8

12.8K 636 4
                                        

SEKARANG mereka berada position persembunyian masing-masing. Alex, Adrian dan Midas berada di suatu tempat tinggi untuk senang mereka menembak musuh mereka dari jauh. Manakala Elyssa, Zarif dan Fahim berada disebalik pokok yang besar untuk siap sedia merempuh masuk ke dalam. Tapi kalini mereka perlu melakukan strategi yang bijak kerana 11 lawan 80 orang sangat mustahil dan musuh mereka pula bukan calang orang.

Rayyan dan Ian pula sedang mengintip musuh mereka untuk memberi strategi yang jelas kepada team mereka. Rayyan memberi isyarat kepada Alex, Adrian dan Midas untuk menembak beberapa orang yang berada diluar markas. Mereka bertiga menembak menggunakan sniper riffle dan meletakkan muffler untuk penyerap bunyi supaya musuh tidak tahu keberadaan mereka dan tidak tahu bahawa mereka sedang bertindak menumpaskan musuh.

"Alex, Midas, River! Sekarang!" ujar Rayyan.

Mereka bertiga bertindak dan menembak berpuluh orang musuh yang mengawal diluar tempat tersebut.

"Blackrose, Zarif, Red. Kau masuk dalam pergi bahagian atas. Ada dalam 23 orang. Korang boleh kan?" tanya Rayyan. 23 orang lawan tiga tidak terlalu bahaya tapi disebabkan hanya Blackrose sahaja perempuan, dia juga risau. Kerana dia tidak pernah melihat cara kerja Blackrose. Tapi dia tahu Blackrose bukan orang biasa.

Ian mendengar nama yang disebut oleh Rayyan tadi sedikit hairan. Rasanya dia tidak pernah mendengar nama itu. Tapi untuk bertanya sekarang, mereka bukan dalam situasi yang sesuai.

"Boleh Viper," jawab Zarif.

Mereka bertiga masuk menghendap senyap-senyap dan pergi ke bahagian atas seperti yang diarahkan oleh Rayyan.

"Sementara Blackrose, Red dan Zarif naik atas. Kau Dragon, Anne, Shawn pergi kat tempat mereka simpan semua dadah. Aku dan Wolf masuk dalam bahagian bawah." Rayyan bagi arahan.

"Okay noted!" jawab mereka bertiga serentak.

Ayden, Anne dan Shawn ke tempat yang mempunyai 1001 dadah. Pelbagai dadah yang berada dihadapan mereka sekarang.

"Kita nak buat apa dengan dadah ni?" tanya Ayden naif.

Anne dan Shawn berpandangan lalu menampar dahi diri sendiri. "Team kau dah bagus. Cekap. Pantas. Tapi kalau ada 100 orang berwatakan yang macam kau, aku rasa hancur Fire Eagle tu," bagitahu Shawn.

Adrian terdengar perbualan mereka melalui earpiece pun berkata "Kau jangan nak malukan nama team kita Dragon!" bisik Adrian. Takut musuh mendengar suara mereka.

"Diam laa kawan babi! Kau pun sama je. Dulu masa mula-mula masuk team ni, kau terkencing dalam seluar sebab kau takut harimau tu makan kau," balas Ayden.

Muka Adrian berubah merah. Bukan sebab marah tapi malu. Sudah lah team lain jugak berada dengan mereka. Macam itu je aib dia disebarkan. "Harimau kot! Memang lah takut."

"Masalahnya harimau tu buta. Mana nampak kau," bidas Ayden lagi.

Mereka yang lain mendengar pertelingkahan kecil itu tergelak. Haih, macam-macam.

"Fokus geng!" Rayyan bersuara.

Mereka semua pun bertindak seperti yang dirancangkan. Berpuluh-puluh musuh sudah tumpas kecuali hanya tinggal dua tiga orang sahaja lagi. Elyssa sedang berlawan dengan salah satu musuh mereka yang badan bersaiz besar. Tapi untuk Elyssa semuanya hanya kacang. Kerana dari segi cara lelaki itu berlawan sangat lemah jika dibandingkan dengan dirinya.

Semasa Elyssa sedang berlawan dengan lelaki berbadan besar itu, Zarif dan Fahim berlalu keluar dari markas untuk menyelesaikan hal dadah terbengkalai diluar sana. Jadi hanya tinggal Elyssa, Rayyan dan Ian sahaja didalam tempat itu.

Lelaki berbadan besar tadi berjaya ditumpaskan. Elyssa kebawah untuk memastikan tiada lagi musuh yang sedang berlegar ditempat itu. Tapi matanya tertangkap dengan satu susuk tubuh yang berjalan membelakangi dia. Dia mengekori lelaki itu secara diam. Apabila lelaki itu berpusing, dia cepat menyorok disebalik dinding.

Sejujurnya dia tidak nampak muka lelaki itu. Kerana lelaki itu memakai mask seperti dirinya. Tiba-tiba telefon lelaki itu berdering.

"Hmm," jawab lelaki itu.

"Aku sorang je kat sini. Semua dah mati. Nanti aku datang," kata lelaki itu lagi.

Dia pasti lelaki itu merupakan musuh mereka. Dia kena hapuskan lelaki itu sebelum lelaki itu bertindak. Tapi Elyssa seakan pernah mendengar suara itu. Tapi dimana.

Elyssa sekali lagi mengintai lelaki itu. Tapi lelaki itu hilang dari pandangan.

"Are you looking for me?" kata lelaki itu dingin. Lelaki itu betul-betul berada dibelakangnya.

Elyssa meneguk air liur. Dia tak pernah kantoi. Tapi kenapa kalini dia kantoi.

Elyssa berpusing dan mengangkat kakinya untuk menyepak leher lelaki itu. Tapi dengan cekap lelaki itu memegang kaki Elyssa dan menolak Elyssa jatuh dan terhentak ke lantai. Elyssa bangun dan menyerang lelaki itu, tapi lelaki itu mengelak dan elak. Langsung dia tidak menyerang Elyssa. Elyssa sedikit mengah kerana lelaki itu sedikit pun tidak menyerangnya malah membuatkan Elyssa yang menyerangnya bertubi-tubi.

Elyssa cuba membuat sepakan tapi lelaki itu pantas menepis dan menarik topi Elyssa. Rambut yang disembunyikan oleh Elyssa akhirnya ternampak.

"Girl huh?" kata lelaki itu dan menarik rambut Elyssa kuat.

Elyssa cuba melepaskan pegangan lelaki itu dirambutya dan berjaya! Dia mengeluarkan glock 19 dan pistolnya tepat berada di kepala lelaki itu dan lelaki itu membuat perkara yang sama terhadap Elyssa.

Mereka bertentangan mata.

Dingin.

'His eyes like someone I know,' monolog Elyssa,

Rayyan yang mencari kelibat Ian dari tadi ternampak dua orang yang sedang mengarahkan pistol kearah satu sama lain,

Elyssa menarik picu dan ingin menembak lelaki dihadapannya. Lelaki itu membuat perkara yang sama.

"If you kill me, I will kill you too," ujar lelaki itu dingin dan tegas.

"I don't care. Then, we die together," balas Elyssa.

"Wait! Don't shoot!" Jerit Rayyan dan berlari kearah mereka berdua.

Mereka berdua memandang kearah Rayyan yang sedang berlari kearah mereka dengan pandangan panik.

"Ian! She's our team. Blackrose, he's our team." Mereka berdua berpandangan dan menjatuhkan pistol yang berada dikepala antara satu sama lain tadi.

"Kau tak cakap kat aku yang kita ada orang baru. Kau cakap kita dengan Visionaries je." Ian memandang Rayyan dengan pandangan keliru.

"Ye, memang lah. Dia salah seorang dari Visionaries." Rayyan memberi isyarat kepada Elyssa untuk mengenalkan dirinya.

Elyssa membuka masknya "Aku Elyssa Hayyes. Dorang panggil aku Blackrose."

Ian turut mengenalkan diri dan membuka mask. "Aku Ian Darren. Dorang panggil aku wolf."

Elyssa terpegun. Patut dia macam pernah dengar suara lelaki itu. Bau wood sage and sea salt cologne dan mata lelaki itu.

That's him.

tbc...

Jangan lupa vote and comment :)

Btw thankyou yang sudi baca cerita ni dan support karya sis. Thankyou jugak yang letak this book dalam your library (private) & reading list <3

Kalau ada apa-apa yang korang nak recommend atau nak bagi idea. Sorry kalau banyak typo dan kesalahan tatabahasa.  Jangan risau cerita ni light story je. InShaaAllah. 

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang