KEESOKANNYA Puan Sri Ilyana mengambil Elyssa untuk membeli barang majlis kahwin Ian dan Elyssa. Puan Sri Ilyana cakap tak payah bertunang, terus buat majlis kahwin. Senang sikit.
Dia dan Puan Sri Ilyana memasuki kedai bunga. "El dah pernah datang sini, masa abang Hayder nak beli barang kahwin dia. Tak sangka harini El pula beli bunga kat sini." Elyssa tergelak halus.
"Jadi kat sini lah yang El mengaku El dah ada suami depan Ian?" Teka Puan Sri Ilyana.
Elyssa tersenyum sumbing. "Haah. Mana lah tahu dia akan percaya. Tapi macam mana auntie tahu?"
"Eh tak payah panggil auntie. El dah nak jadi menantu mama. Panggil mama je." Dia dah anggap Elyssa seperti anaknya sejak kali pertama dia jumpa dengan Elyssa. Raut wajah itu nampak tenang tapi sedangkan dia sembunyikan beribu kedukaan.
"Kita ambil warna hitam boleh, mama? El suka warna hitam." Satu cucuk bunga di angkat dan ditayang kepada Puan Sri Ilyana.
"Mama tak kisah warna apa yang El nak pilih. Inikan majlis kahwin El dan Ian. Jadi apapun keputusan El, mama setuju."
El memeluk bahu Puan Sri Ilyana. Walaupun dia tiada hati terhadap anak Puan Sri Ilyana, tapi dia bersyukur mama Ian menerima dia dengan hati yang terbuka. Lega hati bila dia bakal dapat mak mertua yang akan menyayanginya. "Terima kasih sebab sudi terima El. El minta maaf sebab sakitkan anak mama."
Puan Sri Ilyana menepuk lembut lengan Elyssa. "Kalau El nak tahu, masa El mula-mula datang rumah lagi mama dah berkenan nak buat menantu. Pasal Ian tu takpe, dia dah pernah sakit lebih dari itu lagi. Setakat tangan terkena pisau apalah sangat. Mama pun nak minta maaf, sebab paksa El terima Ian. Mama yakin anak mama boleh bahagiakan El."
Elyssa tersenyum tawar.
"Pasal majlis kahwin, betul ke El nak buat majlis akad sahaja? Dah fikir masak-masak?"
Elyssa mengangguk. "Buat untuk akad nikah cukuplah. Lagipun El tak sedia lagi untuk semua orang tahu yang El dah kahwin. Mama tak kisahkan?" kata Elyssa perlahan. Takut juga kalau mak mertuanya terasa hati.
"Takpe. Mama tak kisah. Mama faham maksud El. Nanti El dah sedia sepenuhnya kita buat majlis resepsi ye?"
Elyssa sekadar mengangguk. Bunga yang dipegang tadi dihulurkan kepada pekerja di situ. "Saya nak warna ni ye? Dalam dua tiga hari lagi saya ambil tau."
Mereka berdua keluar dari kedai bunga dan bergerak pulang. "Esok El keluar dengan Ian ye? Rasanya banyak yang Ian nak tanya tu. Kamu pergilah beli cincin, lepastu fitting baju kahwin."
"Tak cepat sangat ke?"
"Dah lewat dah ni. Tak lama dah kamu berdua nak kahwin."
☘☘☘
"AKU tak suka!"
"Kau biar betul?" Ian mengerutkan dahi. "Okay la ni," sambung Ian lagi.
"Aku tak suka lah! Mana ada orang akad nikah pakai baju warna hitam!"
"Ada aku tanya kau suka ke tak."
"Kau pakai lah baju warna hitam sorang-sorang. Biar orang tahu sikit yang aku memang tak sudi nak kahwin dengan kau."
"Ada jugak aku tembak orang kat sini nanti. Apa salahnya kalau kita buat lain pada orang. Asyik putih aje orang pakai untuk akad nikah." Bengang Ian dibuatnya. Nak pilih baju kahwin pun susah.
"Sekarang ni kau nak pergi menembak ke nak pergi kahwin yang nak pakai hitam? Lain lah majlis resepsi. Kita buat majlis akad nikah je pun," marah Elyssa. Dia pun bengang dengan Ian. Macam mana dia setuju nak kahwin dengan Ian entah. Kalau tak kerana Rose, mungkin dia tak terima lelaki di tepinya ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
