Aku cuba mengintai dari luar kelas tahanan. Ya Allah, bising bukan kepalang. Patutlah, kesemuanya budak lelaki tingkatan empat. Huii.. takutnya >< . Kenapalah bukan aku seorang je yang kena tahan hari ni. Hm.. rugi pulak aku tolak pelawaan Arif yang nak teman aku tadi.
Aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam kelas tersebut.
"Phewwitt."
"Fuyyoo.. kak Aryka lah!"
Aku hanya tersenyum tanpa memandang mereka. Tahu tak, walaupun mereka lebih muda, mereka tetap menyeramkan! Aku mengambil tempat betul-betul di tepi dinding dan berdekatan dengan pintu kelas. Tempat tu strategik sebab jauh dari kelompok yang duduk di hujung kelas tu dan kalau ada apa-apa terjadi, boleh aku cepat-cepat cabut.
"Kak Aryka, marilah duduk sini. Boleh kitorang teman. Duduk situ buat apa."
Aku senyap tidak membalas sebaliknya membuka buku Fizik yang aku bawa bersama. Haih. Entah masuk ke tidak lah ilmu kalau macam ni.
"Pfft. Dia tak layan kaulah, bodoh. Hahaha."
Aku dengarlah, woi. -_-
"Takpee. Kau tunggu sini."
Aku cuba untuk fokus dengan pembacaanku namun, lagi, ada halangan. Kerusi yang tadinya kosong disebelah aku kini diduduki seseorang. Aku memalingkan wajah untuk melihat siapa.
"Hai, Aryka! Saya Hariz," budak itu tersenyum menyapaku.
Aku semakin meluat. Dah hilang respect ke apa budak ni. Mana kata panggilan 'kak' tadi? Hello. Walaupun hanya berbeza setahun, kau tetap lebih muda daripada aku.
Namun begitu, aku memaksa juga bibir ini mengukirkan seutas senyuman.
"Saya..."
Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku terlebih dahulu memalingkan muka, memandang kembali bukuku.
"Aryka.. pandang saya." Nadanya menjadi kendur. Mungkin terasa hati dengan perlakuanku. Ah, lantak kaulah.
"Go away," pendek cuma ayat yang dituturku namun harap-haraplah cukup untuk buat dia faham yang aku tak suka akan kehadirannya di sebelahku.
"Kalau saya tak nak?"
Aku hanya senyap. Ah suka hati kaulah kalau taknak. Bukan aku boleh paksa.
"Aryka.."
Tiba-tiba, pergelangan tanganku terasa dipegang seseorang.
"Don't touch me!" Secara tidak sengaja, aku menengkingnya. Tangannya cuba kutepis malangnya dia lebih kuat dari aku. Aku semakin terkejut tambah takut. Anak matanya tajam menikam kepunyaanku. Dahiku berkerut. I'm dead. Dia tersenyum sinis.
"Kalau saya tak nak?"
"Hariz, saya ni senior awak. Di mana rasa hormat awak pada saya?" Aku berkata dengan nada lembut.
Beberapa orang budak lelaki yang berada di belakang kelas bersorak apabila aku berkata begitu. Tak kurang juga yang ketawa. Tang mana yang lawak pun aku tak tahu. Ada di antara mereka yang mula datang ke arah kami. Ingatkan nak tolong tapi cuma nak tengok dengan lebih jelas. Aku mencebik.
"Saya tak nampak semua tu. Yang saya nampak cuma awak. Aryka," Hariz menolak aku ke dinding dengan kasarnya. Aduh. Sakit belakang kepala aku dibuatnya. Menyesal pun ada sebab pilih tempat yang dekat dengan dinding ni. Hariz mengunci pergerakanku menggunakan kedua belah tangannya.
"Hariz! Are you crazy?! Or are you stupid?! What are you trying to do, ha?!" Kali ini, aku tak dapat lagi membendung kemarahanku.
"Yelah, gilakan kak Aryka lah. Alah, kak Aryka janganlah marah-marah. Kitorang cuma nak bergurau je. Kak Aryka just follow the flow, eh? Okay, continue. Part best ni," seorang budak lelaki yang sedang menongkat dagu memerhatikan kami tiba-tiba menyampuk.
Aku tercengang. Crazy betul budak ni. Memang nak kenalah!
"Korang ni takde kerja ke, ha?"
Aku terkejut lalu berpaling ke sebelah kanan. Adam!
"Hariz, let her go," arah Adam. Reaksinya hanya bersahaja. Amboi. Langsung tak nampak terkejut.
"Alah, abang Adam. Kejaplah, nak gurau-gurau sikit dengan Aryka ni ha."
Hariz memandangku lalu tersenyum. Meremang bola roma aku.
"No need. She's my girl, if you don't..."
"Oh, your girl, ke? Alright, alright, abang. I will," Hariz segera memintas percakapan Adam. Dia bergerak menjauhiku. Huh, tahu takut!
Kemudiannya, geng tagune tu kembali ke port asal mereka iaitu di belakang kelas. Aku menghembus nafas lega. Huh. Rupa-rupanya aku tahan nafas sejak tadi. Ciskek budak Hariz tu. Dia boleh buat aku mati, tahu tak!
Aku memandang Adam sekilas kemudiannya kembali duduk dan meneruskan pembacaan seperti tiada apa yang berlaku walaupun kejadian tadi memang tragis. Benih kebencian terhadap Adam semakin tumbuh subur di dalam hati. Ceh, jadi penjaga aku konon. Arif, pleaselah. Mungkin kawan kau ni yang suruh geng dia tu tadi kacau aku and then pura-pura jadi hero. Hack puih puih puih.
Kerusi disebelah aku ditarik. Aku segera berpaling.
"Siapa benarkan kau duduk sini?" Kasar nada yang kulontarkan.
"Lah, tak boleh ke? Bukan tempat kau pun, kan?" Terlambat. Adam dah duduk pun.
"Pergilah duduk dengan geng kau tu."
"Geng?"
Buat-buat tak tahu dah pulak mamat ni.
"Yelah, geng kau. Budak-budak tu kan geng kau, yang lepak dengan kau tadi pagi tu," beritahuku mengingatkannya tentang peristiwa pagi tadi.
"Lepak? Masa kau datang lewat tu ke? Hahahaha. Aryka, seriously, kau ingat aku tengah melepak ke masa tu? Makcik, tadi tu memang kawan-kawan aku, tapi kitorang bukannya lepak. Masa tu, aku tengah tolong cikgu. Kebetulan terserempak dengan diorang. Berbual lah kejap. Yang pentingnya, mereka tu bukannya orang yang sama duduk kat belakang tu. Lain kali ingatlah muka tu betul-betul sebelum nak fitnah orang. Haih." Ambik kau. Panjang lebar pulak aku kena ceramah dengan si Adam ni. Aku mengalihkan pandangan. Malu pulak.
"Tapi patutlah kau lari pun tadi. Aku baru ingat nak jalan sekali dengan kau. Tapi kau dah terlebih dahulu cabut. Hahaha."
"Yang kau tiba-tiba jadi baik dengan aku ni pulak, kenapa? Sebelum ni bukan main benci aku," aku menukar topik.
Adam menongkat kepalanya memandang ke arahku.
"Haih. Aryka, kau lupa ke yang kita dah berbaik? Ke kau masih marahkan aku pasal Hari Ulangtahun tu?"
Aku senyap. Amboi. Sejak bilalah pulak aku jadi macam ni.
"Sorrylah. Aku bukannya sengaja nak sentuh kau. Tapi dah aku nampak kau terlantar macam tu je. Takkan aku nak tinggalkan pulak," jelas Adam.
"Hm.. aku tak marahkan kau pun. Anyway, thank you sebab angkat aku masa tu and thank you sebab selamatkan aku tadi... eh jap. Betulke budak-budak tu bukan geng kau?"
"Yelah, kenapa?"
"Kalau macam tu, macam mana diorang boleh kenal kau? And macam mana kau boleh kenal Hariz?" Baru terlintas di fikiran aku.
"Entah. Maybe sebab aku hot. Arif selalu cerita kat aku pasal Hariz and the gang. Memang diorang dengan kelas tahanan ni dah kamceng. Sebab tulah aku kenal dia."
"Oh."
Adam tersenyum.
"Kenapa kau senyum?"
"Nothing. Hmm.. sampai ke sini kau bawak buku Fizik, ye. Meh, aku ajarkan kau Fizik, nak?" Pelawa Adam. Woah, gila taknak? Mestilah nak! Percaya atau tak, haritu aku saja pergi tengok markah student Form 5 untuk peperiksaan awal tahun. Rupa-rupanya Si Adam ni dapat the highest score for Physic. Baru aku faham maksud dari ayat Arif masa dekat bilik kelab dulu tu. Otak Fizik rupanya dia ni.
"Assalamualaikum. Nak ke taknak ni?" Tanya Adam setelah aku senyap tak membalas.
"Eh. Mestilah nak," ujarku sambil tersenyum gembira. Yey. Ada jugak orang yang nak ajarkan aku Fizik.
Sesi pembelajaran kami tamat sehingga pukul lima. Sedikit sebanyak fahamlah aku pasal Fizik ni. Terima kasihlah dekat Adam.
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Novela JuvenilAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...