Tap! Tap! Tap!
Langkah dimaksimumkan semampu mungkin. Duh, macam maraton dah pulak. Hampir dah, Ryka.. sikit lagiii...
"Hah! Lewat!"
Jerkah seseorang mematikan langkah aku betul-betul selepas melepasi pagar sekolah. Keluhan berat dibebaskan. Aku mengerling jam di tangan. Tujuh tiga puluh satu! Hadumak, pengawas ni. Aku lewat seminit aje kut. Lepaskanlah. Huhhhh.
Aku berpaling ke arah pengawas itu. Wajahnya tersenyum memandangku sambil berjalan ke arah ini.
"Can't you just let me go? Pleaseeee?" Rayuku sambil membuat wajah comel. Tolonglah menjadi saat-saat macam ni.
"Nope. Never, Aryka Sofea binti Farid. I will never let you go." Selamba Arif mengucapkan kata-kata itu. Cehhh.. puihh. Dengan kawan pun nak berkira ketua pengawas ni. Mohon pilih head student yang lain. -_-
"Hmmm.. cepatlah, bak sini buku keramat kau tu."
Arif menghulurkan buku catatan dan pennya kepadaku.
"Tulis nama penuh, IC dan kelas. Biar cikgu Haiza mudah sikit nak kenalpasti kau."
Aku menjeling Arif. Kurang diajar betul budak ni. Arghh.. cikgu Haiza pula yang dikaitkan. Memikirkan hukuman yang akan dijatuhkan kepadaku nanti, sudah cukup,... ahhh, sudah! Sudah!
Selesai menulis, aku memberikan semula buku tersebut kepada Arif. Terus aku menyambung pecutanku ke kelas.
"Lain kali jangan datang lewat lagi!" Laung Arif dari belakang. Huhh. Yelah, pakcik!
Ketika melalui blok Mawar, kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang melepak di situ. Haih, tak nak masuk kelas ke, bros? Lepasni Arif datang baru nak lintang pukang. Tiba-tiba pandanganku jatuh ke wajah yang begitu aku kenali . . . Tak terkejut sangat sebab memang perangai dia setaraf dengan orang-orang macam tu pun. Apabila pandangan kami bertaut, aku segera berlari meninggalkan tempat itu. Huish.. takut pulak.
"Ha, Aryka? Bangun pukul berapa?" Perli Sir Fardin apabila tiba di hadapan pintu kelas. Aku hanya tersengih kerang busuk. Fuhh, jatuh maruah.
"Hm.. go and take your seat."
Aku mengangguk lalu mengambil tempatku disebelah Aifyn. Aifyn hanya kupandang sekilas. Malu pulak rasa bila datang lewat ni.
Pembelajaran pada pagi itu berhenti sebentar pada waktu rehat.
"Jom, Ryka. Aku rasa nak makan bubur nasi je hari ni. Umm.. sedapnya," ajak Fyn yang nampak dah kebulur bubur nasi makcik kantin tu.
"Hm.. jomlah." Ujarku setelah selesai mengemas buku.
Setelah Aifyn selesai membeli, kami duduk di sebuah meja di taman. Tak bestlah makan dekat kantin. Terlalu lalu lalu bising. Aku membuka bekalku. Bau aroma nasi goreng buatan mama menusuk ke hidung.
"Wah, nasi goreng! Wei, suap aku!" Fyn sudah sedia membuka mulutnya.
"No way. Kau dah ada bubur nasi," Protesku.
"Alah, bolehlah. Bukan selalu aku boleh makan masakan sedap mama kau ni," Fyn sengih. Hish, budak ni. Bodek, bodek!
Aku menyuakan bekalku kepadanya.
"Hah, makan sendiri. Takde suap-suap!"
"Haa.. takpelah, asal boleh makan."
Aku menjulingkan mata.
"Auch! Sedapnya, Aryka! Mama kau memang tiptop lah! Memang cukup kena perasanya. Takde yang kuranglah! Boleh jadi chef ni," melambung pujian daripada Aifyn.
"Really? Hm, terima kasih. Sebenarnya, aku yang buat bukan mama," aku pura-pura tersenyum malu.
Suapan Aifyn terhenti seketika. Dia pandang aku tidak percaya.
"Aku tahu kau 'boleh' masak, Aryka. Tapi aku juga tahu ia takkan sesedap ni. Hmph, pembohong besar."
"Eleh, tak percaya sudah."
Aku mengambil kembali bekalku setelah hampir separuh dilahap Aifyn. Aigoo, budak ni. Tak percaya betul.
Tiba-tiba bangku yang masih kosong di tepi aku dan Aifyn diambil.
"Haa, kat sini pun kau. Aaa nah."
Aku menyambut kertas yang dihulurkan Arif.
"Apa pulak ni?"
"Hukuman kau lah. Aku dah mintak yang paling ringan tu kat cikgu Haiza. Dia bersetuju sebab, yelah.. kau kan best student and bila dia check your profile, rupanya tu first kesalahan kau untuk tahun ni."
"What? Kelas tahanan? Ni kau kata hukuman paling ringan, Arif?" Tempelakku.
"Kira okaylah tu kelas tahanan. Daripada kau kena basuh tandas ke, gotong royong ke apa, haa.. kau nak yang mana?" Firash pula bersuara.
"Ishh.. tapi, masalahnya.."
"Masalahnya siapa yang suruh kau datang lewat sangat? Ha, bersyukur ajelah dapat hukuman paling ringan," Aifyn pula yang memotong kata-kataku. Aku menjegilkan mata kepadanya. Bukannye nak backup aku kau ni.
"Hello, aku bukannya saja-saja langgar peraturan, okay? Aku buat kesalahan tu bersebab.. bukan macam orang tu yang..." kata-kataku terhenti saat dia tiba-tiba muncul di belakang Aifyn. Mataku membulat. Woah.. seriously, sikit lagi, Aryka, sikit lagi nak termengumpat depan tuan sendiri!! Mulut ni memang tak kena time betullah.
"Ha, Adam. Hmm.. baru aku teringat, Aryka. Adam pun kena jugak kelas tahanan untuk petang ni. Adalah jugak penjaga kau kalau-kalau kena kacau dengan budak-budak tu," beritahu Arif semakin mendebarkan jantung aku. Adam duduk di atas sebuah kerusi plastik berdekatan dengan aku dan Aifyn.
Habislah. Ada lagi ke yang kena kelas tahanan hari ni? Jangan-jangan mereka yang tengah melepak dengan Adam pagi tadi, tak? Yelah, kan ramai tadi. Mesti mereka semua kena. Aaaahh.. Arifff.. kau kata dia akan jadi penjaga aku, but no! Mesti dia dan geng-geng dia tu akan buli aku nanti. Huwaaa...
Aku cuba mengangkat pandangan biar tak nampak gementar sangat. Tiba-tiba, pandangan aku jatuh ke wajah Firash. Dia sedang ketawa. Dan apabila perasan aku memandangnya, dia mengenyitkan mata kepadaku. What the heck?!
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Novela JuvenilAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...