bawang yang telah dipotong halus itu kepada umi.
Umi memasukkan semuanya ke dalam kuali.
"Sebenarnya, macam mana umi boleh kenal dengan abang Asy?"
"Dah lama umi kenal Sufi. Dia tu kawan baik anak umi. Sejak sekolah rendah lagi diorang berkawan. Sampailah masuk universiti, masih belum berpisah."
Aku mengangguk.
"Sufi pun selalu cerita dekat umi pasal Aryka. Sebenarnya, dari dulu lagi umi nak jumpa dengan Aryka.
Alhamdulillah, akhirnya doa umi termakbul."Umi memandangku sekilas sambil tersenyum. Aku membalas senyuman manisnya.
"Oooh.. tak sangka rupanya abang Asy ada scandal selama ni."
"Ish, Aryka ni. Apa pula scandal nya!" Marah umi.
Aku bantai gelak.
Tiba-tiba, seorang gadis masuk ke dapur.
"Umi, suara siap-"
Ayatnya tergantung bila memandang ke arahku. Aku mengukirkan sebuah senyuman untuknya.
Hmm.. I bet dia ni lagi muda.
"Umi tak cakap pun kita ada tetamu?" Anak mata gadis itu tidak beralih daripada memandang wajahku.
"Haaa.. nilah umi nak cakap. Mia, ni kak Aryka, adik abang Sufi. Salam cepat."
"Oooh yekeeee."
Gadis yang berambut separas pinggang itu pantas menyalamiku.
"Inilah anak bongsu umi, Aryka."
"Oooh. Cantik."
Memerah muka gadis itu apabila dipujiku.
"Heheee.. thank you. Kak Aryka lagi cantik. Patutlah abang Sufi pun handsome.... Auch!"
Mia menggosok-gosok lengannya apabila dicubit umi. Umi memberi jelingan maut kepada anak bongsunya itu. Aku tertawa.
"Erm.. Aryka pergi lah solat dalam bilik Mia dulu, ya. Biar umi aja yang memasak."
Oh, ya. Baru aku teringat. Tadi, aku ada beritahu umi yang nak tumpang solat.
"Ha, jom, kak Aryka!"
Lantas Mia menarik tanganku keluar dari dapur. Aku tersenyum. Haih.. teruja benar tampaknya.
Di tingkat atas, yang kulihat semuanya adalah bilik. Rasanya, about tujuh bilik, kut? Dan wallpaper setiap pintu bilik adalah berbeza. Really interesting.
Mia membawa aku mendekati sebuah bilik yang pintunya berwallpaper Hello Kitty.
"Mia suka Hello Kitty?"
"Yupp!"
"Hmm.. even it's kind of weird, but it's okay. Dah minat, nak buat macam mana, kan?"
"Oh, daebak! Finally, ada orang yang sokong Mia. Seriously, you're the best!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Nobody
Fiksi RemajaAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...