SELESAI majlis perletakkan jawatan dan pertabalan CEO baru, Tan Sri Isaac dan Puan Sri Ilyana langsung pulang ke rumah. Manakala Ian dan Elyssa terus masuk pejabat untuk bekerja. Elyssa termenung sendiri, dunia terlalu laju untuk dia atau dia bergerak dengan perlahan.
Elyssa belum hantar lagi perletakkan jawatan di Virtusos dan team dia masih belum tahu kemungkinan Elyssa takkan berkerja lagi di bawah Virtuosos. Dia mengeluh perlahan. Serabut betul otak dia.
Sekarang mereka berada di pejabat Ian Darren.
"Kenapa ni berry?" Nampak macam banyak masalah betul isteri dia.
"Saya rasa macam terlalu cepat lah untuk saya pegang jawatan ni. Saya tak hantar lagi surat perletakkan jawatan di Virtuosos." Kepala dia hantukkan di meja.
"Kenapa nak hantar surat perletakkan jawatan? Sayang boleh kerja sana as part time macam papa sarankan."
"Tapi El buat dua kerja lah abang. El kerja kat HQ juga kat sana. Lepastu, El berhenti tiba-tiba tak ke sakit jantung orang tua tu nak cari pengganti baru." Makin kuat kepalanya dihentakkan di meja.
Ian meletakkan tangannya di meja untuk menghalang isterinya menghantukkan kepala di meja. Dia pula terasa sakit bila tengok isteri dia macam tu.
"Abang jangan buat baik lagi dengan El." Tangan Ian yang menghalang kepala dia tadi ditolak.
"Kenapa?" Bertaut kedua kening Ian.
"Saya merajuk lagi dengan abang tau!" Kedua tangannya bercekak pinggang.
Elyssa bangun dan melangkah keluar dari bilik Ian dan menuju ke bilik dia yang bersebelahan bilik Ian sahaja.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di pejabat miliknya. Kepala diletakkan di atas meja sambil mengetuk meja menggunakan pen. Dia tak tahu nak buat apa sekarang.
Penat betul jadi isteri Ian Darren walaupun dia bukan buat kerja sangat. Nak kata dia lakukan tanggungjawab sebagai isteri, semestinta tidak. Semua suami dia yang buat. Rumah, suami dia yang kemas. Suami dia yang masak. Baju pun suami dia yang basuh. Kerja dia hanya goyang kaki sahaja dirumah.
Dia penat layan perangai Ian Darren yang suka usik dia. Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin dia kena usik di Ian. Rumah selalu bising disebabkan mulut Elyssa yang suka menjerit.
"Kau buat kerja ke tak ni?!" jerit Ian.
Terhinjut bahu Elyssa mendengar jerkahan suaminya memarahi pekerja. "Baru hari pertama dah marah orang ke?"
Elyssa melangkah keluar untuk mengintai. Bukan selalu dia dapat lihat suami dia tengah marah orang. Baru satu tapak kaki keluar dari bilik, berdesut pekerja yang lain berlari untuk duduk di tempat masing-masing.
"Takut aku mengadu dekat CEO baru dia lah tu," kata Elyssa perlahan. Elyssa berdecit.
Dia bersandar di tepi pintu bilik Ian. Dia mengintai sikit untuk melihat pekerja mana yang kena marah. Dia gelak sini bila pekerja yang kena marah itu ialah perempuan yang tergedik nak goda suaminya tadi.
"Sebelum ni kau tak urus ke kerjasama dengan syarikat DH? Apa yang kau buat selama ni? Kalau macam ini lah cara kerja kau baik kau berhenti aje kerja. Hari pertama dah menyusahkan aku." File itu dihempas ke meja.
Perempuan berambut pendek tu hanya diam dan menunduk memandang lantai. Bukan dia tak cuba, dia dah cba menghubungi syarikat DH. Tapi syarikat itu selalu menolah untuk bekerjasama dengan I's Legacy.
"Aku nak kau buat appointment dengan syarikat ni. Biar aku sendiri yang turun. Keluar sekarang!" Halau Ian.
Mia mengambil file di atas meja Ian dan berlalu keluar dari bilik Ian. Terkejut dia bila Elyssa sedang bersandar di tepi dinding bilik Ian.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...