EXCITED

10.2K 507 4
                                    

"... he likes you," kata Firash.

Ah? Adam?

Untuk menutup rasa terkejut dan sedikit rasa malu, aku buat-buat ketawa dengan lawak Fir.

"Maksud kau, dia suka aku jadi pengurus dia? Hm.. baguslah kalau macam tu," ujarku sambil cuba mengukir senyum.

"I mean he.." sambungnya sebelum aku memotong.

"Uh uh.. Fir, em.. aku rasa pakcik dah datang. Aku balik dulu eh?" Pintaku lalu bangun dari bangku sebelum dihalangnya.

"You sure?" Firash memandang aku dengan pandangan tidak percaya.

"Yes, of course. Aku dapat rasa aura pakcik kat luar tu. Dah lah. Nanti kesian dia, lama tunggu. Aku pergi dulu, ye? Bye," Aku memecut pergi sebelum Firash sempat membuka mulut. Tidak lupa, aku melambai kepadanya dan dia membalas lambaianku.

~~~~~~~~~~~~~~

Aku menutup pintu bilik dan sempat mengerling ke arah jam dinding sebelum meletakkan beg ke atas katil. Pukul 6:15. Wahh, penatnya.

Punggung kulabuhkan ke atas sofa kecil yang terletak di sudut bilik, berhadapan dengan tv yang berukuran 32 inci lalu menutup kelopak mata.

Sebenarnya tadi, bila aku keluar dari perkarangan sekolah, aku langsung tak nampak kereta yang dipandu pakcik. Hohoho. Terpaksalah aku menonggek pulak kat situ. But suddenly, Firash keluar. Aku punyalah panicked, menyorok belakang pokok. Fortunately, dia tak nampak aku. Dia terus je masuk dalam perut Honda Civic yang dipandu oleh seorang wanita, mungkin his mother. Fuhh..

"Kak Ryka."

Aku membuka mata. Lah.. sejak bila budak cute ni masuk.

"Hey. Uh, kak Ryka letih la. Boleh tak jangan disturb kak Ryka? Please," Pintaku pada Aryna sambil menyatukan kedua belah tapak tangan.

"Erm... boleh tu, boleh. Cuma Ryna nak tanya... kakak dah solat Asar ke?" Soalnya serba salah.

Mendengarkan soalan Aryna, membuatkan aku merasa tidak tenang. Sekali lagi, aku mengerling satu-satunya jam dinding yang terdapat di dalam bilik ini. Pukul 6:30!

"Hak! Oohh... Asaaar. Thanks Aryna, sebab remind kakak. Thannnks sangat," aku mengucapkan terima kasih berkali-kali sebelum melangkah ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu'.

Usai mensucikan diri untuk menghadap-Nya, aku lihat Aryna sudah tiada di ruangan bilik. Aku mengelap wajah yang basah sebelum bersiap sedia dan malakukan ibadat wajib itu.

Setelah meletakkan kain sembahyang di tempatnya, aku duduk sebentar di atas katil. Uh.. katil ni betul-betul menggoda, namun aku mengingatkan diri sendiri bahawa tidur selepas Asar membuatkan otak menjadi lemah serta perbuatan ini tidak disukai Allah S.W.T

Getaran telefon mengejutkan aku dari lamunan. Aku mencapai Samsung di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

Zaqif:

Goodnight, princess

Princess? Am I? Atau dia tersilap nombor? Satu debaran kecil terasa.

Err... sorry?

Balasku.

Zaqif:

Yeah? Anything wrong?

Aik? Boleh pulak dia tanya.

Yes. First of all, masih awal untuk awak wish gudnight. And why were you calling me 'princess'?

Tidak sampai seminit, Zaqif membalas pesananku. Pada masa yang sama, satu mesej dari group DH Knight masuk.

Em.. aku membuka conversation DH Knight terlebih dahulu.

Adam:

It's Maghrib. Pergi buat yang wajib dulu.

Mengingatkan perbualan dengan Firash petang tadi, aku rasa malu untuk membalas pesanan Adam. Nak balas ke tak?

Lama aku berperang dengan perasaan sendiri sebelum aku membuat keputusan untuk melihat chat dari Zaqif.

Zaqif:

Is it? Hm.. tak apalah. Bagus apa? Meng-awalkan sesuatu perkara? Btw, I call you 'princess' 'cause it deserves you.

Membaca pesanan itu, aku mencari idea untuk membalasnya. Tetapi, melihatkan last seen Zaqif, aku mengerling jam digital yang terdapat pada bucu kanan skrin telefon. Dah pukul 7:29.

Hurm. Aku bangun dari duduk dan mula mengetepikan dahulu hal dunia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Yo, brother!" Aku melompat ke atas sofa di sebelah Asyraf. Did I ever tell you? Asyraf Sufian is my eldest brother and only.

Abang Asy sekarang menuntut di Universiti Malaya dalam course Shipping tahun satu. He once belajar di S.M.K Dato' Hamzah. Dan sekarang adalah cuti semester dia!

"Hey, little sis," sapanya tanpa langsung memandangku. Sibuk sangat dengan PS2 tu.

Aku membuat muka menyampah walaupun aku tahu abang Asy tak nampak pun.

"So. How's your life at uny?" Soalku memulakan perbualan.

"Great." Balasnya sepatah.

Dengan selamba, abang Asy menyeluk tangannya ke dalam bekas berisi popcorn di tanganku.

"Phew. Good, I see. Your manners pun dah ke laut," ujarku dalam nada memerli.

Abang Asy hanya ketawa halus.

"Oh, by the way, do you remember Eeqbal?" Soalnya sambil memandang ke arahku. Yes, of course.

"Um.. yes. Can I know why?" Tanyaku ingin tahu.

Abang Asy mengangguk beberapa kali sebelum meneruskan permainannya.

"Nothing. I'm just asking. Hey, nanti kita pergi holiday, nak?" Ajak abang Asy. Laju aku menggeleng.

"No, abang. I'm sorry. Ryka sibuk dengan game DH Knight. Plus, SPM is around the corner. And... Senior Night is coming," aku menepuk tangan apabila menyebut ayat terakhir. Siapa tak suka Senior Night?

"Uh, I see. Hm.. apa boleh buat, kan?" Ujarnya sayu.

"Yeah. Takpe, abang Asy. Lepas Senior Night, in Shaa Allah, I'm free," ujarku sambil tersenyum teruja. Dah terbayang di minda akan perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni. This is my senior year and last year in S.M.K Dato' Hamzah. So, it should be perfectly arranged by now.




Mr. NobodyWhere stories live. Discover now