38

11.4K 539 24
                                    

SUDAH banyak kedai mereka berdua pergi, kebanyakkan semua sudah habis stok. Kalau ada pun, kena datang esok. Pusing punya pusing, tetap tak jumpa kedai. Elyssa dah murung sebab tak jumpa makanan yang dia inginkan.

Ian memandang Elyssa, muka isterinya pucat sebab tak makan. "Kita beli benda lain boleh? Esok kita cari lagi," pujuk Ian.

"Taknak! Saya nak malam ni juga! Kalau tak beli, saya taknak duduk dengan awak dah," geram Elyssa. Dia betul-betul teringin nak makan lamb chop. Ini semua salah mimpi tadi.

"Okay okay. Kita cari ye. Ada satu kedai lagi kita tak pergi. Kita cuba tengok sana ye?"

Elyssa mengangguk. Dia bukan nak mengada tapi bukan selalu menyusahkan suami dia. Dia memandang Ian, muka suaminya nampak letih. Rasa bersalah bersarang di hati.

"Kita balik jelah," perlahan suara Elyssa.

Ian terus memandang Elyssa. Takkan isteri dia merajuk. "Eh? Tadi cakap nak makan. Kita pergi cari kat kedai yang tu dulu."

"Tak payah. Kita balik je."

"Kenapa nak balik? Tadi bukan ke nak makan? Sayang tak makan apa-apa lagi ni. Hmm?" Kepala Elyssa diusap.

"Awak nampak letih. Saya takut awak penat layan saya." Elyssa hanya menunduk ke bawah memandang jari. Dia takut nanti Ian marah sebab menyusahkan dirinya, kalau mummy daddy selalu marah dia kalau dia menginginkan sesuatu.

"No. Abang tak pernah penat layan sayang. Sayang nak apa, abang rela pergi cari. Janji sayang bahagia. Tengok sayang bahagia, apa pun bahagia. Abang taknak sayang nangis lagi. Abang tahu, sayang selalu nangis belakang abang kan? Kenapa? Takut abang cakap diri awak lemah? Tak macam yang abang selalu kenal? Macam tu?" tanya Ian lembut.

Elyssa hanya mengangguk. Semua tepat apa yang dikatakan oleh Ian.

Ian mengambil tangan Elyssa dan diletakkan di pahanya. Dia mengusap tangan Elyssa dan mencium tangan isterinya. "Abang tak pernah anggap sayang lemah. Abang tahu sayang kuat, sebabtu sayang dapat bertahan sampai sekarang. So lepasni, kalau sedih cari abang. I'm all ears."

Berkaca mata Elyssa mendengar setiap bait yang keluar daripa mulut suaminya. Digenggam kuat tangan suaminya seolah ingin mendapatkan kekuatan. Hatinya sudah dapat menerima kehadiran Ian dalam kehidupannya sedikit sebanyak. Cuma dia terlampau ego untuk mengaku.

"Dah sampai. Sayang tunggu sini jap. Biar abang pergi tanya dulu." Ian melepaskan tangan Elyssa dan keluar dari perut kereta. Elyssa hanya menunggu dan melihat dari jauh.

Ian melangkah masuk ke dalam satu restoran yang agak luas. Tapi keadaan di dalam restoran itu terlampau sunyi seperti ingin tutup. Ian terus menuju ke kaunter. Belum sempat dia bersuara, penjaga kaunter bersuara dahulu.

"Maaf Encik, kedai kami dah tutup," ujar seorang perempuan yang menjaga kaunter.

Ian meraut wajahnya. "Boleh buka sekejap? Tapi kat sini ada lamb chop ke?" tanya Ian.

"Ada. Tapi sekarang waktu kami tutup kedai, Encik," balas perempuan itu.

"Tolong buka sekejap je. Kalau tak boleh, bungkus pun takpe," desak Ian. Dia melihat jam di tangannya, memang patut restoran itu sudah tutup kerana sudah menginjak pukul 12 malam.

"Saya bukan taknak Encik. Tapi kami betul-betul kena tutup kedai. Saya bukan manager untuk suruh staff sini masak hanya semata untuk Encik seorang. Kami hanya dibayar RM10 sahaja untuk kalau bekerja lebih masa. Tak berbaloi untuk kami," ujar perempuan itu lagi. Dia pun rasa bersalah. Tapi tidak berbaloi baginya hanya untuk satu hidangan sahaja.

"Panggil manager awak. Biar saya cakap dengan dia."

Perempuan itu mengangguk. Perempuan itu masuk ke dalam satu bilik yang menepatkan tempat seorang manager restoran itu. Ian menunggu dengan penuh sabar. Apa-apa pun dia mesti pujuk manager itu demi isterinya.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now