XOXO

12.5K 648 1
                                    

Kertas exam yang tertulis Fizik menghiasi muka depan, aku masukkan ke dalam fail. Aduh. Exam kali ni, berguling-guling markah aku jatuh. Teruk. Sangat. Terlampau.

Setelah Sir Fardin keluar dari kelas, aku terus bangkit. Aku tak boleh lewat. Harini ada game.

"Ryka, do the best eh?"

"Haah... biar budak sekolah lain takut and hormat kat kita"

Aku ketawa kecil. Lalu tersenyum kepada Zety dan Yani yang masih mengemas buku di meja mereka.

"In Shaa Allah. By the way, thanks a lot guys," ujarku.

Aku mencapai t-shirt sekolah di bawah meja. Tak mahu terus leka berbual.

"S.M.K Tengku Mahmud tu bukan calang-calang. Jangan bagi muka sangat," suara Rayyan bersama gengnya yang berjalan melepasi aku.

Aik? Tak pernah-pernah nak tegur aku sebelum ni. Budak 'hot' lah katakan. Haih. Tulah namanya semangat kesukanan. Hot ke cold ke semuanya bersatu. Yeah. Yeah. Majulah sukan!

Aku mengangguk.

"Ryka, pukul berapa berkumpul? Kau ni duk ralit layan diorang karang lewat pulak"

Oh. Terlupa pulak. Deskmate a.k.a bff aku; Fyn memang selalunya kalau ada game, dia ikut aku.

"Jom ah. Gi tukar baju dulu"

"Okey, jom." Fyn bangkit dari kerusi sambil tangannya memegang t-shirt sekolah.

Yalah. Takkan nak pergi pakai uniform sekolah pulak.

Langkah kami diatur ke arah tandas.

~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·~·

Jam menunjukkan pukul 2:23. Dari jauh, aku dapat lihat 'budak-budak' dah berkumpul depan bas. Jurulatih DH Knight, yakni Cikgu Farhan pun dah tercegat depan pintu bas.

Aku mempercepatkan larian aku diikuti Fyn.

"Sorry sorry, aku late,"

Kelihatan senyum kecil terukir di bibir Cikgu Farhan.

"On time. Dah, jom" ujarnya.

Aku mengangguk. Ketika aku memanjat anak tangga bas, Arif menepuk bahu aku lalu menghadiahkan sekuntum senyum. Aku membalas senyumnya.

Aku mengambil tempat paling belakang bas bersama Fyn. Cikgu Farhan pula duduk berdekatan pintu bas ditemani Arif disebelahnya.

Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Aku menjeling Fyn disebelah. Tengah sibuk menekan-nekan skrin telefonnya. Tak lain tak bukan berbalas mesej dengan boyfriend lah tu. Aku pun curiga juga siapalah yang hendak bercintan cintun dengan gadis pelik disebelah aku ini. Tapi, sampai hari ini dia tak bagitahu aku siapa special someone dia tu. Kadang-kadang terasa juga macam aku ni hanya kawan biasa dia. Tapi, biarlah. Mungkin dia mahukan privasi. Privasi? Hahhah. Fyn kan pelik.

Aku mengisi ruangan password telefon lalu menekan icon WeChat. Berada di dalam bas membuatkan aku terasa rajin membaca moment orang. Bukan setakat rajin, pemurah lagi mahu menge-like moment diorang. Jarang benar aku nak jadi se-pemurah ini.

Satu moment menarik perhatian aku.

Adarwish
Football game between SMK
Dato' Hamzah and Tengku
Mahmud will be held today
at 3:30, on Tengku
Mahmud's ground. Kalau
kalah point the finger to the
DH Knight's manager.

Hampir terjatuh telefon aku. Aku memandang Adam yang duduk selang tiga baris di hadapan. Dia sedang menunduk sambil headphone berwarna biru hitam masih melekat di kepala. Dah kenapa mamat ni?

Aku kembali memandang skrin telefon. Laju jari-jari aku menaip.

flyer: Wht r u talking about?
Me?
Adarwish: Yeah, you. Any prob?

Aku terkedu. Benci? Yeah, aku tahu Adam benci aku without reasons. Tapi, sampai bila? Sampai kitorang tua then mati? Maybe apa yang Adam buat tu nampak kecil, nampak macam gurauan aja. But, not for me. Since aku jadi pengurus DH Knight lagi, he looks like tak puas hati dengan aku. Aku dah selalu terasa hati and aku tak pernah faham dia.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now