"MATAHARI dah atas kepala baru pandai bangun?" sinis Dato Malek. Memang itu rutin hariannya apabila melihat kelibat Elyssa Hayyes.
"Dia buat kita macam orang gaji. Datang dapur bila lapar. Lepastu keluar ruamah ikut suka hati dia." Tambah Datin Farida pula.
Elyssa hanya pekakkan telinga. Sudah biasa dengan sindiran itu. Hari-hari dia akan hadap benda yang sama. Langsung tidak ubah dari kecil sampailah dia besar. Setiap jam, setiap minit, setiap saat ada saja sindirin yang akan keluar dari mulut mummy dan daddy. Dirinya hanya diam, diam dan diam.
"Kalau takde kelas rasanya petang baru pandai bangun. Lepastu keluar melepak tak ingat dunia sampai lewat malam. Kau buat rumah ni macam hotel kan? Ikut suka hati masuk, ikut suka hati keluar," perli dato Malek. Bukannya dia tidak tahu Elyssa selalu balik lewat malam sejak enam tahun yang lepas.
Elyssa bergegas keluar dari rumah. Malas dia nak mendengar perlian yang akan keluar dari mulut Dato Malek dan Datin Farida. Ada saja benda yang tak kena di mata mereka berdua.
"El! Tunggu aku. Aku nak tumpang," laung Dahlia Rose. Cepat-cepat dia turun tangga untuk mengejar langkah Elyssa.
Elyssa yang dengar laungan Dahlia senyum sinis. Makin laju langkahnya ke kereta. Malas dia nak tumpangkan Dahlia ke universiti walaupun mereka belajar di tempat yang sama. Enjin kereta Mini Cooper miliknya dihidupkan sebelum keretanya itu pergi meninggalkan perkarangan rumah.
Terlopong mulut Dahlia apabila ditinggalkan oleh Elyssa. Dahlia mendengus geram. "Kau tinggal aku, Elyssa."
"Kenapa tak pergi lagi ni, sayang?" tanya Datin Farida. Pelik dia lihat anak kesayangan berdiri tercegat di depan pintu rumah.
"Dahlia nak pergi dengan apa, mummy? Elyssa dah tinggalkan Dahlia." Muncung sahaja mulutnya mengadu kepada Datin Farida.
"Kamu tak cakap dengan dia ke yang kamu nak tumpang?"
"Dah. Tapi dia tinggal Dahlia macam tu aje mummy. Bukannya dia tak dengar," Geram Dahlia. Elyssa selalu pinggirkan dirinya. Kadang tu bila dia bercakap dengan Elyssa, selamba saja perempuan itu berlalu pergi.
Datin Farida mendengus. "Perempuan tu memang perangai kurang ajar. Dengan kakak sendiri pun berkira. Takpe, nanti mummy suruh Pak Samad hantar ye," pujuk mummy.
Dahlia hanya mengangguk. Lega hatinya dapat mengadu. Hubungan dia dan mummy sangat akrab, semua benda dia akan ceritakan kepada Datin Farida. Hanya mummy sahaja yang dapat buat hatinya tenang.
Senyuman yang cukup sinis terukir di bibir Elyssa. Dendamnya terhadap Dahlia akhirnya terbalas walaupun tidak setimpal. "Ingat aku ni driver kau, asyik nak tumpang aku. Dasar perempuan tak sedar diri."
Laju keretanya membelahi jalan raya. Stereng kereta di pegang kemas seperti ingin berlumba. Tiba-tiba ada kereta yang tidak tahu dari mana datang memotong keretanya dengan mengejut. Hampir dia melanggar kereta di hadapannya ketika itu.
"Kalau aku mati, sumpah aku hantui hidup kau," marah Elyssa.
Kereta itu laju pergi meninggalkan lebuh raya itu. Hilang terus dari pandangan Elyssa. "Nasib kau baik, mood aku okay sikit harini. Kalau tak, sampai lubang cacing aku kejar," bebel dia seorang diri.
Suasana di dalam kereta sunyi tanpa sebarang bunyi. Radio pun tidak terpasang lagi menambahkan kesepian. Akhirnya Elyssa memberhentikan keretanya di salah satu kedai yang berdekatan di universitinya.
Keluar saja dari perut kereta, dia berjalan menuju ke kedai makan yang ditujuinya. Selepas siap mengambil pesanan, dia mengambil tempat yang tersorok dari orang ramai. Sambil menunggu makanannya sampai, sempat dia membelek semua media sosial yang berada di dalam telefon miliknya.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...