7

11.2K 503 7
                                    

Elyssa berlalu memasuki Virtuosos. Dia lupa dia ada misi untuk malam ini. Ini semua gara-gara dia bergaduh dengan keluarganya. Tidur sampai lupa nak datang meeting petang tadi. Sedar-sedar dah pukul 7 petang. Manakala telefonnya dalam keadaan silent. Memang banyak miscall dari teamnya.

"Sorry aku lambat untuk kali kedua," ujar Elyssa menggaru kepalanya. Dia sedar dia salah. Dia tak pernah alpa sebelum ini. Tapi sejak dia kembali ke teamnya. Dia mudah lupa pulak dia dah kembali dalam Visionaries.

"Cepat bersiap. Nanti aku bagitahu apa yang patut. Pastikan pakaian kau sesuai dengan misi kalini," kata Alex yang tengah menyusun peralatan dan senjata api yang perlu dibawa.

"Pakai mask. Tutup muka kau. Musuh kita kalini agak berbahaya."

Elyssa mengangguk kepalanya lalu ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya. Dia menggayakan tuttleneck hitam, cargo pants berwarna hitam. Rambut yang panjang mengurai diikat kemas dan mengenakan topi berlambang rose dikepalanya. Mask dipakai untuk menutup mukanya. Hanya menampakkan mata yang berwarna hazel.

"Kau nak pergi misi ke nak pergi mana ni El?" tanya Anne yang sedang memerhati Elyssa dari menukar pakaiannya sampai Elyssa bersiap sepenuhnya.

Mata Elyssa menikam tajam melihat Anne.

"Wooo wooo! Rileks! Aku tanya je. Cara pemakaian kau sesuai dengan kau. Aku takut musuh kita jatuh suka kat kau je nanti," sambung Anne lagi sambil tersengeh.

Elyssa hanya menjeling. Malas dia hendak melayan Anne.

Shawn, Midas, Alex dan Zarif bergegas ke kereta menyimpan barangan yang hendak dibawa ke dalam kereta Range Rover Sport SVR. Mereka perlu cepat sampai ke destinasi sebelum pihak musuh melintas sempadan.

"Diorang dah gerak. Cepat!" jerit Shawn.

"Wait! What do you mean by "diorang"? tanya Elyssa terpinga-pinga. Bukankah hanya Visionaries sahaja akan berlawan dengan pihak musuh kalini? Ada team lain dari Virtuosos yang serta jugak ke?

"Alex tak bagitahu kau ke?" tanya Midas lalu memandang Alex.

Elyssa menggeleng kepalanya.

Alex menatap Elyssa dan memegang kedua-dua bahu Elyssa.

"Don't touch me." Elyssa menepis tangan Alex.

"Okay. Sorry. Macam ni, masa kau takde selama 4 tahun. Selain team Mavericks, team kita pun perlu jalankan misi. Bukan semua misi kena bagi kat Mavericks. Mereka tak cukup tangan nak handle semua misi. Jadi pihak atasan hantar team kita untuk lawan. Tapi disebabkan kau takde, dorang minta pertolongan dengan Fire Eagle," terang Alex.

"Fire Eagle?"

"Yup. Fire Eagle macam kita jugak. Cuma dorang bukan bawah syarikat yang tersedia ada. Dorang hanya bergerak secara solo yang diketuai Rayyan Vicenzo. Kita pernah bergabung dengan Fire Eagle untuk kes penyeludupan senjata api pada tahun lalu. Kes tu besar, kami tak boleh nak kendalikan sendiri. Jadi dengan bantuan Fire Eagle, kitorang dapat banteras penjahat tu. Jadi misi kalini pun Fire Eagle sertai kita. Nanti kita jumpa dorang." Sambung Alex lagi.

Dia tahu Elyssa seorang yang susah untuk bergabung dengan team yang lain. Tapi kalini dengan arahan pihak atasan, mereka harus lakukan misi kalini bersama Fire Eagle. Musuhnya kalini bukan calang-calang orang. Jadi agak merbahaya jika hanya mereka sahaja yang menyertai.

Tidak dinafikan kumpulan mereka cekap dan pantas dalam melakukan misi. Tapi kecekapan dan kepantasan yang tepat hanya Elyssa Hayyes. Elyssa Hayyes jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan bereka berlima. Jadi tidak mudah untuk mereka menjatuhkan musuh hanya kepantasan dan kecekapan Elyssa. Mereka memerlukan bantuan Fire Eagle yang jauh lebih hebat dari team mereka. 

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now