PENING kepala Ian Darren selepas isterinya kantoi bawa pistol masuk pejabat. Kalau diikutkan tak boleh, tapi mereka terpaksa. Dia memandang isterinya yang berada di sofa biliknya itu.
"Macam mana boleh kantoi?" soal Ian.
"Kenapa setiap kali ada awak, saya akan kantoi walau macam mana pun saya sembunyi?" Elyssa membalas dengan persoalan.
Ian menepuk dahi. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Haih.
"Elyssa Hayyes, abang tanya ni. Boleh serius tak?"
"Abang nampak muka saya ni main-main ke?" Jari telunjuknya menunjukkan wajahnya.
Ian menggeleng.
"Pekerja abang lah! Suka hati langgar bahu saya, apalagi terjatuh lah saya. Lepastu pistol tu tercampak keluar," adu Elyssa. Sekarang dia dah pandai mengadu.
Geram pula bila tengok muka Mia tadi. Main langgar aje bahu dia. Nasib hari ini dia pakai kasut, kalau pakai tumit tinggi. Mahunya seliuh dia.
"Selagi mereka tak buka mulut, okaylah. Nanti sampai ke pengetahuan papa. Habis kita. Papa larang keras kita bawa senjata datang pejabat," ujar Ian. Tan Sri Isaac sudah pesan jangan bawa senjata di pejabat walaupun mereka terlibat dengan misi selepas kerja.
"Pukul berapa abang appointment?" soal Elyssa. Matanya melirik jam di dinding bilik Ian. Pukul 9. Masih awal lagi.
"Waktu lunch. Berry boleh tolong abang tak? Tolong tengokkan file ni, kalau ada salah tolong baiki. Sepatutnya Mia kena buat, tapi abang tak percayakan dia."
"File apa?"
"Ni haaa! Pasal kerjasama dengan syarikat DH. Sepatutnya dia melabur dekat hotel kita. Tapi, last minute dia tarik diri."
"Syarikat DH?" soal Elyssa. Dia kenal syarikat ni. Ni syarikat daddy, tapi sekarang Rose yang ambil alih. Jadi Ian akan berjumpa dengan Rose ke nanti? Mendung muka Elyssa, dia rindu keluarganya.
"Ya berry. Kenapa?"
"Itu syarikat daddy," perlahan sahaja suara itu.
"Tapi dengan siapa abang pergi jumpa nanti?"
"Abang pun tak tahu. Lupa pula nak tanya Najihah tadi." Ian menggaru kepalanya. Macam mana benda penting macam ni dia tak ambil cakna.
"El masuk bilik El dulu. Nanti dah siap, El suruh Najihah print tau," ujar Elyssa. Dia bangun dan keluar dari pejabat Ian.
Setiap langkah dia berjalan, dia rasa diperhatikan oleh orang yang berada disitu. Terasa janggal pula dia ingin berjalan. Tak suka menjadi pusat perhatian orang. Elyssa tahu mereka semua akan mula takut untuk berurusan dengan Elyssa, tapi dia tak kisah. Dia hanya menjeling sahaja sebelum pintu biliknya dibuka.
Punggung dilabuhkan di kerusi dan menghadap komputer. Tangannya laju menaip di papan kekunci. Matanya fokus dengan skrin komputer. Setiap perkataan dia perhatikan, takut ada typo dan nanti akan menyusahkan pihak sebelah untuk faham.
Kusyuk Elyssa buat kerja sampai tak perasan ada yang mengetuk pintu biliknya. Mia masuk tanpa keizinan Elyssa. Dia yang perasan ada yang masuk ke biliknya, mengangkat kepala. Kepala ditelengkan sedikit untuk melihat gerangan yang mauk ke dalam biliknya.
"Siapa bagi keizinan masuk bilik aku?" Tak jadi Mia ingin melangkah menuju ke meja Elyssa. Kaku dia berdiri di tengah bilik itu.
Jika tadi, dia sangat berani dengan perempuan bernama Elyssa Hayyes. Tapi sekarang tidak lagi selepas tahu perempuan di hadapannya buka calang-calang orang. Tangannya menggigil memegang proposal yang dibuat oleh dia.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AléatoireAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...