SAMPAI sahaja di hospital, Elyssa dikejarkan ke kecemasan. Keluarga Ian dan Elyssa juga turut berada di hospital tersebut.
Perasaan bersalah dalam dirinya semakin bertambah apabila melihat muka Puan Sri Ilyana. Mama sangat sayangkan Elyssa dan sanggup buat apa saja demi Elyssa. Sekarang Elyssa terlantar di kecemasan.
"Bagitahu mama, apa yang jadi ni along?" soal Puan Sri Ilyana. Badan Ian digoyang-goyangkan.
Terkejut dia apabila dapat panggilan dari anak perempuannya yang Elyssa dikejarkan di wad kecemasan. Terus dia dan suaminya menuju ke hospital.
Ian hanya diam. Tak tahu macam mana dia nak jawab pertanyaan mama. Ini semua salah dirinya. Kalau dia halang Elyssa dari pergi berjumpa dengan kawan-kawannya semua ini takkan jadi.
"Rayyan, bagitahu aunty kenapa dengan Elyssa?" Kalini dia bertanya kepada Rayyan.
Tapi Rayyan pun hanya diam tak berkata. Rania yang juga turut berada disitu hanya diam menanti Elyssa. Walaupun dia tak berapa rapat dengan Elyssa, tapi dia yakin Elyssa seorang yang baik. Sampai Ian sanggup kejar cinta Elyssa.
Ian mundar mandir berjalan menunggu doktor keluar dari bilik itu. Hatinya tak tenang. Hatinya sakit melihat isterinya seperti tidak bernyawa. Setitis demi setitis air matanya turun, hatinya hancur ketika ini.
Tan Sri Isaac yang perasan anak lelakinya menangis, mengusap belakang badan Ian untuk menyalurkan kekuatan dan semangat kerana Ian tersangat lemah ketika ini.
"Papa yakin, Elyssa kuat. Kita doakan ye," ujar Tan Sri Isaac Adam.
Datin Farida dan Dato Malek hanya diam sahaja menanti Elyssa. Perasaan bersalah dihatinya melayan Elyssa seperti bukan anak mereka mula menebal di hati. Mereka mengeluh perlahan.
Ian berlutut di depan Datin Farida dan Dato Malek. Kedua tangan orang tua itu dia capai. "Ian minta maaf sebab tak mampu jaga anak mummy dan daddy dengan baik. Kalau Ian halang dia keluar, semua ni takkan jadi. Ian minta maaf."
"Ian minta maaf sebab gagal lindung Elyssa. Ian betul-betul minta maaf." Tersedu-sedu Ian menangis. Air mata jantannya jatuh ke pipinya dengan banyak.
Irene memandang abangnya penuh dengan simpati. Ian jarang menangis dan ini kali pertama dia melihat abangnya menangis disebabkan Elyssa. Elyssa Hayyes betul-betul cinta mati untuk Ian Darren.
Dato Malek menghembuskan nafas. "Ini bukan salah kamu, nak. Daddy patutnya minta maaf dan daddy bersyukur kamu sanggup jaga dan lindung Elyssa. Kami tak pernah berikan kasih sayang sepatutnya kepada dia. Terima kasih sanggup jadi suami yang baik untuk anak kami," ujar Dato Malek. Ubun-ubun Ian diusap-usap, dia faham perasaan Ian. Dia pernah berada di situasi itu ketikan anak sulungnya sudah tiada.
"Aku tahu kau kuat, Ian. Kalau kau lemah, Elyssa lagi lemah," ujar Rayyan pula. Sakit dadanya menahan sebak.
"Kalau aku awal, mesti isteri aku tak jadi macam tu. Ini semua salah aku." Terhenjut-henjut bahunya menangis.
"Bukan salah kau, Ian. Semua ni terjadi diluar kawalan kita," pujuk Rayyan lagi.
"Hati aku sakit. Sakit tengok isteri aku macam tu. Tolong selamatkan isteri aku. Aku tak boleh hidup tanpa dia."
"Aku yakin Haris akan selamatkan isteri kau." Bahu Ian ditepuk perlahan.
Lama mereka menunggu di luar bilik kecemasan itu. Masih tiada tanda tanda doktor atau jururawat keluar dari bilik itu.
Ian sudah tersandar lemah di dinding. Mukanya sudah basah dipenuhi dengan air mata.
Tiba-tiba pintu wad kecemasan dibuka, seorang jururawat keluar dari bilik itu dan berlari mengambil peralatan dan masuk balik ke dalam bilik itu. Berlari-lari jururawat keluar masuk ke dalam wad kecemasan.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
De TodoAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...