PINTU bilik pejabat Ian dibuka dan kerusi di hadapan Ian, dia duduk. Elyssa memandang Ian yang kusyuk dengan kerja.
"Abang," panggil Elyssa. Tangan Ian yang sibuk menyemak kertas kerja digoyang perlahan.
"Yes, berry," jawab Ian. Tapi mata langsung tak berkalih dari kertas kerja itu.
"Pandanglah El. El ada benda nak cakap ni."
Ian yang dari tadi fokus menghadap kertas kerja, serta merta memandang Elyssa. Direnung saja muka Elyssa seperti ingin menceritakan sesuatu.
"El dapat mesej lagi dari orang itu lagi. Tapi, gambar yang El jumpa dengan shadow tadi." Mesej yang dia dapat tadi ditunjukkan kepada Ian.
Nasib gambar itu hanya nampak tangan Firash sahaja, jadi Ian takkan perasan itu Firash.
Ian mengambil telefon milik Elyssa, gambar itu dia perhatikan. Ian meletakkan telefon di atas meja.
"Macam mana ni? Kita sendiri tak tahu apa tindakan dia lepasni." Rasa nak menangis dia. Elyssa takut kalau dia akan kehilangan Ian.
Kalau dulu Elyssa tiada kelemahan. Sekarang kelemahan Elyssa Hayyes ialah Ian Darren. Lelaki yang dah berjaya merebut hati dia.
Kalau dulu dia tak kisah dengan mesej itu semua, sekarang dia kisah. Sebab dia dah mula jatuh suka dekat suami sendiri.
Ian meramas rambutnya. Sumpah dia pun tengah serabut sekarang ni. "Apa masalah dia lagi? Apa yang dia nak?"
Tiba-tiba telefon Elyssa berbunyi.
Mereka berdua berpandangan. Unknown number tertera di skrin telefon itu.
"Angkat. Loud speaker," arah Ian. Ian mencapai telefon isterinya sebelum diberikan kepada Elyssa,
Tanpa berlengah, panggilan itu diangkat oleh Elyssa. "Hello?"
"Elyssa Hayyes," panggil orang yang berada disebalik panggilan itu.
Mereka langsung tidak dapat mengecam empunya suara kerana itu suara robot. Ian berdecit perlahan. Orang itu bijak menyembunyikan diri.
"Apa kau nak?" keras suara Elyssa bertanya.
Ian setia mendengar perbualan Elyssa dan orang itu. Langsung dia tidak menyapuk. Sesekali matanya merenung luar bangunan jika ada orang yang mencurigakan.
"Aku nak kau bercerai dengan Ian Darren. Aku dah bagi kau warning, tapi kau buat tak tahu aje dengan warning aku," dengus orang itu. Sakit hati dia, bila semua amaran yang dia bagi. Langsung tak memberi impak kepada Elyssa.
"In you dreams, bitch! Langkah mayat aku dulu!" jerkah Elyssa dengan muka tegang. Matanya tajam menikam mata Ian Darren yang berhadapan dengannya. Tangannya dikepal kuat.
Orang di sana gelak sinis. "Kau takkan tahu maut apa yang akan menimpa kau nanti, Elyssa. Good luck!" Panggilan pun ditutup.
Elyssa membaling telefonnya ke dinding. Sakit hati dia bila orang itu suka hati suruh Elyssa bercerai dengan Ian. Kepalanya dihantuk ke meja.
"Berry, abang baru belikan telefon tu untuk sayang." Ian menepuk dahi. Baran isteri dia tak boleh buat main. Habis barang yang ada dihadapannya akan dibaling.
"Siapa dia, abang?" lemah saja suara itu.
"Abang takkan ceraikan saya kan?"
"Awak dah janji awak takkan ceraikan saya walaupun apa yang terjadi."
Ian bangun dari duduknya. Dia mendekati isterinya lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Elyssa. "Abang takkan ceraikan berry. You're my one true love, the only person I want to be with for eternity. You are my one and only heartbeat." Lantas tubuh Elyssa dipeluk erat.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
AléatoireAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
