Aku. Silap.
"Adam, turunkan saya!" Bisikku pada telinga Adam.
Namun, apa yang aku dapat? Hanya ketawa dari seorang suami.
Aku sorokkan wajah pada dada Adam bila sedar yang dia takkan turunkan aku. Aduhai, malunya. Rupanya Adam bawa aku ke tempat air terjun di mana ramai, ramai dan ramai sangat manusia di sana. Dan Adam masih lagi angkat aku. Dan semua orang pandang kami. Dan aku, malu!
Adam perlahan-lahan menurunkan aku, dan bila aku buka mata, pinggul aku dah menyentuh tikar yang telah dihamparkan di atas tanah.
Wait, wah. Such a great place! Seriously, cantik sangat. Tak sangka di tengah-tengah hutan ada tempat macam ni. Dah la ramai orang. Nampak meriah sangat.
Dan spot yang Adam pilih pun memang terbaik, betul-betul di hadapan sungai dan dekat dengan air terjun. Mesti dah cup awal-awal memandangkan ramai yang datang sini berebut tempat.
"So how? Impressed?" Soal Adam yang tersenyum sinis.
"Hmm, bolehlah." Aku menipu. This is more than 'Terbaik!' lah.
"Bolehlah je? Aku susah-susah upah orang tau untuk cup tempat, letakkan tikar segala."
"Haa.. sebab tu lah. Sebab awak tak buat semuanya sendiri."
Adam pandang aku. Kemudian dia tersenyum sendiri.
"Kalau aku buat sendiri, siapa yang nak jaga kau?" Adam mencuit hidung aku.
Hahaha. Betul jugak kan.
Tiba-tiba Adam meletakkan dua mangkuk tingkat di hadapan aku.
"Eh? What is this? Kita baru breakfast tadi." Aku membelek mangkuk tingkat tersebut. Confirm berisi makanan.
"Ni untuk lunch lah."
"So, we are going to stay here until lunch?"
Adam mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelahku.
"Aku bawa kau ke sini harini so that we could spend time together and get to know each other even more." Adam menayangkan senyumnya yang aku jarang lihat masa di high school.
"First question, kau pernah suka Arif ke?" Dengan selamba Adam menuturkan soalannya.
Aku yang terkejut ni cepat-cepat cover dengan fake laugh.
"What? Why? Jealous ke?" Aku mengusik Adam.
"Takdelah. You know, Arif suka kau. Kalau kau pun suka dia, aku rasa bersalah pulak."
Aku terdiam. Dah kenapa nak bersalah pula?
"Kan kau dengan Arif rapat sangat dulu. So, tak mustahil kau-"
Belum sempat Adam habiskan ayatnya, aku memegang kedua belah pipi Adam dan mengembungkannya.
"Adam, kalau saya sukakan Arif, saya akan terima lamaran dia masa Senior Night dulu, dan saya takkan terima lamaran awak untuk jadikan saya isteri awak yang sah."
"Hm.. mana tahu kau buat macam tu sebab kesiankan aku yang sakit dulu." Kata Adam yang masih lagi murung selepas memegang tanganku dari pipinya. Haih. Sedih tahap apa ni.
"Adam Darwish, I wouldn't ever risk my precious life hanya sebab kesian."
Adam mengangkat wajah, memandang tepat ke dalam mata aku. Penuh berharap.
"So, kau suka aku?"
Aku tersenyum. Dari dulu, Adam. Cuma aku yang tak sedar.
"More than that. I love you, Adam Darwish."
YOU ARE READING
Mr. Nobody
Novela JuvenilAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...