IAN membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa ada satu tubuh yang tak terganjak dari badannya dari semalam. Baru dia ingat dia menarik Elyssa untuk tidur di atas badannya. Sedikit pun isterinya tidak bergerak, nampaklah betapa selesa tidur di atas badan suaminya. Ubun-ubun Elyssa dikucup lama. Semakin lama, semakin membuak cintanya terhadap Elyssa.
"After this, let's share the pain together. If it's shared, it will hurt a little less." Pipi Elyssa diusap dengan penuh kasih.
"I will. Because you're my husband," ujar Elyssa yang sudah bangun dari tidur. Dia mulai sedar dia sudah jatuh cinta terhadap suaminya sendiri namun dia tidak berani untuk meluahkannya. Dia takut. Takut bila hatinya mula menyayangi seseorang, mereka akan pergi dari hidupnya.
"Sayang dah bangun?" tanya Ian selepas mendengar suara isterinya.
"Dah," jawab Elyssa sepatah.
Ian memeluk erat Elyssa seperti tidak mahu lepaskan. "Awak, bangunlah. Kita dah lambat nak subuh." Perlahan sahaja suara Elyssa berbunyi.
"Tettt... Wrong answer."
Elyssa mengerutkan kening. "Apa yang wrong answer? Kita dah lambat tau." Elyssa meronta untuk dilepaskan. Sesekali lengan suaminya dipukul. Pagi-pagi dah cari gaduh.
"Semalam sayang janji apa dengan abang?"
"Saya tak janji apa-apa pun."
"Ada. Cuba ingat balik."
Elyssa cuba mengingatkan balik apa yang terjadi semalam. Puas dia fikir, tapi dia tak ingat apa-apa.
"El takde janji apa-apa pun dengan awak."
"Tett... Tett... Wrong answer again." Ian makin mengeratkan pelukannya.
Elyssa mengecilkan mata melihat suaminya. Ian suka main-main dengan dia. Kalau sweet, dia boleh kena diabetes. Kalau datang perangai menyakat dia, boleh bawa stress.
"Kan sayang dah janji nak panggil abang, abang." Ian pura-pura merajuk.
"Tak payah nak merajuk sangat. Sedar sikit diri tu dah tua. Saya takde janji pun dengan awak nak panggil awak dengan panggilan tu," jawab Elyssa.
Ian membulatkan matanya apabila Elyssa kata dia tua. "Hello my princess berry. We are only two years apart, you know?" Suka hati cakap dia tua. Padahal dia baru umur 26 tahun.
"Well, still older than me."
"Then, you should call me 'abang' because I'm older than you, right?" Masih lagi ingin menangkan dirinya.
"Nak pergi majlis kahwin 'abang Hayder' awak tu ke tak?" tanya Ian dengan penuh jengkel. Benci betul bila Hayder boleh Elyssa panggil abang. Takkan suami sendiri tak boleh.
"Kenapa suara awak macam tu? Macam menyampah aje."
"Dah lah. Awak pergi lah sorang-sorang Elyssa. Abang nak pergi cari orang yang boleh panggil abang, abang. Nak harap awak, kiamat belum tentu panggil," rajuk Ian. Pelukan Elyssa tadi dilepaskan.
Elyssa yang mendengar pernyataan keluar dari mulut suaminya, terus dicubit perut Ian.
"Aarrgghh!!! S-sakit sayang!" Ian menyeringai sakit. Rasa nak tercabut isi perut.
"Baru kahwin dua minggu dah gatal nak cari perempuan lain! Cuba lah kalau berani. Bukan setakat kepala perempuan tu hilang, dengan kepala awak sekali hilang." Makin kuat Elyssa memulas cubitan.
"T-tak tak. A-abang gurau je sayang. Lepas please," rayu Ian. Mukanya dah berkerut tahan sakit. Kena tembak tak sakit macam ni.
"Awak bukan boleh percaya."
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
De TodoAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
