SEPANJANG perjalanan pulang, Elyssa terlelap kerana terlampau penat berfikir dan menangis. Ian mengerling isterinya yang sedang tidur. Sesekali tangannya naik mengusap kepala Elyssa.
"Finally, my dreams come true. You're mine, Elyssa. I'm the luckiest man to have you." Dia tergelak kecil. Teringat pula masa dia bergaduh dengan isterinya dan memanggil Elyssa sebagai Mrs. Darren.
Saat dia memandu dengan penuh santai, ada satu kereta yang mengekori dia tanpa dia sedar. Fikir Ian kereta tu hanya kebetulan lalu di jalan itu. Tapi kereta dibelakang menaikkan lampu tinggi dan mencucuk-cucuk di belakang kereta mereka.
"Shit!" carut Ian perlahan. Ian menekan padel keretanya lebih laju.
Elyssa terjaga apabila terasa kereta yang dibawa Ian makin laju. Matanya juga silau kerana kereta di belakang mereka tak berhenti menaikkan lampu tinggi. "Kenapa ni?" tanya Elyssa.
"We are being followed," keras suara Ian. Sekejap anak matanya melihat cermin pandang belakang.
Elyssa memandang kereta yang mengikuti mereka. "Kereta yang sama." Perlahan tapi sampai ke pendengaran Ian.
"Apa maksud sayang kereta yang sama?" Ian bertanya tapi matanya masih fokus dengan pemanduan. Mujurlan jalan yang mereka lalu tiada kenderaan mungkin kerana sudah lewat malam.
Bangg! Bangg!
Satu tembakan tepat kena di belakang kereta mereka. Laju Elyssa menoleh ke arah belakang untuk melihat gerangan yang menembak kereta mereka. Dua orang lelaki sedang mengacu senjata ke arah kereta mereka.
"Sayang, bawah seat sayang ada senjata."
Elyssa mengangguk lalu bergerak mencapai senjata yang tersorok di bawah seatnya. Tingkap di buka dan separuh badannya dihulur untuk menembak kereta di belakangnya. Tapi musuh mereka kali ini cekap, seperti tahu kelebihan Elyssa. Mereka pandai mengelak daripada peluru.
"Shit!" carut Elyssa perlahan.
"Oii! Jangan mencarut!" jerit Ian. Menyempat dia tegur isterinya.
"Diamlah! Bawa jelah kereta tu." Tak sangka pula suaminya dengar dia mencarut. Fokus jelah dengan pemanduan. Orang sibuk kalut dengan musuh, dia sibuk tegur bini.
"Tengah bawa lah ni." Ian memecut kereta dengan lebih laju lagi. Sesekali keretanya bergerak kanan dan kiri untuk mengelak tembakan daripada musuh.
Elyssa hanya menjeling. Elyssa cuba melepaskan peluru lagi, kali ini tepat mengena kepala salah seorang daripada mereka. Berjaya!
"One kill!" ujar Elyssa. Ian senyum dengan penuh bangga.
Kiranya apabila seorang dah mati, hanya tinggal seorang sahaja yang mereka perlu bunuh. Tapi sangkaan mereka meleset. Tiba-tiba ada dua lagi dua buah kereta yang datang dari arah depan mereka dan menaikkan lampu tinggi.
"Elyssa! Masuk!" jerit Ian. Dia tak nak nyawa isterinya tergadai dengan keadaan isterinya yang masih belum sihat sepenuhnya.
Elyssa yang mendengar jeritan suaminya terus masuk dan memandang Ian. Mereka dikepung dan dalam bahaya. Kalau Ian masih teruskan pemanduan, hanya 50 peratus sahaja mereka akan selamat daripada dilanggar. Elyssa memandang ke kanan, ada tasik.
"Buka tingkap sebelah awak, Darren," arah Elyssa. Tangannya sibuk membuka tingkap seluasnya di sebelah dirinya.
"Nak buat apa sayang?" tanya Ian keliru.
"Buat aje kalau nak selamat," marah Elyssa. Geram betul dengan suaminya, sempat lagi nak bertanya dalam keadaan macam ni.
Ian hanya mengikut arahan. Elyssa memandang Ian dan stereng kereta dipegang lalu dipusing ke arah kanan sebelum nyawa mereka melayan. Dashboard dan stereng kereta di ketuk dengan kuat untuk mengeluarkan airbag.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
DiversosAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...