EVER

4.3K 223 24
                                    

Terasa sejuk tiba-tiba pada dahi. Tapi, keadaan masih lagi gelap. Apa dah berlaku ni.

Aku berusaha membuka mata walaupun terasa berat yang amat. Tangan juga diangkat untuk melarikan objek yang berada di dahi aku sekarang. Tak suka. Sejuk.

Dan saat itu, mata aku disajikan wajah seorang lelaki yang sudah pun lima tahun halal untuk aku tatap.

Bibirku bergerak untuk bertanyakan apa yang dah berlaku. Tapi, tekak terlalu kering untuk mengizinkan.

"Huh? Minum air dulu," ujar Adam setelah melihat kesusahan untuk berbicara yang dialami aku. Dia menuang air mineral ke dalam gelas sebelum menghulurkannya kepada aku.

"Kau pengsan selepas terkejut tengok aku semalam."

Aku berusaha untuk duduk dari perbaringan. Masa tulah, objek yang berada di kepala aku tadi jatuh ke riba. Oh, tuala basah.

"Kau demam."

Aku mengangguk sebelum mengambil gelas dari tangan Adam dan meneguk air sampai habis. Patut lah rasa tak berdaya je ni.

Tiba-tiba sahaja tapak tangan Adam mendarat pada dahi aku. Keseimbangan terma berlaku.

"Haih, panas sangat ni."

Dan seterusnya Adam memeluk aku. Habis terkejut semua organ dalaman aku. Tapi apakan daya, aku terlalu tak bermaya nak buat apa-apa. Lagipun, aku selesa begini. First, sebab dia bagi haba kat aku. Second, aku... memang dah lama rindukan pelukan dia. Lima tahun kut. Lima tahun aku tunggu dia.

Terasa air mata mengalir di pipi kanan. Gila panas air mata pun.

"Lepasni, kau siap-siap, kita pergi klinik."

"What? Taknak," bantahku lemah.

"Apasal tak nak?"

Aku menarik tubuhku daripada terus dipeluk Adam.

"No, no no. Pergi klinik, dia bagi ubat je. As you know, medicines aren't good for us. Lagipun, demam biasa je ni. Tak makan ubat pun boleh survive." Jawabku yakin selaku pelajar medic. Gahaah bakal doktor ni jangan main.

Adam memandangku tak percaya. "No. We'll go to the clinic. Aku tak nak tengok kau lemah macam ni."

Aku pegang pipi Adam. Gosh, first time aku buat ni. Adam pun nampak terkejut dengan keberanian yang aku dapat. Yelah, walau dah kahwin lima tahun, aku still rasa malu sebab we never touch each other before kecuali masa majlis akad nikah. Tu je. So yeah, agak awkward sebenarnya.

Adam pun pegang tangan aku, membuatkan aku lebih menyentuhnya, tanpa rasa takut atau malu.

"Saya tak nak pergi klinik. Saya okay. Saya just nak luangkan waktu dengan awak." Tuturku lembut. Harap lah Adam faham.

Tapi, Adam ketawa.

"Sejak bila ber-saya awak ni?"

"Sejak saya jadi isteri awak. I promised to myself that I'll be a good one for you. You may not know, tapi saya practise hari-hari dulu untuk biasakan lidah saya, even without you in front of me."

Adam tersenyum.

"Sayang, you got forever untuk practise your tongue lepas ni. 'Cause I'll never leave you again."

Aku menutup mata erat. Amin. Aku pun harap macam tu.

Ibu jari Adam menyentuh pipi aku, dan kemudian bermain dengan bibirku.

Mak aih, ya Allah, ya Allah. Is it time? Aku menutup erat mata. Tak sanggup melihat Adam.

Dan tiba-tiba Adam menarik tangannya. Aku membuka mata. Eh? Tak kiss ke?

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now