Selepas menuang air Oren ke dalam gelas, aku meletakkan kembali ia ke dalam peti ais. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi meja makan sambil otak ligat memutar kembali kejadian semalam.
Pft. Arif buat lawak ke? Lamar aku, untuk Adam? Eh what? Dia ingat aku barang ke apa? Lepas aja Arif cakap macam tu semalam, aku terus tinggalkan majlis itu. And yeah, dunno what happened after that.
Kedua belah tangan memegang kepala. Apa nak jadi dengan aku ni? Makin lama, makin pelik hidup aku jadinya. Aku dengan Arif dulu rapat gila-gila macam susunan zarah pepejal. Tapi lepas dia buat macam ni, of course lah kitorang akan jadi awkward kalau jumpa. And Adam? Lagilah aku malu urgh.
Muka aku bertambah panas. Okay to be honest lah kan.. maybe aku ada crush la sikit kat Adam tu, maybe. Sikit je, tak banyak! And aku pun rasa, rasa la kan macam dia pun suka aku jugak. Urh, what is this perasan-ness. Bukan salah aku kalau aku salah faham, tapi layanan dia kat aku memang pelik pun kan.
What?! Aku menepuk meja. Apa perasaan ni? Tak suka betullah. Aku meneguk air oren yang sedari tadi tidak bersentuh dengan rakus. Fuuhhhh panas panas. Aku mengibas-ngibas wajah dengan kedua belah tangan sendiri.
"I should have known you would suffer from last night."
Aku mengangkat wajah. What? Abang Asy menyisip sedikit air oren dari gelasku dan aku tak sempat menghalang. Ciskek.
"Apa abang merepek ni? Cakap Melayu dah lah. I don't understand English."
Abang Asy mengangkat sebelah keningnya sebelum tersenyum sinis. Ops, baru perasan dengan ayat aku sebentar tadi.
Abang Asy bersandar pada kaunter dapur.
"So, did Adam came?"
Aku mengerutkan kening. Okay no wonder abang kenal Adam sebab abang himself was one of the DH Knights. Tapi macam mana abang Asy-
"Eh! Waalaikumussalam. Ya Allah, kenapa tak bagitahu nak datang." Kedengaran suara mama menyambut seseorang di muka pintu. Eh? Ada orang datang ke?
Abang Asy yang tadinya berhadapan denganku keluar ke ruang tamu. Mungkin nak tengok siapa datang. Aku pulak terus menyelinap ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan tudung.
Semasa aku nak melangkah turun tangga, aku terlihat bayangan seseorang yang memang familiar di tingkat bawah. Lahhh, Umi ke.
Aku terus melangkah laju untuk menyapa Umi. Lepastu, aku nampak Mia yang baru masuk ke dalam rumah kami. Nampak manis dia bertudung hari ni.
Aku baru mengangkat tangan untuk menyapa Mia saat aku ternampak dia. Ya, Adam. Adam masih tak perasan akan aku kerana dia sibuk melihat sekeliling rumah aku. Dan pandangan aku beralih pula kepada Arif yang tetiba muncul di sebelah Adam. Arif nampak aku. Dia tersengih sebelum turut mengangkat tapak tangannya ke arah aku.
Cepat-cepat aku turunkan tangan. What the heck is happening? Diorang ni anak Umi ke ape?
"Hah. Kat sini pun. Abang baru nak panggil tadi. Pergi salam Umi cepat," arah abang Asy yang tetiba muncul di hadapan aku.
"A.. abang. Adam, kenapa-"
"Oh.. dia anak Umi." Jawab abang Asy selamba, seolah-olah jawapan dia tu tak affect pape pun kat aku.
Aku mengecilkan mata, merenung tajam riwayat seorang abang di hadapan aku ni.
"What? You didn't ask me before." Abang Asy mengangkat bahu, acah innocent. What the fish?! The heck aku kena ask pasal tu pulak?
YOU ARE READING
Mr. Nobody
TeenfikceAryka Sofea. Secantik nama, secantik itu jugalah tuan empunya nama. Namun, adakah perangainya secantik itu jua? Hahahaha Menjadi seorang pengurus kepada pasukan bola sepak sekolahnya, banyak kontroversi yang perlu dilaluinya memandangkan ahli yang h...