19

12.3K 573 15
                                        

MEREKA memandang antara satu sama lain. Mata saling menikam tajam. Suasana di bilik itu terlampau dingin.

"Kalau kau rasa dengan tenung aku macam tu dapat ubah fikiran aku, jawapannya tidak." Ian bangun dari tempatnya dan berjalan ke arah Elyssa.

"Tapi, kalau kau nak juga. Apa kata kita berlawan? Kau kalah, aku ajar kau. Kalau aku kalah, kau boleh pilih orang yang akan ajarkan kau. Deal?" Kaki Ian masih lagi melangkah mendekati Elyssa. Setapak demi setapak.

Elyssa hanya statik di tempatnya. Tiada rasa nak berundur. Kalau dia melangkah ke belakang, nampak sangat dia kalah.

"Deal!" Tipu jika dirinya tidak takut dengan perlawanan ini. Jika dibandingkan dirinya dengan Ian. Ian jauh lebih hebat. Tengok lah pada hari dia hampir membunuh Ian. Lelaki itu cekap mengelak setiap sepakan yang diberi.

Tapi disebabkan dirinya terasa tercabar dengan Ian, dia cuba memberanikan diri untuk berlawan walaupun dia tahu hakikatnya dia akan kalah. Kalah dalam perlawanan itu adat, berbanding kalah sebelum bertanding.

"Okay jom! Kita ke gelanggang ye berry sayang," kata Ian berlagak budiman. Elyssa hanya menjeling.

Mereka berdua menukar pakaian yang sesuai untuk bertanding. Ian hanya menyarung seluar pendek di bawah lutut tanpa memakai baju. Elyssa pula mengenakan seluar legging hitam dan sport bra. Rambut di gayakan messy bun.

Mereka semua yang kusyuk berlatih terus memandang ke arah mereka berdua yang sedang masuk gelanggang. Mereka semua bersilih ganti memandang antara satu sama lain. Tapi, tanpa mereka sedar Mavericks juga sedang melangkah ke tempat itu.

Ian melangkah mendekati Elyssa, "Lepas kahwin dengan aku, aku haramkan kau pakai macam ni depan bukan mahram," bisik Ian keras.

"Kalau kau rasa aku akan kahwin dengan kau. Kau silap. Benda tu takkan terjadi."

"Kau tak rasa ke lelaki lawan perempuan, lelaki akan menang?" bisik Adrian.

"Aku pun rasa macam tu. Aku taruh Rm5000 yang Ian akan menang," jawab Ayden yang memerhati Ian dan Elyssa seolah sedang berbisik.

"Bodoh kau ni. Aku pun taruh Ian juga! Tanak lah macam tu. Kita dah tahu siapa menang," marah Adrian.

Fahim dan Rayyan menggelengkan kepala. Penat juga nak melayan dua ekor beruk. Tak pernah nak serius.

Mereka berdua meregangkan badan seolah memanaskan badan sebelum berlawan. "Well, lady first," sinis Ian.

Elyssa yang menahan geram dengan tingkah Ian, dia mara ke hadapan. Kakinya ingin menyepak kepala Ian, tapi Ian pantas mengelak. Satu pukulan yang kuat singgah di badan Ian. Ian mengeris kesakitan.

"You should expect that, Ian Darren." Sinis Elyssa berkata. Ian yang menahan sakit tadi tergelak sinis. Tidak sangka perempuan di hadapannya ini berubah menjadi seorang yang cukup hebat apabila di gelanggang.

"If you think, you win right now. You wrong Elyssa. Sebab aku masih mampu nak lawan kau." Ian bangun dari baringnya dan berdiri dalam posisi bersedia untuk melawan Elyssa.

Elyssa yang tadi memerhati Ian sedang bangun, berlari ke arah Ian dan menyepak kepala Ian. Tepat. Ian jatuh lagi. Elyssa tersenyum sinis. Perut Ian disepak oleh Elyssa.

"Errghhh...." Ian memegang perut yang disepak oleh Elyssa.

Takkan dengan mudah itu dia akan dikalahkan oleh Elyssa. Tidak. Dia tidak mengeluarkan lagi semua skill. Dia cuba untuk membuat Elyssa letih.

"Kau rasa Elyssa akan menang ke?" Anne yang memerhati tadi bersuara. Mereka semua hanya mengangkat bahu.

Elyssa menyerang bertubi-tubi manakala Ian hanya mempertahankan diri. MElekat satu penumbuk di rahang Ian. Berdarah bibirnya.

"Not bad," ujar Ian. "As expected. Kau bagus," sambung Ian lagi.

Ian meludahkan air liur bercampur darah. "Now, it's my time!" Ian bertindak menyerang Elyssa.

Pergerakan Elyssa dah mula perlahan kerana menyerang Ian tidak henti. Kadang-kadang tumbukan dan sepakannya terkena pada wajah Elyssa.

Elyssa yang sedia lemah mula jatuh. Ian yang ingin sambung menyerang terus berlari ke arah Elyssa. "I'm sorry berry. Kau dah kalah."

Elyssa memejamkan mata. Dia penat. Tubuh badan sakit. Dia bukan lawan Ian Darren. Lelaki itu pandai mengawal setiap pergerakkan. Dia akui, dia kalah.

"Aku tak sangka perempuan sehebat Blackrose dapat dikalahkan!" sinis Luna bersuara.

Elyssa berpaling ke arah suara itu. "Kau nak apa?" soal Elyssa dengan riak meluat. Dia malas mahu melayani karenah Luna. Naik menyampah apabila perempuan itu tidak sudah ingin bergaduh dengannya.

"Takdelah. Aku ingat kau ni hebat lah sangat. Alih-alih kalah dengan lelaki tu."

"Aku tak pernah cakap aku hebat. Tapi cukup lah untuk kalahkan team kau."

Luna mengetap giginya. Dia mati kata untuk menyerang Elyssa. Kalau ikutkan hati memang bertumbuk dia kat sini.

"Perempuan tu siapa?" bisik Ayden.

"Itu team sebelah. Dia suka ganggu Elyssa. Elyssa kena gantung kerja pun sebab perempuan tu," jawab Anne.

"Ohh spesis lalat rupanya."

"Ian!" panggil Ayden kuat. Sengaja.

"Kau tak bau busuk ke? Banyak lalat sebab bau tu kuat sangat," kata Ayden lagi. Ian mengerut kening. Dia tidak faham.

"Haah laa! Aku pun nampak lalat besar tu," sambung Zarif. Dia tahu maksud Ayden. Takpe, kalau Ian tak faham. Biar dia sambung dialog Ian.

"Lalat sekarang dah pandai. Makeup tebal lima inci. Lepastu, mulut suka buat cerita. Seram," sambung Adrian. Saje nak sakitkan hati Luna.

Elyssa yang terbaring di gelanggang itu tergelak. Muka Ian blur habis. Tak faham situasi.

"Aku rasakan, kalau lalat tu ada depan aku. Aku dah bunuh pakai pisau. Best sikit. Aku nak cabut satu-satu. Kaki, tangan. Lidah dia aku nak gunting, biar tak boleh bercakap. Tapi lalat ada lidah ke?" polos Adrian bertanya.

Luna yang dengar percakapan mereka terus keluar dari dewan tersebut. Kalau Elyssa pun dia tak mampu nak berlawan mulut, apatah lagi geng baru Elyssa. Muka mereka semua dingin mengalahkan ais kutub utara.

"Ian Darren, Elyssa Hayyes! Apa korang fikir, korang buat huh? Sorang dah berdarah, sorang lebam sana sini. Aku suruh berlatih bukan bertumbuk dalam gelanggang!" marah Rayyah. Penat nak hadap Ian dan Elyssa. Bergaduh tak habis.

"Esok sharp pukul 10 pagi datang markas aku! Kita berlatih kat sana," ujar Rayyan lagi.

Elyssa yang terbaring tadi bangun ingin menuju ke bilik. "Well besitos, I'm win! Harini aku malas nak ajar kau. Cuma siap sedia fizikal mental untuk esok. Jangan harap aku akan berlembut dengan kau." Ian melangkah menuju ke arah Alex dan Midas yang sambung latihan tergendala tadi.

"Sekarang kau bangga ke dapat kalahkan perempuan bro?" Fahim bersuara.

"Kalau kau nak cakap aku tak gentleman aku tak kisah. Janji dia dengan aku, bukan dengan kau!"

"Eleh cemburu lah tu Elyssa nak suruh aku ajar dia bukan kau. Kahwin pun belum sibuk nak kawal perempuan tu. Entah kahwin nanti, perempuan tu duk tepi aku pun kau tuduh aku ada scandal dengan bini kau!" setepek Fahim bagi.

Ian menjeling. Malas dia duduk di sini. Lagi banyak dia kena dengan Fahim nanti. Baik dia blah pergi ke Rayyan. 


tbc...

Don't forget to vote and comment for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang