Aku menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah. Hm...hari yang cukup suram. Dua hari lepas, abang Asy dah bertolak ke Seremban. Uuu. Sedihnya.
Satu-persatu langkah kuhayun ke arah kelas aku. Kena cepat ni. Harini ada assembly.
"Hello, pretty young girl, right there,"
Ehem. Aku bukannya nak perasan lebih ke apa. Tapi aku rasa memang ayat tu ditujukan kepada aku sebab aku macam kenal je suara tu. Tanpa membuang masa, aku berpaling ke belakang.
Kelihatan Arif dan Firash sedang tersengih ke arahku.
"Assalamu'alaikum. Have a nice day, both of you. Bye," ucapku lalu kembali meneruskan langkahku.
Zuup! Sepantas kilat, Firash berlari ke sebelah aku. Kau nak apa lagi, Firash? Eh, mana Arif? Hilang daa?
"Kau nak apa?" Soalku malas. Aku langsung tidak memandang wajahnya.
"Hm.. nak jalan dengan kau. Tak boleh?"
"Aku tak cakap pun tak boleh."
"Oh. So, boleh lah?"
"Hmm."
Kami berjalan seiringan sehingga ke kelas. Tak banyak topik yang Firash asyik bangkitkan sepanjang itu. And dia je yang ada effort nak keep the conversation. Aku pulak hanya jawab acuh tak acuh je. Hohohoh.
Di dalam kelas, aku ternampak Fyn yang sudah laju keluar dari kelas. Oi, tak tunggu aku? Cis.
"Nur Aifyn Nadia!" Panggilku dengan oktaf suara yang agak tinggi.
Laju, dia berpaling ke arahku dengan muka terkejut. Hah, ni satu fakta. Tak ramai yang tahu nama penuh Fyn. Yang tahu kat sekolah ni, hanyalah aku dan few cikgu je. Kebanyakannya ingatkan nama penuh Fyn hanyalah Nur Aifyn.
Fyn berlari mendapatkan aku yang sedang menyelongkar beg untuk mencari buku catatan. The rules is, siapa yang pergi assembly tak bawak note book, memang kena dengan Puan Hajah Fatimah, PK HEM kami.
"Hesy, kau ni! Kalau orang dengar tadi, macam mana?" Rungut Fyn membuatkan aku tertawa kecil. Fyn, Fyn.
"Kau kenapa? Biarlah orang tahu. Biar semuuua orang tahu. Plus, nama Nadia tu cantik, apa?" Aku membidas.
"Alah, biarlah. Nanti, aku akan dakwa diorang sebab tak tahu nama penuh aku. Aku akan cakap 'korang ni cakap je kawan aku. Tapi, nama penuh aku pun korang tak ingat. Kalau related dengan artis, korang ingat pulak'. And aku akan menangis, suruh diorang bayar pampasan. Hahahaha. Jahat tak aku?" Soalnya sambil mengangkat-angkat kening. Eleh, ingat cantik? Haha.
"Tersangat," balasku, lalu kami ketawa.
Haih. Biasalah orang perempuan. Ketawa akan benda yang tak tahu kat mana lucunya.
Kami mula melangkah ke arah Dewan Perdana Dato' Hamzah.
Di sana, pelajar dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mengikut jantina. Jantina ketiga tak ada, ye. Flow majlis berjalan seperti biasa seperti minggu-minggu sebelum ini.
Tazkirah dari ustaz/ah. 'Comment' dari guru yang bertugas. Penyampaian hadiah kepada pasukan yang mewakili sekolah. And finally, ucapan dari principal. Seperti kebiasaan, beliau akan memberi quotes atau kata-kata semangat kepada kami. Terutama yang akan mengharungi peperiksaan besar seperti aku. SPM, bruh.
Akhirnya, tamatlah assembly untuk hari ini. Para pelajar diminta tunggu sementara para guru meninggalkan dewan. Setelah itu, seperti biasa juga, pengacara majlis akan membacakan pengumuman buat para pelajar.
"Kepada ahli English Society, sila berikan nama dan IC anda kepada setiausaha, Aryka Sofea dari kelas 5 Hobbit."
Oh, great. Ni mesti Rayyan yang buat pengumuman ni. Pasal nak buat sijil lah tu. Oh, man. Sibuk lagilah aku, lepas ni.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Teen FictionAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...