LAKE OF MEMORY

8.3K 365 5
                                    

"Hm.. rasanya pertemuan ni bukan satu kebetulan, kan?"

"Eeqbal?"

IQ mengangkat kening.

"Is this apa yang orang panggil jodoh?," soalnya sambil tersengih.

Aku membuat riak menyampah. Dalam kesempatan yang ada, aku memandang ke belakang Eeqbal. Ke arah abang Asy dan Aryna yang tersengih melihat kami. Oh, great.

"I dah tahu dah. Masa mummy cakap nak pergi picnic, then I know. Kita akan berjumpa hari ni," ujar IQ. "Coz.. ingat tak dulu? Family kita selalu pergi picnic sama-sama. Never without you and your family."

Hm.. tolonglah jangan ungkit benda yang dah lepas. Tapi bila difikir balik, biarlah. Sebab apa yang berlaku pada aku ni pun, apa yang pernah terjadi. Bezanya cuma, yang sekarang adalah tanpa kerelaan aku. Ok guys, note this. Benda yang lepas bukan hanya mampu diungkit dengan ucapan, tetapi juga dengan tindakan.

Aku duduk di atas rumput berhadapan dengan tasik.

"I.. actually I tak nak tanya benda ni, somehow I nak tahu jugak jawapannya," beritahuku.

Haih. Patut ke aku tanya sekarang?

"Yes? Tanyalah," balas IQ memberi keizinan. Dia turut melabuhkan punggung di sebelahku, namun masih menjaga jarak antara kami.

Aku memberanikan diri, memandang tepat pada wajah IQ.

"Enam tahun yang lepas," aku memulakan cerita. "I'm in love with you, no doubt. And you cakap you pun sama. But, I don't know if that was true, or you're just playing with words that time."

IQ mendengar cerita yang dia sudah ketahui plotnya itu dengan sabar. Langsung tiada reaksi terguris pada wajahnya.

Oh, great. Sebab tu lah kau-. Aih. Biarlah aku habiskan dulu.

"Kita dah bercinta for almost two years. Oh, and.. our parents pun dah tahu pasal relay kita masa tu and surprisingly, they weren't angry, somehow merestui hubungan kita. I.." aku melepaskan keluhan kecil. Kemudian menukarkan nada bercerita yang teruja kepada nada perlahan. "Mereka betul-betul nak tengok kita bersanding suatu hari nanti. They really wanted. Oh, ingat tak yang masa you belikan cincin untuk I, then kita bertunang olok-olok tu? Hmm." Aku tersenyum mengingatkan kenangan lama yang indah itu.

Aku memandang ke arah tasik dan mula mengorek banyak lagi memori lama.

Aku dapat rasakan bahawa Eeqbal juga turut tersenyum.

"You macam happy aja teringatkan kenangan tu."

"Yes, I am," balasku.

"Hm.. you menyesal ke?"

"Why would I? Eeqbal. I tak menyesal langsung putus dengan you dulu. But I thank you sebab pernah bagi kenangan yang indah pada I walau pengakhirannya tidak. I hargainya," balasku sinis.

IQ diam. Dia terasakah?

"Baguslah kalau macam tu," akhirnya IQ membalas.

Aku kembali memandang IQ, menikam anak matanya.

"Sedang kita mengharungi detik bahagia, ada peristiwa yang tak menyebelahi kita, tak menyebelahi I. Masa tu I tahu yang I dibahagiakan dengan penipuan. Penipuan yang menjijikkan," aku mengetap bibir.

Wajah IQ masih tenang memandang aku. Kau tak ada perasaan ke?!

Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Senyuman simpati? Oh yeah, thank you very much.

"Jangan tahan air mata tu. Biarlah ia tumpah. You tak perlu sembunyikan kelemahan you," suara IQ sambil menghulurkan aku sepaket tisu.

Aku menarik satu helai tisu dan menakupkannya di mata. Aku memulangkan semula tisu paket tersebut. Aih. Macam mana aku boleh terlebih emo pulak ni.

Mr. NobodyWhere stories live. Discover now